Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Showing posts with label Kuih Talam. Show all posts
Showing posts with label Kuih Talam. Show all posts
Monday, February 6, 2012

Talam Berlauk


Bahan-bahannya:
Bahan A:
6 cawan santan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
sedikit garam

Bahan B:
100g udang geragau (sangai)
100g bawang goreng
setangkai daun sup (dihiris halus)
1 biji cili merah dan hijau (dihiris nipis)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram

Cara-Cara Membuatnya:
1.  Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak sehingga agak likat (sentiasa dikacau untuk
     mengelakkan adunan berketul-ketul)
2.  Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak, ratakan dan kukus selama 20 minit
3.  Apabila masak, satukan semua bahan sos dan sapukan di atas permukaan kuih.
4.  Taburkan udang geragau, bawang goreng, daun sup dan cili.
5.  Potong setelah betul-betul sejuk

Bahan lapisan bawah

Bahan tabur di atas kuih

Kacau Bahan A di atas api

Tuang dalam loyang dan kukus

Sapukan sos di atas permukaan kuih

Taburkan udang geragau

Taburkan bawang goreng, daun sup dan cili




sumber : kolej komuniti selayang
tkasih buat adikku suhaila kerana berkongsi resepi



Sunday, February 5, 2012

Talam Suji


Bahan-bahannya:
Lapisan bawah:
3 cawan santan cair
1 cawan tepung suji
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang
sedikit garam

Cara-cara membuat:
1.  Masak kesemua bahan lapisan bawah sehingga agak likat.
2.  Tuangkan ke dalam loyang yang disapu dengan minyak
3.  Kukus selama 20 minit.
4.  Masak pula kesemua bahan lapisan atas sehingga agak likat.
5.  Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu, tuangkan adunan lapisan atas
6.  Kukus selama 20 minit
7.  Sejukkan sebelum dipotong

Bahan lapisan atas

Bahan lapisan bawah

Masak semua bahan lapisan bawah sehingga agak likat

Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus


Masak semua bahan lapisan atas sehingga likat

Tuang adunan ke atas lapisan bawah dan kukus


* sumber : kolej komuniti selayang
   tkasih buat suhaila berkongsi resepi
   
Monday, November 28, 2011

Talam Keladi




Bahan-bahannya:
Lapisan Bawahnya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1 cawan keladi - potong dadu dan rebus
sedikit garam
3 cawan santan cair

Lapisan Atasnya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
sedikit garam
3 cawan santan pekat
Sedikit pewarna ungu

Cara-Cara Membuatnya:
1.    Untuk lapisan bawah; masukkan kesemua tepung, gula dan garam ke dalam 
       mangkuk adunan.  Curahkan santan sedikit demi dan kacau hingga sebati.
2.   Masak adunan sehingga agak likat, masukkan potongan keladi, kacau rata dan 
       tuangkan ke  dalam acuan.
3.   Kukus selama 20 minit.  
4.   Untuk lapisan atas pula; masukkan tepung beras, tepung ubi, garam dan santan 
       dalam mangkuk adunan.  Kacau sebati.  Letakkan sedikit pewarna ungu.
5.   Masak adunan sehingga naik wap.  Cakar-cakarkan lapisan bawah dengan garfu
      dan  tuangkan adunan ke atasnya.  
6.   Kukus selama 20 minit. 

* Adunan lapisan atas, saya letak gula dalam 1/2 cawan.  Resepi asalnya tak de gula.

* (sumber resepi : kolej komuniti selayang) 
Tq my sister suhaila 


Bahan lapisan bawah

Kacau hingga sebati bahan2 lapisan bawah

Masak di atas api dengan api perlahan

Masak hingga agak likat

Tuangkan ke dalam acuan, kukus selama 20 minit


Bahan lapisan atas

Kacau hingga sebati bahan2 lapisan atas

Masak di atas api kecil hingga naik wap

Tuang ke atas lapisan pertama, kukus selama 20 minit

Biar betul2 sejuk sebelum dipotong



Monday, November 21, 2011

Kole Kacang




Kole Kacang

Bahan-bahannya:
1 cawan santan pekat (untuk dapatkan tahi minyak)
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara membuatnya:
1.  Masak 1 cawan santan pekat dengan api kecil sehingga menjadi tahi minyak. 
     Ambil tahi minyak dan minyak yang terhasil
2.  Masak gula merah dan air hingga gula larut.  Tapiskan
3.  Kacau tepung kacang hijau bersama 2 cawan santan, minyak yang terhasil
     tadi dan air gula hingga sebati. Tapiskan
4.  Kacau dalam kuali atas api kecil sehingga likat
5.  Masukkan dalam acuan, taburkan tahi minyak dan sejukkan

* sumber resepi : kolej komuniti selayang
tq my sister suhaila


Bahan-bahannya ; tepung kacang, santan, gula merah + gula pasir, tahi minyak

Masak santan dengan api kecil

Sentiasa kacau

Dapatkan tahi minyak yang terhasil

Masak gula merah + air, tapiskan

Kacau tepung, santan, air gula, minyak

Kacau di atas api kecil

Sentiasa kacau untuk mengelakkan bergentil

Kacau hingga likat

Tuang dalam acuan dan tabur tahi minyak

Kuih yang siap

Saturday, November 19, 2011

Talam Kastard Jagung

Talam Kastard Jagung


Bahan-bahannya:

Lapisan bawah (jagung):
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim
3 1/2 cawan santan
sedikit garam
sedikt pewarna kuning

Lapisan Atas (pandan):
2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2  sudu besar gula
sedikit garam
sedikit pewarna hijau

Cara menyediakan lapisan jagung:
1.  Satukan semua jenis tepung ke dalam mangkuk
2.  Masukkan gula, garam dan santan
3.  Kacau hingga sebati dan tapiskan.  Masukkan jagung krim
4.  Masak adunan di atas api kecil sehingga naik wap
5.  Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas plastik
6.  Kukus selama 20 minit

Cara menyediakan lapisan pandan:
1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
     Tapiskan
2.  Masak adunan di atas api kecil sehingga naik wap
3.  Cakar2kan sedikit permukaan lapisan jagung tadi dan tuangkan adunan
     pandan di atasnya
4.  Kukus selama 20 minit




* sumber resepi : sinar kehidupanku, tq yatie.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Info pelajar khb-ert ting satu :
- kuih ni contoh bater cair
- kaedah memasak mengukus


Bahan lapisan jagung

Satukan kesemua jenis tepung, gula dan santan, kacau sebati
Masukkan jagung krim
Kukus lapisan jagung setelah dimasak hingga naik wap atas api kecil
Bahan lapisan pandan
Satukan kesemua bahan, kacau sebati

Tapiskan dan masak atas api kecil hingga naik wap


Kukus selama 20 minit

Siap dikukus


Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile