Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Tuesday, February 28, 2012

Makanan Mudah

Sunday, February 26, 2012

Types Of Sugar



Salam semua... hari ni saya nak link artikel tentang jenis-jenis gula.  Kalau kita rujuk resepi-resepi barat, macam-macam istilah gula yang kita jumpa.  Jadi bolehlah rakan2 baca artikel ni bagi mengenalpasti jenis-jenis gula.




Saturday, February 25, 2012

Gulai Ketam

Salam semua... hari ni saya nak kongsi resepi paling mudah, gulai ketam...Kami sekeluarga memang suka gulai ketam ni,
walaubagaimanapun saya jarang memasaknya kerana anak-anak alergi memakan makanan laut.  Nanti ada yang gatal-gatal mata dan bersin-bersin.  Jadi tak selalulah memasaknya...






Bahan-bahannya:
4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
20 biji cili padi - kepedasan ikut suka
Sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris 
Santan dari 1 biji kelapa
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa


Cara memasaknya:
1.  Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2.  Masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, serai,
     santan dan sedikit air dalam periuk.
3.  Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4.  Sentiasa kacau gulai untuk mengelakkan pecah minyak.  
5.  Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6.  Biarkan mendidih sebentar.


Monday, February 20, 2012

Kek Lapis Keju



Salam semua... hari ni saya buat kek yang tak perlu dibakar, hanya perlu disejukkan dalam peti ais sahaja. Lebih kurang Tiramisu. Ianya senang dan mudah.  Tetapi saya rasa kek ni lebih sesuai dinamakan biskut lapis keju sebab hanya menggunakan biskut je...Biskut lapis keju saya ni nipis je sebab menggunakan setengah sukatan sahaja.  Rasanya sedap...bolehlah rakan-rakan mencubanya...
Terima kasih Yatie, di Sinar Kehidupanku kerana berkongsi resepi.



Bahan-bahan A:
2 bungkus biskut marie perasa coklat
500ml susu segar (dipanaskan)

Bahan-bahan B:
500 g keju krim (philadelphia)
10 ml susu segar
½ cawan gula halus

Cara-cara membuatnya:
1.    Pukul keju dengan gula halus hingga sebati
2.    Masukkan susu segar sedikit demi sedikit (jangan sampai terlalu 
      cair)
3.    Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
4.    Panaskan susu segar sebentar sehingga suam-suam panas
5.    Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu suam, 
      terus susun di dalam acuan yang telah dialas dengan plastik
6.    Sapukan adunan keju di atasnya, ratakan
7.    Ulang proses melapis biskut dan menyapukan adunan keju 
      sehingga habis.
8.   Pastikan adunan keju menjadi lapisan atas sekali
9.   Taburkan biskut yang telah dikisar diatas permukaan kek.
10   Tekan-tekan sedikit permukaan kek dan sejukkan di dalam peti 
      sejuk selama 6 jam 

Pukul keju krim dengan gula halus dan susu hingga kembang

Celupkan biskut ke dalam susu suam

Lapisan biskut yang dicelup susu

Sapukan adunan keju di atas biskut tadi

Lapis lagi dengan biskut yang dicelup susu

Hias permukaan atas dengan serbuk biskut

Kek lapis keju

Friday, February 17, 2012

Tomyam

Sumber : Masakan Thai
By : Chef Sarji


Bahan-Bahan
400g isi ketam
5 ekor udang
2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji tomato
100 g cendawan butang (dipotong)
1 biji lobak merah (dipotong)
1 sudu teh pes tomyam
2 biji limau nipis (diambil airnya)
1 sudu teh garam
100 gram ikan bilis (ditumbuk)
10 biji cili padi (ditumbuk)
5 biji cili merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
4 cawan air
Minyak masak


Cara-cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
2.  Masukkan air dan biarkan hingga mendidih
3.  Masukkan pes tomyam, isi ketam dan udang.
4.  Masukkan lobak merah dan cendawan, seterusnya masukkan garam, tomato, 
     dan perahan limau nipis
5.  Biarkan mendidih sebentar.
6.  Sebelum diangkat, masukkan bawang besar dan daun sup atau daun ketumbar


Monday, February 13, 2012

Kekacang

Ramai antara kita semua suka makan kekacang seperti kacang badam, gajus, walnut, pistachio dan macam-macam lagi kekacang.  Rasanya memang enak. Kekacang memang banyak khasiatnya dan selalu digunakan dalam membuat kek dan biskut. Saya begitu teruja apabila melihat sendiri ladang pokok pistachio semasa dalam perjalanan pulang dari Las Vegas beberapa tahun yang lepas.  Rupa-rupanya bukan semua pokok kekacang dari jenis memanjat... Ada juga kacang-kacang yang berasal dari pokok-kayu yang besar seperti pistachio, hazel, badam, pecan dan walnut.  Teringat saya pokok gajus, ye...memang pokoknya besar.  Cuba rakan-rakan lihat gambar-gambar di bawah.

Badam (Almond)

Hazelnut

Pecan

Pistachio (kacang cerdik)


Walnut
Macadamia


Gajus

Chestnut (Berangan)


Ada juga kekacang dari pokok memanjat seperti kacang soya, kacang hijau dan kacang merah



Kacang Soya

Kacang hijau

Kacang merah


Pokok sayur kekacang



Kacang kelisa

Kacang panjang

Kacang buncis

Kacang sepat

Kacang kelo

Kacang bunga telang

read more...1001 khasiat kacang

read more ...kacang tanah menurunkan kolestrol



sumber gambar : google image



Wednesday, February 8, 2012

Puding Prune

Puding Prune

Bahan-bahannya:
1 peket (18g) agar-agar kering
180g gula pasir
750ml air
180g buah prune
300ml susu sejat
2 sudu besar tepung jagung
3 biji putih telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara membuatnya:
1.  Rendam agar-agar , setelah itu sediakan buah prun dahulu
2.  Buah prun direbus dengan 100ml air hingga kembang kemudian dikisar halus
3.  Masak agar-agar dengan air hingga larut kemudian masukkan gula pasir dan masak lagi hingga
     pekat.  Angkat dan tapiskan.
4.  Masak agar-agar semula dengan susu sejat, buah prun dan tepung jagung yang telah dibancuh
    dengan air
5.  Kacau sekali sekala dan teruskan dimasak hingga pekat
6.  Angkat dan sejukkan sebentar
7.  Pukul putih telur hingga kembang kemudian masukkan ke dalam campuran agar-agar serta esen
    vanila, dibalik-balikkan hingga rata.
8.  Bilas acuan, toskan kemudian tuangkan campuran agar-agar ke dalamnya dan sejukkan



Bahan : Agar-agar kering, susu, prun

Bahan : Gula, Telur, Tepung jagung

Rebus agar-agar dengan air sehingga larut

Masukkan gula dan masak sehingga gula larut

Masukkan prun yang telah dikisar, susu dan tepung jagung.  Masak hingga pekat

Pukul putih telur hingga kembang

Masukkan putih telur ke dalam adunan puding yang telah disejukkan sebentar

Kacau rata putih telur

Sejukkan puding dalam acuan

Tuesday, February 7, 2012

Tips for choosing good books


Manfaat Membaca




      Manfaat Membaca dan Mengkaji Sebuah Buku
  • Menghilangkan perasaan was-was, gelisah dan sedih
  • Menjauhkan seseorang daripada berbuat kejahatan
  • Dapat menyibukkan diri seseorang daripada kegiatan tidak berfaedah
  • Memperbaiki dan melatih ucapan seseorang, menjauhkannya daripada kesalahan berbicara dan menghiasinya dengan kata-kata yang indah ketika berbicara dengan orang lain
  • Mengembangkan akal, meningkatkan pemikiran dan menjernihkan hati
  • Memperolehi ilmu yang berlimpah serta berbagai-bagai pemahaman daripada satu masalah
  • Memperolehi manfaat dan percubaan yang dilakukan oleh orang lain dan kesimpulan para ulama
  • Membentuk kemampuan untuk memecahkan suatu ilmu yang masih menjadi perkara misteri
  • Menelaah kebudayaan-kebudayaan yang berpengaruh terhadap kehidupan manusia
  • Menambahkan keimanan, terutama ketika membaca buku-buku berkaitan Islam
  • Menyelamatkan fikiran manusia, menyelamatkan hati daripada kehancuran dan menyelamatkan masa daripada kesia-siaan
  • Menetapkan suatu kalimat yang diambil, dipakai, membentuknya, mengetahui maksud suatu ibarat dan dapat mengetahui rahsia-rahsia hikmah yang terkandung di dalam suatu bacaan

    Contoh Tokoh Ilmuwan Islam
  • Ibn Khaldun yang membawa panji-panji ilmu sejarah, sains sosial dan pembangunan kepada manusia
  • Abu Zakaria al-Razi yang membawa panji-panji ilmu kedoktoran kepada manusia
  • Ibn Sina yang membawa panji-panji ilmu falsafah dan kedoktoran kepada manusia
  • Syarif Idrisi yang menyumbangkan panji-panji ilmu geografi
  • Abu Bakar al-Khawarizmi yang membawa panji-panji ilmu falaq dan matematik
  • Ali bin Haitham yang membawa panji-panji ilmu sains tabi'i dan optik
  • Abu Qasim Zakhrawi yang memartabatkan panji-panji ilmu pembedahan
  • Abu Zakaria 'Awwam yang memuncakkan panji-panji ilmu tumbuh-tumbuhan
  • Abu Bana' yang membawa panji-panji ilmu hisab
  • Abu Raihan al-Bairuni yang membawa panji-panji ilmu sejarah klasik dan kesan-kesannya
  • Imam al-Ghazali yang menjulang panji-panji ilmu kritikan, pendidikan dan menyelesaikan kerosakan jiwa
  • Imam Malik, Abu Hanifah, Syafi'i dan Ahmad bin Hanbal yang mempelopori panji-panji keutamaan fiqh dan undang-undang
Rujukan : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri


Monday, February 6, 2012

Talam Berlauk


Bahan-bahannya:
Bahan A:
6 cawan santan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
sedikit garam

Bahan B:
100g udang geragau (sangai)
100g bawang goreng
setangkai daun sup (dihiris halus)
1 biji cili merah dan hijau (dihiris nipis)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram

Cara-Cara Membuatnya:
1.  Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak sehingga agak likat (sentiasa dikacau untuk
     mengelakkan adunan berketul-ketul)
2.  Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak, ratakan dan kukus selama 20 minit
3.  Apabila masak, satukan semua bahan sos dan sapukan di atas permukaan kuih.
4.  Taburkan udang geragau, bawang goreng, daun sup dan cili.
5.  Potong setelah betul-betul sejuk

Bahan lapisan bawah

Bahan tabur di atas kuih

Kacau Bahan A di atas api

Tuang dalam loyang dan kukus

Sapukan sos di atas permukaan kuih

Taburkan udang geragau

Taburkan bawang goreng, daun sup dan cili




sumber : kolej komuniti selayang
tkasih buat adikku suhaila kerana berkongsi resepi



Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile