Saturday, December 31, 2011

Minyak Ikan Untuk Sendi Sihat



Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Begitu juga dengan orang Jepun.  Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain.  


Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid.  Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang.


Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi itu.  Di samping itu, asid lemak Omega-3 juga boleh merendahkan kerosakan rawan.  

No comments:

Post a Comment