Rendang Ayam Kampung |
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam kampung - potong 16
2 biji kelapa - perah santannya secukupnya
1 biji kelapa dibuat kerisik
Bahan kisar:
15 ulas bawang kecil
8 ulas bawang putih
5 batang serai
5 cm halia
5 cm lengkuas
5 cm kunyit hidup
15 tangkai cili kering - pedas ikut suka
20 ulas cili padi - pedas ikut suka
1 peket kecil rempah campur
2 hiris asam keping
1 helai daun kunyit
Minyak untuk menumis
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi
3. Masukkan ayam, kacau rata dan masak sehingga air ayam agak kering.
4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renihkan
sehingga kuahnya pekat
5. Masukkan serbuk perasa, asam keping dan daun kunyit. Sesuaikan rasanya.
6. Masak sehingga kuahnya pekat dan kering
terkonang kampung den..hihi
ReplyDeleteyo, masak pun guno kayu api. tengoklah pinggan hidang, klasik gak, omak punyo pinggan dulu2...hi.hi..
ReplyDelete