Tuesday, May 17, 2011

Wajik Durian (Resepi Bonda)

Wajik durian


Bahan-bahannya:

1/2 kg pulut - rendam 4/5 jam dan kukus
650g gula pasir
100g gula merah
Santan (dr 1 biji kelapa)
1 mangkuk isi durian

Cara-caranya:
1. Didihkan santan, gula, isi durian dan sedikit air.
2. Biarkan pekat sedikit.
3. Masukkan pulut dan kacau hingga pekat.
4. Sejukkan di dalam loyang / bekas yang sesuai.

* resepi ini manis sedikit kerana sekiranya gula tidak mencukupi, pulut yang dkacau dalam larutan gula tadi akan kembang. Jadi tekstur wajik tidak cantik.* Sesiapa yang tak tahan manis, kurangkan sedikit gula.

 
 

No comments:

Post a Comment