Monday, February 6, 2012

Talam Berlauk


Bahan-bahannya:
Bahan A:
6 cawan santan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
sedikit garam

Bahan B:
100g udang geragau (sangai)
100g bawang goreng
setangkai daun sup (dihiris halus)
1 biji cili merah dan hijau (dihiris nipis)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram

Cara-Cara Membuatnya:
1.  Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak sehingga agak likat (sentiasa dikacau untuk
     mengelakkan adunan berketul-ketul)
2.  Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak, ratakan dan kukus selama 20 minit
3.  Apabila masak, satukan semua bahan sos dan sapukan di atas permukaan kuih.
4.  Taburkan udang geragau, bawang goreng, daun sup dan cili.
5.  Potong setelah betul-betul sejuk

Bahan lapisan bawah

Bahan tabur di atas kuih

Kacau Bahan A di atas api

Tuang dalam loyang dan kukus

Sapukan sos di atas permukaan kuih

Taburkan udang geragau

Taburkan bawang goreng, daun sup dan cili




sumber : kolej komuniti selayang
tkasih buat adikku suhaila kerana berkongsi resepi



No comments:

Post a Comment