Monday, February 20, 2012

Kek Lapis Keju



Salam semua... hari ni saya buat kek yang tak perlu dibakar, hanya perlu disejukkan dalam peti ais sahaja. Lebih kurang Tiramisu. Ianya senang dan mudah.  Tetapi saya rasa kek ni lebih sesuai dinamakan biskut lapis keju sebab hanya menggunakan biskut je...Biskut lapis keju saya ni nipis je sebab menggunakan setengah sukatan sahaja.  Rasanya sedap...bolehlah rakan-rakan mencubanya...
Terima kasih Yatie, di Sinar Kehidupanku kerana berkongsi resepi.



Bahan-bahan A:
2 bungkus biskut marie perasa coklat
500ml susu segar (dipanaskan)

Bahan-bahan B:
500 g keju krim (philadelphia)
10 ml susu segar
½ cawan gula halus

Cara-cara membuatnya:
1.    Pukul keju dengan gula halus hingga sebati
2.    Masukkan susu segar sedikit demi sedikit (jangan sampai terlalu 
      cair)
3.    Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
4.    Panaskan susu segar sebentar sehingga suam-suam panas
5.    Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu suam, 
      terus susun di dalam acuan yang telah dialas dengan plastik
6.    Sapukan adunan keju di atasnya, ratakan
7.    Ulang proses melapis biskut dan menyapukan adunan keju 
      sehingga habis.
8.   Pastikan adunan keju menjadi lapisan atas sekali
9.   Taburkan biskut yang telah dikisar diatas permukaan kek.
10   Tekan-tekan sedikit permukaan kek dan sejukkan di dalam peti 
      sejuk selama 6 jam 

Pukul keju krim dengan gula halus dan susu hingga kembang

Celupkan biskut ke dalam susu suam

Lapisan biskut yang dicelup susu

Sapukan adunan keju di atas biskut tadi

Lapis lagi dengan biskut yang dicelup susu

Hias permukaan atas dengan serbuk biskut

Kek lapis keju

No comments:

Post a Comment