Friday, December 30, 2011

Kaitan Otak dengan Tekanan





Tertekan bermakna memberi ruang kepada otak menjadi lemah sekaligus memberi peluang penyakit kepada tubuh badan.  Elakkan tekanan jika tidak mahu diserang penyakit.  Bagaimana menghilangkan tekanan? Terapi ini boleh membantu.


1.  Ubah gaya hidup
     Ceria dan gembira adalah penawar segala duka dan
     tekanan.  Cari peluang untuk menggembirakan hidup dan
     jangan biarkan diri dari dibelenggu tekanan.


2.  Atasi masalah
     Masalah adalah punca tekanan. Hadapi dan atasi masalah
     dengan pendekatan psikologi. Cuba bersikap positif dan
     tidak terlalu dibebankan dengan masalah.  Cari
     penyelesaiannya sesegera mungkin.


3.  Beriadah
     Senaman dan melakukan aktiviti luaran adalah penawar 
     kepada tekanan.  Amalkan gaya hidup sihat dengan
     bersukan dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
     seminggu. Dapat meluangkan 20 minit sehari sudah
     memadai untuk menghilangkan tekanan emosi 
     dan fizikal


4.  Pengambilan makanan
     Makan tidak teratur dan makan berlebihan boleh
     mendatangkan tekanan dan penyakit.  Ubah cara
     pengambilan makanan dengan mengikut sistem jadual
     atau pola pemakanan yang betul.  Elakkan makanan manis
     dan berlemak.  Makanan berlemak mendorong  
     peningkatan tekanan dan penyakit berbahaya seperti 
     kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.


5.  Rehat yang cukup
     Bertenang dan berehat adalah perawat paling berkesan.
     Tidurlah jika terasa tekanan pada bahagian fizikal anda.
     Lapan jam sehari boleh menentukan tahap kualiti 
     kerehatan tubuh badan anda.

No comments:

Post a Comment