Monday, November 21, 2011

Kole Kacang




Kole Kacang

Bahan-bahannya:
1 cawan santan pekat (untuk dapatkan tahi minyak)
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara membuatnya:
1.  Masak 1 cawan santan pekat dengan api kecil sehingga menjadi tahi minyak. 
     Ambil tahi minyak dan minyak yang terhasil
2.  Masak gula merah dan air hingga gula larut.  Tapiskan
3.  Kacau tepung kacang hijau bersama 2 cawan santan, minyak yang terhasil
     tadi dan air gula hingga sebati. Tapiskan
4.  Kacau dalam kuali atas api kecil sehingga likat
5.  Masukkan dalam acuan, taburkan tahi minyak dan sejukkan

* sumber resepi : kolej komuniti selayang
tq my sister suhaila


Bahan-bahannya ; tepung kacang, santan, gula merah + gula pasir, tahi minyak

Masak santan dengan api kecil

Sentiasa kacau

Dapatkan tahi minyak yang terhasil

Masak gula merah + air, tapiskan

Kacau tepung, santan, air gula, minyak

Kacau di atas api kecil

Sentiasa kacau untuk mengelakkan bergentil

Kacau hingga likat

Tuang dalam acuan dan tabur tahi minyak

Kuih yang siap

No comments:

Post a Comment