Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Monday, May 30, 2011

Tini's Wedding

Tahniah Tini & Fairuz, selamat pengantin baru, semoga berkekalan ke anak cucu...amin

Thursday, May 26, 2011

Birthday party with 5ERT

Hari ini hari ulangtahun kelahiranku... tak sangka pelajar-pelajar kesayangan cikgu dari 5ERT telah menyediakan kek hari jadi... Terima kasih pelajar-pelajarku.  Semoga kamu semua akan terus belajar dan belajar demi kejayaan cemerlang.  Kejayaan kamu semua juga merupakan hadiah untuk cikgu....thanks

Monday, May 23, 2011

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...

"DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo K ek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapa..."

Aktiviti Kelab KHB

Sabtu lepas aktiviti ko kurikulum telah dijalankan. Pelajar-pelajar yang datang 10 orang je... Apa aktiviti nak buat dengan mereka ni..Bincang punya bincang, kami berpakat nak ajar mereka buat sandwic, maklumlah budak-budak lelaki. Wah, nampaknya mereka semua seronok dapat pengalaman membuat sendiri sandwic.

Lihatlah keriangan mereka

Selepas buat demontrasi, saya pergi dari satu kumpulan ke satu kumpulan, jelas mereka ni tak reti memasak, malahan menghiris bawang, cili dan tomato pun tak reti...


Budak-budak lelaki je yang rajin datang

Tak sabar menunjukkan hasilnya



Guru-guru juga sama-sama membuat sandwic
Akhirnya, sandwic dapat dihasilkan. Walaupun aktiviti ini mudah tapi mereka telah mempelajari cara-cara menyediakannya  dan membuatnya secara bekerjasama. Mereka telah mempelajari menggunakan peralatan dengan betul.  Mereka juga telah dilatih membersih dan menyimpan semula semua peralatan yang telah digunakan.  Diharap mereka akan mempelajari lagi sesuatu di aktiviti akan datang.









Sunday, May 22, 2011

Latihan 2 - Pencernaan

Latihan 1 - Penyerapan

Topik Perkembangan Kendiri

Asas perkembangan kendiri ialah menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta membentuk imej kendiri yang positif

Hasil pembelajaran dari topik ini, pelajar dapat
  • Menyenarai alat dan bahan menghindar bau badan
  • Menyenarai alat dan bahan mencegah bau nafas
  • Menyenarai alat dan bahan menjaga kulit muka
  • Mengenalpasti tingkahlaku positif dan negatif 

      Tuesday, May 17, 2011

      Topik Prinsip Memasak

      Pelajar telah mempelajari topik ini semasa di tingkatan empat.  Kali ini, anda akan diperkenalkan dengan dua lagi kaedah memasak menggunakan haba kering iaitu membakar dan memanggang.

      Sup Merah Tulang Gearbox




      BAHAN A:
      2kg tulang kambing
      2 sudu besar serbuk lada
      1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
      2 sudu besar rempah sup
      4cm kulit kayu manis
      2 kuntum bunga lawang
      2 kuntum bunga cengkih
      2 sudu besar tomato puri
      3 sudu besar minyak
      1 sudu besar garam
      1 sudu besar gula
      Kentang dan keret


      BAHAN B:
      2 ulas bawang putih
      2 ulas bawang merah
      4 cm halia

      CARA:
      1. Rebus tulang dengan sedikit halia dan garam hingga dagingnya empuk
      2. Kisar kesemua bahan B
      3. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, diikuti bahan B.
      4. Tumis bahan hingga garing. Kemudian masukkan serbuk lada, rempah sup, lada
          hitam,tomato puri, gula dan garam
      5. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk rebusan tulang. Tambahkan keret dan
          kentang dadu. Bila empuk, sesuaikan rasa.
          • Tomato puri juga boleh diganti dengan tomato kisar atau tomato sos


       (resepi diubahsuai dari buku masakan Johor)



      Wajik Durian (Resepi Bonda)

      Wajik durian


      Bahan-bahannya:

      1/2 kg pulut - rendam 4/5 jam dan kukus
      650g gula pasir
      100g gula merah
      Santan (dr 1 biji kelapa)
      1 mangkuk isi durian

      Cara-caranya:
      1. Didihkan santan, gula, isi durian dan sedikit air.
      2. Biarkan pekat sedikit.
      3. Masukkan pulut dan kacau hingga pekat.
      4. Sejukkan di dalam loyang / bekas yang sesuai.

      * resepi ini manis sedikit kerana sekiranya gula tidak mencukupi, pulut yang dkacau dalam larutan gula tadi akan kembang. Jadi tekstur wajik tidak cantik.* Sesiapa yang tak tahan manis, kurangkan sedikit gula.

       
       

      Kuih Cucur (Resepi Bonda)




      Kuih Cucur


      Bahan-Bahannya:

      1 cawan tepung gandum
      1 cawan tepung beras
      1/2 cawan gula pasir
      1/2 cawan gula merah
      1 cawan air

      Cara membuatnya:
      1.   Campurkan kesemua bahan, blend sehingga rata.
      2.  Peram sekurang-kurangnya enam jam.
      3.  Panaskan minyak dalam kuali yang kecil.
      4.  Ambil sesenduk bater, goreng dengan api kecil hingga keperangan.
      5.  Terbalikkan kuih dan goreng sebelah permukaan pula.

      Bahan-bahan kuih

      Peram adunan sekurang2nya 6 jam

      Ambil sesenduk


      Goreng dengan api kecil dalam kuali kecil

      Terbalikkan kuih, goreng sehingga perang

      Kuih yang siap

      Monday, May 16, 2011

      Puding Trifle Mudah

      Bahan-bahannya:

      1/2 biji bahulu gulung
      4 cawan susu segar
      4 sudu penuh tepung kastard
      4 sudu gula pasir
      1 tin buah-buahan campuran
      1 kotak agar-agar perasa starwberry

      Langkah membuatnya:
      1.  Potong bahulu gulung kepada beberapa keping dan susun dalam mangkuk

      2.  Campurkan tepung kastard, susu segar dan gula pasir dalam periuk.  Masak di 
            atas api perlahan sehingga  pekat.  Tuangkan ke atas bahulu gulung.


      3.  Tuangkan buah-buahan ke atas kastard dan ratakan.


      4.  Masakkan pula agar-agar hingga larut dan mendidih.  Tuangkan agar-agar ke atas 
            buah-buahan tadi.  Sejukkan dalam peti sejuk.

      Sunday, May 15, 2011

      Selamat Hari Guru 2011

      Monday, May 2, 2011

      Topik Pencernaan dan Penyerapan

      Pencernaan ialah proses memecahkan molekul makanan kompleks ke unit yang paling ringkas oleh tindakan mekanikal dan kimia supaya dapat diserap oleh tubuh.

      Manakala,
      Penyerapan ialah serapan unit ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran darah dan sistem limfa untuk dihantar ke sel tubuh


      Sunday, May 1, 2011

      Topik Keperluan Nutrien

      Setiap individu memerlukan nutrien dalam kuantiti yang berbeza. Nutrien diperlukan untuk tumbesaran, membekalkan haba dan tenaga serta menjaga kesihatan.
      Hasil pembelajaran dari topik ini:
      -  Menyatakan faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien
      -  Menerangkan faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien
       

       

      Tat Peach

      Tat Peach


      Bahan-bahannya:

      Kulit:
      125g mentega
      75g gula aising
      1 kuning telur
      1 camt esen vanila
      250g tepung
      2 camb air sejuk

      Filling:
      100g susu rendah lemak
      100g whipping cream
      2 biji telur
      2 camca sedang gula
      1camb tepung kastard
      1 camt esen vanila

      Cara membuatnya;
      1. Sediakan kulit pastri. (Rujuk resepi pai epal)
      2. Campurkan susu, whipping cream, gula, esen dan telur hingga sebati.
      3. Tapiskan.
      4. Susun potongan peach di atas kulit tat yang telah disediakan dalam tin pembakar
      5. Curahkan campuran susu ke atas peach.
      6. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170C.













      Pai Epal

      Pai Epal

      Bahan-bahannya:
      Kulit:
      125g mentega
      75g gula aising
      1 kuning telur
      1 camt esen vanila
      250g tepung
      2 camb air sejuk

      Inti:
      3 biji epal hijau
      3 camb gula perang
      3 camb kismis
      sedikit serbuk kayu manis
      1 camt jus lemon atau oren
      sedikit parutan kulit oren

      Cara membuat pastri/ kulit pai:
      1. Putar mentega dan gula aising hingga kembang.
      2. Masukkan kuning telur dan putar sekejap
      3. Masukkan esen vanila, air sejuk dan tepung.
      4. Uli sehingga menjadi doh
      5. Sejukkan dalam peti sejuk

      Cara menyediakan inti:
      1. Kupas epal, buang empulurnya dan hiris nipis.
      2. Parut kulit oren dan ambil sedikit jusnya.
      3. Gaulkan kulit oren dan jus oren ke dalam epal

      Cara membuat pai:
      1. Torak pastri setebal 3-4mm dan masukkan ke dalam acuan pai yang telah digris
      2. Kemaskan tepi-tepi pastri.
      3. Cucuk dasar kulit pai dengan garfu
      4. Susun epal, taburkan kismis, gula perang, serbuk kulit kayu manis.
      5. Ulang susunan epal sehingga penuh.
      6. Tutup pai dengan pastri
      7. Sapu permukaan kulit pai dengan susu pekat yang dicampur sedikit air.
      8. Bakar selama 45 minit suhu 170C.









      Makaroni Bakar

      Makaroni Bakar


      Bahan-bahannya:

      300g makaroni – rebus sehingga lembut dan toskan
      1 biji bawang besar – dadu
      2 ulas bawang putih – cincang
      Sedikit halia – cincang
      1 sudu rempah kari (ikut suka)
      1 bungkus daging /ayam kisar
      ½ mangkuk mix vege
      ½ mangkuk cendawan butang – hiris nipis
      Sedikit daun saderi/bawang – hiris halus
      4 biji telur
      360ml susu segar
      1/2 mangkuk keju parut
      Sedikit oregano/black pepper/white pepper

      Cara membuatnya:
      1.   Panaskan ketuhar 180 C / gas regulo 5.
      2.   Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah kari 
             sehingga wangi.
      3.   Masukkan daging kisar dan tumis seketika.
      4.   Masukkan makaroni, mix vege, cendawan butang. Kacau hingga rata.
      5.   Perasakan makaroni tersebut.
      6.   Masukkan daun saderi/daun bawang. Angkat.
      7.   Bancuhkan susu dan telur, tuang ke dalam makroni goreng.
      8.   Masukkan campuran tersebut dalam acuan yang telah dilenser (dapat 2 tin 
             pembakar)
      9.   Taburkan keju parut.
      10  Bakar selama 40 minit/ sehingga campuran telur membeku.



      Search

      Loading...

      Waktu solat

      Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

      Cuaca

      bloguez.com

      Kategori

      Recents post

      About Me

      My Photo
      suzana
      Johor Bahru, Malaysia
      Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
      View my complete profile