Asmaul Husna
Arkib Blog
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
AutoCAD 3D
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Sunday, March 4, 2012
Gulai Tempoyak
1:49 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Gulai Tempoyak |
Bahan-bahannya:
2 ikat pucuk ubi - hiris nipis
1 ikat pucuk labu - hiris nipis
10 helai daun kunyit - hiris nipis
10 batang serai - hiris nipis
1 mangkuk kecil ikan bilis - di belah dua
1 mangkuk kecil petai- dibelah dua
6 ulas bawang merah - hiris nipis
1 mangkuk tempoyak
30 biji cili padi - tumbuk lumat
sebuku kunyit hidup - tumbuk lumat
1 mangkuk santan pekat
2 mangkuk air
Cara-cara membuatnya:
1. Sediakan semua bahan-bahannya.
cili padi + kunyit, petai, bawang merah, ikan bilis |
daun kunyit, serai, tempoyak, pucuk ubi dan pucuk labu |
2. Masukkan serai, daun kunyit, petai, ikan bilis, bawang merah
cili padi, kunyit dan santan dalam kuali atau periuk.
3. Gaul rata, tambahkan air dan masak dengan api perlahan
sehingga mula mendidih
4. Masukkan pucuk ubi dan pucuk labu. Gaul rata dan masak
lagi
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga
bahan-bahan sebati dan mesra
Sunday, February 26, 2012
Types Of Sugar
6:00 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua... hari ni saya nak link artikel tentang jenis-jenis gula. Kalau kita rujuk resepi-resepi barat, macam-macam istilah gula yang kita jumpa. Jadi bolehlah rakan2 baca artikel ni bagi mengenalpasti jenis-jenis gula.
Types of sugar
Types o sugar 2
Jenis-jenis gula dan kegunaannya
Jenis-jenis gula dan berbagai produk terkait
Types o sugar 2
Jenis-jenis gula dan kegunaannya
Jenis-jenis gula dan berbagai produk terkait
Saturday, February 25, 2012
Gulai Ketam
2:12 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua... hari ni saya nak kongsi resepi paling mudah, gulai ketam...Kami sekeluarga memang suka gulai ketam ni,
walaubagaimanapun saya jarang memasaknya kerana anak-anak alergi memakan makanan laut. Nanti ada yang gatal-gatal mata dan bersin-bersin. Jadi tak selalulah memasaknya...
Bahan-bahannya:
4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
20 biji cili padi - kepedasan ikut suka
Sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris
Santan dari 1 biji kelapa
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2. Masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, serai,
santan dan sedikit air dalam periuk.
3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Sentiasa kacau gulai untuk mengelakkan pecah minyak.
5. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih sebentar.
walaubagaimanapun saya jarang memasaknya kerana anak-anak alergi memakan makanan laut. Nanti ada yang gatal-gatal mata dan bersin-bersin. Jadi tak selalulah memasaknya...
Bahan-bahannya:
4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
20 biji cili padi - kepedasan ikut suka
Sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris
Santan dari 1 biji kelapa
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2. Masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, serai,
santan dan sedikit air dalam periuk.
3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Sentiasa kacau gulai untuk mengelakkan pecah minyak.
5. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih sebentar.
Monday, February 20, 2012
Kek Lapis Keju
6:26 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua... hari ni saya buat kek yang tak perlu dibakar, hanya perlu disejukkan dalam peti ais sahaja. Lebih kurang Tiramisu. Ianya senang dan mudah. Tetapi saya rasa kek ni lebih sesuai dinamakan biskut lapis keju sebab hanya menggunakan biskut je...Biskut lapis keju saya ni nipis je sebab menggunakan setengah sukatan sahaja. Rasanya sedap...bolehlah rakan-rakan mencubanya...
Terima kasih Yatie, di Sinar Kehidupanku kerana berkongsi resepi.
Bahan-bahan A:
2 bungkus biskut marie perasa coklat
500ml susu segar (dipanaskan)
Bahan-bahan B:
500 g keju krim (philadelphia)
10 ml susu segar
½ cawan gula halus
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul keju dengan gula halus hingga sebati
2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit (jangan sampai terlalu
cair)
3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
4. Panaskan susu segar sebentar sehingga suam-suam panas
5. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu suam,
terus susun di dalam acuan yang telah dialas dengan plastik
6. Sapukan adunan keju di atasnya, ratakan
7. Ulang proses melapis biskut dan menyapukan adunan keju
sehingga habis.
8. Pastikan adunan keju menjadi lapisan atas sekali
9. Taburkan biskut yang telah dikisar diatas permukaan kek.
10 Tekan-tekan sedikit permukaan kek dan sejukkan di dalam peti
sejuk selama 6 jam
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion