Friday, December 2, 2011

Tart Nenas Gulung

Semalam saya dapat jem nenas buatan sendiri dari cikgu zaini.  Jemnya memang sedap.  Fresh dan tak terlalu manis.  Walaupun tak banyak, saya begitu teruja nak buat tat nenas gulung. Dah lama tak makan tat gulung. Tq c.zaini...sedap...yummy...yummy....




Bahan-bahannya: (50-60 biji - bergantung kepada ketebalan acuan)
150g mentega
30g gula halus
1/2 biji kuning telur
1/2 camt esen vanila
250g tepung gandum*
60g tepung jagung*
30g tepung kastard* (*ayak bersama)
Jem nenas secukupnya

*  doh boleh diletak sedikit pewarna kuning sekiranya suka

Glaze:
Kuning telur + sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuatnya:
1.  Gentel jem nenas bulat-bulat
2.  Panaskan oven suhu 170 Celcius atau gas no 4. (bergantung pada oven masing2)
3.  Putar sebentar gula halus dan mentega.  Masukkan kuning telur dan esen vanila.
      Kacau rata.
4.  Masukkan tepung dan gaul rata. Bentukkan menjadi sebuku doh. Adunan agak 
      lembut.
5.  Masukkan sedikit doh ke dalam acuan semperit dan picitkan memanjang dengan
      permukaan licinnya di atas.
6.  Letakkan sebiji jem di hujung doh tadi dan gulung menutupi jem. Buat sehingga
      habis.
7.  Susun atas dulang pembakar yang telah disapu nipis dengan mentega.  Sapu atas
      tat dengan kuning telur.
8.  Bakar sehingga keperangan.













No comments:

Post a Comment