Monday, November 14, 2011

Udang Tempura

Udang Tempura


Bahan-bahan:
1 kg udang hidup – dibuang kepala, kulit dan urat hitam
2 cawan tepung naik sendiri (Bluekey)
1 cawan tepung jagung
Garam secukup rasa
Lada putih secukup rasa (boleh juga bubuh rempah)
Air sejuk + ketulan ais secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara membuat:
1.  Masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung, garam dan lada putih ke dalam mangkuk adunan
2.  Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau untuk mendapatkan adunan yang pekat (bater pekat)
3.  Panaskan minyak, celup udang ke  dalam adunan bater dan goreng sehingga keperangan
      
*  Petua mendapatkan udang yang lurus.  semasa memasukkannya ke dalam 
     minyak panas,masukkan udang dalam keadaan telentang. 


*  boleh juga selepas celupkan udang ke dalam bater, golekkan dulu dengan 
    serbuk roti, kemudian goreng, mesti lagi rangup....

 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Hari ni Cikgu Faridah menunjukkan cara-cara membuat udang tempura yang rangup menggunakan campuran tepung resepinya sendiri.  Memang sedap. Tak payahlah order Tempura King Prawns lagi kat Pizza Hut...Kadang-kadang tepung tempura yang kita beli siap tu bukannya sedap pun...jadi cubalah buat adunan sendiri menggunakan resepi Cikgu Faridah ni...tapi pastikan adunan betul2 pekat.


Cikgu Faridah menyukat 2 cawan tepung naik sendiri + 1 cawan tepung jagung


Masukkan garam dan lada putih secukup rasa

Udang dan air sejuk + ais

Bancuh dengan air sejuk +ais sedikit demi sedikit

Buat adunan bater yang pekat

Panaskan minyak dahulu

Masukkan udang dalam keadaan telentang supaya udang yang digoreng lurus

Goreng hingga keperangan

Cikgu Faridah & Cikgu Zainab

Selamat Mencuba......


IstilahTempura (天ぷら tenpura?) adalah makanan Jepun berupa makanan lautsayur-sayuran, atau ulam yang dicelup ke dalam adunan berupa tepung gandum dan kuning telur yang dicairkan dengan air bersuhu dingin lalu digoreng dengan minyak goreng yang banyak hingga berwarna kuning muda. 

No comments:

Post a Comment