Tuesday, November 29, 2011

Sup Ikan






Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan merah - dipotong 6 keping
2 sudu besar serbuk lada
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
2 sudu besar rempah sup ikan - dibancuh pekat
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
Keret, kentang, celeri, tomato - potong ikut suka
1 biji limau kasturi - diambil airnya
6 biji cili padi- diketuk
Daun sup, bawang goreng - ditabur semasa menghidang

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

Bahan hiris
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia

1.   Masukkan kentang dan keret dalam periuk dan rebus dengan air yang mencukupi.
2.   Panaskan minyak, tumis bahan hiris dan rempah tumis sehingga wangi
3.   Masukkan bahan kisar dan rempah tumis dan tumis sehingga wangi. Tutup api.
4.   Masukkan ikan kedalam periuk berisi kentang dan rebus dengan api perlahan.  
      Apabila ada buih-buih terapung, ceduk dan buangkannya (untuk mengelakkan sup
      hanyir)
5.   Kemudian masukkan rempah yang telah ditumis, kacau rata dan masak hingga 
      mendidih
6.   Apabila kentang telah empuk, masukkan celeri, tomato, air limau, cili padi dan 
      garam secukup rasa
7.   Masak sebentar dan hidangkan
8.   Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng

No comments:

Post a Comment