Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Monday, January 30, 2012

Jeruk Kedondong


(Resepi bonda tanpa bahan pengawet)

Bahan-bahannya:
1 - 2kg buah kedondong
Sedikit kapur
1 kg gula pasir
Air secukupnya (lebih kurang 10 cawan)
sedikit pewarna kuning
2 sudu teh garam


Cara Membuatnya:
1.  Kupas kesemua buah dan dicuci bersih
2.  Rendam dalam air kapur lebih kurang 1/2 jam
3.  Bilas dan toskan buah
4.  Rebus air dalam periuk, agak-agak suam, tutup api dan masukkan buah kedondong selama 
     5 minit.  Toskan
5.  Sementara itu, masak gula dengan 10 cawan air sehingga menjadi air gula.  Sejukkan
6.  Masukkan buah kedondong, 2 sudu teh garam dan sedikit pewarna kuning ke dalam air gula.
     Simpan dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk.  Dalam masa dua hari dah boleh
     makan ....jeruk dah jadi....


Saturday, January 28, 2012

Buah malberi hampir masak

salam semua... pagi ni masa nak keluar ke pasar, suka saya melihat buah-buah malberi hampir masak di depan rumah.  Walaupun ditanam dalam pasu, memang tak putus-putus pokok malberi ni mengeluarkan buahnya.  Tapi anak-anak semuanya tak suka makan, saya seorang je yang makan. Buah ni kalau nak makan, ambil yang betul-betul masak ranum baru sedap.












Friday, January 27, 2012

Singgahsana Kitchen: Conversion

Singgahsana Kitchen: Conversion: Jadual penukaran sukatan dari imperial ke metrik ( anggaran sahaja ) untuk rujukan bersama. *****************************************...


mesin roti jala

Nasi Goreng Ala Thai







Sumber : Masakan Thai
By : Chef Sarji


Bahan A
1 cawan nasi putih
1/2 batang bunga kantan (dihiris)
sedikit lobak merah (dihiris halus)
sedikit kacang panjang (dihiris)
3 biji cili padi (diketuk)
1 biji telur









Bahan B
1 ekor sotong
2 ekor udang
sedikit isi ayam
1 sudu teh pes tomyam
1 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 batang serai (dihiris)
1 sudu teh cili kisar
2 titik minyak bijan
3/4 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak

Cara membuat
1.  Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang putih sehingga naik bau
2.  Masukkan semua bahan B dan kacau sehingga lauk masak
3.  Masukkan telur dan kacau sehingga setengah masak
4.  Masukkan semua bahan A dan kacau dengan api sederhana besar sehingga nasi kering
5.  Sedia dihidangkan



Friday, January 20, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina yang meraikannya. Semoga sempena tahun Naga Air ini akan membawa kemeriahan dan kegembiraan kepada mereka semua.








Sunday, January 15, 2012

Nasi Goreng Kerabu




Sumber : Masakan Thai
By : Chef Sarji


Bahan A
2 cawan nasi putih
1/2 cawan udang basah 
1/2 cawan isi ayam (hiris nipis)
2 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah (ditumbuk halus)
5 biji bawang merah (dihiris halus)
1 sudu minyak masak
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir








Bahan B (dihiris)
sedikit lobak merah
1/2 labu bawang besar
3 biji cili padi
1/2 sudu teh bunga kantan
2 sudu makan kobis
1/2 sudu teh serai


Cara Membuat
1.  Satukan bahan B, perap selama 10 minit
2.  Panaskan minyak dan tumis cili merah, bawang merah, udang dan isi ayam
3.  Biarkan selama 2 minit, masukkan telur dan kacau
4.  Masukkan nasi serta sedikit garam dan gula.  Gaul rata dan taburkan bahan B
5.  Apabila sudah masak, angkat dan sedia dihidangkan






Saturday, January 14, 2012

Dorayaki Machine

Wednesday, January 11, 2012

Tip Kekalkan Daya Ingatan



Kita digalakkan terus membaca, mengira dan menghafal apa sahaja bagi membolehkan otak kita aktif.  Sebagai contoh, anda boleh cuba menghafal surah-surah walaupun pada mulanya ia sukar dilakukan.  Percayalah, jika anda mencubanya berulangkali, pasti anda berjaya.  Satu lagi, anda boleh cuba menghafal nombor, umpamanya nombor akaun bank anda.  Memang agak sukar untuk menghafalnya tetapi apa  yang boleh dilakukan termasuklah menghafalnya dalam bentuk nyanyian atau sebagainya.  Pasti ia menjadi lebih mudah.

Sunday, January 8, 2012

Pastry Calculator


If  a recipe calls for a quantity of pastry, this is the weight of flour and fat, plus any water you have added.  Here's a quick guide to help estimate how much to use
  • 200g flour = 300g pastry, this will cover a  600ml dish, or line or cover a 18cm pie
  • 300g flour = 450g pastry, this will cover a 2 liter dish, or line or cover a 23cm pie
  • 400g flour = 600g pastry, this will cover a 2.5 liter dish, or line or cover a 30cm pie
source : britishfood.about.com
Saturday, January 7, 2012

Nasi Goreng Padprik









Sumber : Buku masakan Thai 
By : Chef Sarji


Bahan A
1 cawan nasi putih
sedikit lobak merah (dipotong dadu)
sedikit kacang panjang
1 biji telur


Bahan B (perencah)
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh garam
1/4 serbuk lada putih
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan minyak masak








Bahan C
Sedikit isi ayam (dadu)
1 ekor sotong
3 ekor udang
1/2 batang serai (diketuk)
1/4 labu bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit bunga kobis
sedikit lobak merah (hiris bulat)
3 biji cili api
1 sudu teh pes tomyam
1 sudu teh kicap manis
1/2 helai daun limau purut
1 sudu makan sos cili
1/4 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh serbuk lada
1/2 cawan stok ayam / daging
1 sudu makan minyak masak


Cara Membuat Nasi goreng
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga harum.
2.  Masukkan telur dan bahan B.  Goreng sehingga setengah
     masak.
3.  Masukkan nasi, lobak merah dan kacang panjang.  Kacau 
     sehingga nasi garing.

Cara Membuat Padprik
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar
     sehingga harum.  Masukkan bahan lauk-pauk. Gaul sehingga
     masak
2.  Masukkan semua bahan perencah dan sayuran
3.  Masukkan stok ayam dan masak sehingga sayur masak dan sos
     kelihatan pekat
4.  Hidangkan bersama nasi goreng



Friday, January 6, 2012

Kesum




Nama saintifik : Polyganum minus huds




Pokok kesum adalah sejenis herba biasa yang mudah tumbuh ataupun lazimnya ditanam di halaman rumah.  Pokok kesum merupakan tumbuhan herba rendah yang mudah ditemui di kawasan tanah lembap. Ia merupakan tumbuhan rumpun yang kecil. Batangnya kecil, menegak dan kadang-kadang  tumbuh menjalar.  Daun kesum memiliki aroma yang menarik dan unik.  Daunnya kecil-kecil, runcing di hujung, nipis dan licin di bahagian tepi daun.  Apabila daunnya diramas ia akan mengeluarkan bau. 


Daun kesum juga mudah ditemui di pasar dan sering dijadikan perencah dalam masakan seperti asam laksa atau ulam kerabu. Herba kesum ini boleh dibiakkan hanya dengan keratan batang.  Ia mudah tumbuh apatah lagi di kawasan lembap.


Khasiat:
Daun kesum yang dilumatkan dan dilumurkan pada kulit kepala berupaya mencegah atau mengurangkan masalah kelemumur.  Selain itu, ia juga baik dan membantu sistem pencernaan.  Daun kesum dipupur pada perut wanita lepas bersalin atau air rebusannya boleh membantu menghilangkan sakit perut yang disebabkan makanan tidak hadam.
sumber : Herba & Perubatan
Tuesday, January 3, 2012

Pentingnya Sistem Imun



Kesihatan yang baik disebabkan sistem imunisasi yang kuat dan sihat.  Sistem imunisasi ialah rangkaian sel dan molekul yang berperanan melindungi tubuh daripada penyakit.  Meningkatnya usia, sistem imunisasi kian menurun.  Sistem imun ini terjejas berpunca daripada:

* Kekurangan zat makanan
   Kekurangan zat besi, selenium dan vitamin A melumpuhkan
   sistem imun 

* Tabiat makan yang buruk
   Kolesterol yang tinggi dan berlebihan menghalang 
   keupayaan sel darah putih dalam melawan serangan
   organisma pembawa penyakit

* Pencemaran
   Contoh, sayuran yang tercemar oleh racun serangga. Ayam,
  daging dan susu yang disuntik hormon pertumbuhan dan 
  antibiotik, juga makanan yang menggunakan pewarna,
  perisa tiruan serta pengawet

* Tekanan
   Apabila tertekan, tubuh mengeluarkan bahan kimia yang
  menjejaskan fungsi imun

Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile