Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Showing posts with label Bacaan Umum. Show all posts
Showing posts with label Bacaan Umum. Show all posts
Wednesday, January 11, 2012

Tip Kekalkan Daya Ingatan



Kita digalakkan terus membaca, mengira dan menghafal apa sahaja bagi membolehkan otak kita aktif.  Sebagai contoh, anda boleh cuba menghafal surah-surah walaupun pada mulanya ia sukar dilakukan.  Percayalah, jika anda mencubanya berulangkali, pasti anda berjaya.  Satu lagi, anda boleh cuba menghafal nombor, umpamanya nombor akaun bank anda.  Memang agak sukar untuk menghafalnya tetapi apa  yang boleh dilakukan termasuklah menghafalnya dalam bentuk nyanyian atau sebagainya.  Pasti ia menjadi lebih mudah.

Friday, January 6, 2012

Kesum




Nama saintifik : Polyganum minus huds




Pokok kesum adalah sejenis herba biasa yang mudah tumbuh ataupun lazimnya ditanam di halaman rumah.  Pokok kesum merupakan tumbuhan herba rendah yang mudah ditemui di kawasan tanah lembap. Ia merupakan tumbuhan rumpun yang kecil. Batangnya kecil, menegak dan kadang-kadang  tumbuh menjalar.  Daun kesum memiliki aroma yang menarik dan unik.  Daunnya kecil-kecil, runcing di hujung, nipis dan licin di bahagian tepi daun.  Apabila daunnya diramas ia akan mengeluarkan bau. 


Daun kesum juga mudah ditemui di pasar dan sering dijadikan perencah dalam masakan seperti asam laksa atau ulam kerabu. Herba kesum ini boleh dibiakkan hanya dengan keratan batang.  Ia mudah tumbuh apatah lagi di kawasan lembap.


Khasiat:
Daun kesum yang dilumatkan dan dilumurkan pada kulit kepala berupaya mencegah atau mengurangkan masalah kelemumur.  Selain itu, ia juga baik dan membantu sistem pencernaan.  Daun kesum dipupur pada perut wanita lepas bersalin atau air rebusannya boleh membantu menghilangkan sakit perut yang disebabkan makanan tidak hadam.
sumber : Herba & Perubatan
Tuesday, January 3, 2012

Pentingnya Sistem Imun



Kesihatan yang baik disebabkan sistem imunisasi yang kuat dan sihat.  Sistem imunisasi ialah rangkaian sel dan molekul yang berperanan melindungi tubuh daripada penyakit.  Meningkatnya usia, sistem imunisasi kian menurun.  Sistem imun ini terjejas berpunca daripada:

* Kekurangan zat makanan
   Kekurangan zat besi, selenium dan vitamin A melumpuhkan
   sistem imun 

* Tabiat makan yang buruk
   Kolesterol yang tinggi dan berlebihan menghalang 
   keupayaan sel darah putih dalam melawan serangan
   organisma pembawa penyakit

* Pencemaran
   Contoh, sayuran yang tercemar oleh racun serangga. Ayam,
  daging dan susu yang disuntik hormon pertumbuhan dan 
  antibiotik, juga makanan yang menggunakan pewarna,
  perisa tiruan serta pengawet

* Tekanan
   Apabila tertekan, tubuh mengeluarkan bahan kimia yang
  menjejaskan fungsi imun

Saturday, December 31, 2011

Minyak Ikan Untuk Sendi Sihat



Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Begitu juga dengan orang Jepun.  Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain.  


Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid.  Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang.


Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi itu.  Di samping itu, asid lemak Omega-3 juga boleh merendahkan kerosakan rawan.  
Friday, December 30, 2011

Kaitan Otak dengan Tekanan





Tertekan bermakna memberi ruang kepada otak menjadi lemah sekaligus memberi peluang penyakit kepada tubuh badan.  Elakkan tekanan jika tidak mahu diserang penyakit.  Bagaimana menghilangkan tekanan? Terapi ini boleh membantu.


1.  Ubah gaya hidup
     Ceria dan gembira adalah penawar segala duka dan
     tekanan.  Cari peluang untuk menggembirakan hidup dan
     jangan biarkan diri dari dibelenggu tekanan.


2.  Atasi masalah
     Masalah adalah punca tekanan. Hadapi dan atasi masalah
     dengan pendekatan psikologi. Cuba bersikap positif dan
     tidak terlalu dibebankan dengan masalah.  Cari
     penyelesaiannya sesegera mungkin.


3.  Beriadah
     Senaman dan melakukan aktiviti luaran adalah penawar 
     kepada tekanan.  Amalkan gaya hidup sihat dengan
     bersukan dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
     seminggu. Dapat meluangkan 20 minit sehari sudah
     memadai untuk menghilangkan tekanan emosi 
     dan fizikal


4.  Pengambilan makanan
     Makan tidak teratur dan makan berlebihan boleh
     mendatangkan tekanan dan penyakit.  Ubah cara
     pengambilan makanan dengan mengikut sistem jadual
     atau pola pemakanan yang betul.  Elakkan makanan manis
     dan berlemak.  Makanan berlemak mendorong  
     peningkatan tekanan dan penyakit berbahaya seperti 
     kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.


5.  Rehat yang cukup
     Bertenang dan berehat adalah perawat paling berkesan.
     Tidurlah jika terasa tekanan pada bahagian fizikal anda.
     Lapan jam sehari boleh menentukan tahap kualiti 
     kerehatan tubuh badan anda.

Saturday, December 10, 2011

Kata Pujangga

Pujangga berkata : Berbahagialah orang yang jika mendapat limpahan nikmat maka akan bersyukur, jika diuji maka akan bersabar, jika berbuat dosa maka akan beristighfar, jika marah akan segera mengawalnya dan jika berkuasa maka akan berlaku adil
Sunday, November 27, 2011

Listen Quran Online

Listen Quran Online at
http://www.listen2quran.com/default.aspx
Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah

 Tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
 
Salam Ma'al Hijrah

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah. Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Hijrah pada semua rakan  muslimin dan muslimat. 

Saya harap, 1 Muharram ini, menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.  

Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. 


Doa akhir tahun:




Doa akhir tahun :




 sumber doa : sawanila.com



Thursday, November 24, 2011

Antara Tart dan Pai


Antara tart dan Pai? 

Tat Peach
Pai Epal
             
Ada yang tersilap, pai dikata tart, tart dikata pai.  Macamana ni?  Untuk penjelasan, anda boleh baca di http://www.trymasak.my/blog/posts.php?author=trymasak&title=Antara+tart+dan+pai







Wednesday, November 23, 2011

Hadis : Syukur

Daripada al-Nu'man bin Basyir r.a. sabda Rasullullah s.a.w:
Maksudnya  :  "Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur dan sesiapa yang meninggalkan bererti kufur dan sesiapa yang tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak beryukur kepada Allah"






Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.  Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih.  Biasanya kata-kata pujian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi.

Sheikh Muhammad 'Abduh membuat takrif syukur sebagai berikut : Dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat-nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu diberikan

Jadi tidak cukup bersyukur itu dengan membaca atau mengucapkan lafaz alhamdulillah sahaja.  Erti bersyukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan, hati dan anggota badan.  Bersyukur kepada Allah s.w.t. ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah s.w.t. dan meletakkan keyakinan kepada Nya dalam apa jua keadaan.  Perkataan yang terlafaz dari mulut kita tentang Allah s.w.t. hanyalah kata-kata pujian, sanjungan dan pujaan. Hanya Allah yang layak menerima kata-kata seperti itu.

Rasullullah s.a.w. membanyakkan ibadat sebagai amalan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Oleh itu, melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t dan meninggalkan larangan Nya adalah pernyataan kesyukuran paling utama.  Ini diikuti dengan mengerjakan amalan-amalan sunat bagi menyempurnakan kesyukuran itu.

Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t. dan jadikanlah perkhidmatan kita satu ibadah yang pahalanya akan berterusan


sumber : Himpunan hadis modal insan



Wednesday, November 9, 2011

Hadis : Amanah



Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasullullah s.a.w:


Maksudnya:" Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji "







Friday, November 4, 2011

Bahan Aditif Dalam Makanan


Ruangan ini memberi maklumat kepada pengguna mengenai bahan aditif halal yang dicampur dalam makanan. Sila baca di
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aditif-halal

 

Kata Pujangga



Pujangga berkata : Ciptakan diri anda selalu mempunyai kegiatan.  Dengan kata lain, anda perlu berusaha dengan penuh kesedaran dan kemahuan untuk memanfaatkan kemampuan anda melakukan kemungkinan-kemungkinan yang boleh anda lakukan. Dijamin anda akan merasa bahagia kalau diri anda melakukan sesuatu yang indah. Kemalasan hanya akan menyuburkan kedukaan
Saturday, October 29, 2011

Apa khasiat buah malberi ni?

Kat rumah saya ada beberapa pasu pokok malberi ni.  Benihnya dapat dari Kak Sal. Memang pokok ni rajin berbuah.  Selepas satu musim berbuah, kita hendaklah cantas dahan-dahannya.  Seminggu selepas tu, ia akan mula mengeluarkan pucuk baru sekali dengan putik-putik buahnya.  Tapi pokok ni ada musuhnya, kalau kat rumah saya, ada kupu-kupu putih sering menyerang daun-daun dan buah-buah malberi ni.  


Pokok Malberi atau nama saintifiknya Morus Alba.  Buah malberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C.  Daun malberi pula mengandungi adenin, amllas, asid suksinik, karotena dan kolin.  Biji malberi mengandungi ureas.  Kulit akar pokok malberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.  


Secara tradisionalnya, buah malberi digunakan sebagai agen ubatan yang memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang, merawat lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Buah malberi ini juga berguna untuk melancarkan pembuangan air kencing, sembelit dan masalah pening kepala.


Selain itu, buah malberi boleh merangsang penghasilan cecair badan dan berguna untuk mereka yang mengalami kekurangan cecair, mulut kering dan lidah terasa panas.  Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata juga boleh mengambil jus malberi ini bagi menambah cecair dan menguatkan penglihatan.


Dikatakan dengan memakan buah malberi ini mampu menyembuhkan saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut.  Sesiapa yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar tidur dan jantung berdebar-debar, boleh mengambil jus malberi ini.  Sekiranya kebas-kebas tangan dan kaki, boleh meminum air rebusan daun malberi.  Air rebusan juga boleh dijadikan air mencuci mata yang merah dan bengkak.


Air rebusan daun atau kulit pokok atau ranting pokok berguna untuk membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, asma, batuk, menyingkirkan kahak, mengurangkan tekanan darah tingggi, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan dan disapu minyak boleh dijadikan ubat tampal pada luka, manakala daun yang telah ditumbuk boleh ditampal pada bekas gigitan serangga.  


Walaupun terdapat banyak khasiat pokok ini, kita perlulah mendapatkan  nasihat dari pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan.

(sumber : mulberrymalaysia.blogspot.com)

Thursday, October 27, 2011

HADIS : BERILMU




Hadis daripada Anas bin Malik  r.a; sabda Rasullullah s.a.w:

Maksudnya:  'Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoa keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan'

Ketahuilah bahawa ilmu lebih utama daripada amal. amal ibadah tidak diterima kecuali dengan ilmu. Ilmu pengetahuan adalah kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk agama dan modal dalam perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan. Hidup akan cemerlang jika diberkati dengan ilmu pengetahuan.



Kelebihan Ilmu Pengetahuan:
1.  Ilmu adalah warisan para nabi a.s sedangkan harta adalah warisan Firaun dan Qarun.
2.  Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia.
3.  Orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
4.  Ilmu diberikan bertambah, harta diberikan berkurang.
5.  Ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
6.  Harta boleh habis sebelum pemiliknya mati, sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
7.  Ilmu tidak dapat dihitungkan, sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.

Kemahiran Generasi Pelajar
Ada lima kemahiran yang amat perlu bagi generasi pelajar membangunkan dirinya supaya mampu menjadi menjadi modal insan yang menyumbang ke arah pembangunan.  Kemahiran tersebut ialah;
1.  Kemahiran  ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem
2.  Kemahiran berfikir
3.  Kemahiran berorganisasi
4.  Kemahiran berstrategi
5.  Kemahiran berkomunikasi


Pujangga berkata : Bawalah selalu catatan kecil di dalam poket saku anda untuk mengatur pekerjaan dan waktu, mengingatkan anda akan janji-janji yang anda buat dan untuk mencatatkan hal-hal yang penting menurut anda.

Sumber : Himpunan Hadis Modal Insan

Anda boleh terus membaca di http://zaldym.wordpress.com/2009/02/20/pandangan-islam-tentang-ilmu-pengetahuan/
Tuesday, October 25, 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan AlQuran

Kehebatan Syurga Berdasarkan alQuran
by : www.iluvislam.com

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama AlQuran

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama AlQuran 
by :  www.iluvislam.com
Sunday, October 16, 2011

Info : Kanser daripada bekas makanan





Monday, May 23, 2011

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...

"DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo K ek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapa..."

Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile