Saturday, February 25, 2012

Gulai Ketam

Salam semua... hari ni saya nak kongsi resepi paling mudah, gulai ketam...Kami sekeluarga memang suka gulai ketam ni,
walaubagaimanapun saya jarang memasaknya kerana anak-anak alergi memakan makanan laut.  Nanti ada yang gatal-gatal mata dan bersin-bersin.  Jadi tak selalulah memasaknya...






Bahan-bahannya:
4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
20 biji cili padi - kepedasan ikut suka
Sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris 
Santan dari 1 biji kelapa
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa


Cara memasaknya:
1.  Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2.  Masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, serai,
     santan dan sedikit air dalam periuk.
3.  Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4.  Sentiasa kacau gulai untuk mengelakkan pecah minyak.  
5.  Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6.  Biarkan mendidih sebentar.


No comments:

Post a Comment