Asmaul Husna
Arkib Blog
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717
AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717
bunga lawang
cengkih
kayu manis
pelaga
buah keras
jintan hitam
jintan manis
halba
lada hitam
basil
rosemary
oregano
thyme
kesum
sage
pudina
daun kari
ketumbar
chives
tarragon
dill
fennel
bunga kantan
daun bay
cekur
daun limau purut
marjoram
selom
pegaga
pucuk putat
tenggek burung
ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Tuesday, January 3, 2012
Pentingnya Sistem Imun
6:33 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Kesihatan yang baik disebabkan sistem imunisasi yang kuat dan sihat. Sistem imunisasi ialah rangkaian sel dan molekul yang berperanan melindungi tubuh daripada penyakit. Meningkatnya usia, sistem imunisasi kian menurun. Sistem imun ini terjejas berpunca daripada:
* Kekurangan zat makanan
Kekurangan zat besi, selenium dan vitamin A melumpuhkan
sistem imun
* Tabiat makan yang buruk
Kolesterol yang tinggi dan berlebihan menghalang
keupayaan sel darah putih dalam melawan serangan
organisma pembawa penyakit
* Pencemaran
Contoh, sayuran yang tercemar oleh racun serangga. Ayam,
daging dan susu yang disuntik hormon pertumbuhan dan
antibiotik, juga makanan yang menggunakan pewarna,
perisa tiruan serta pengawet
* Tekanan
Apabila tertekan, tubuh mengeluarkan bahan kimia yang
menjejaskan fungsi imun
Saturday, December 31, 2011
Minyak Ikan Untuk Sendi Sihat
10:41 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Begitu juga dengan orang Jepun. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain.
Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid. Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang.
Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi itu. Di samping itu, asid lemak Omega-3 juga boleh merendahkan kerosakan rawan.
Friday, December 30, 2011
Kaitan Otak dengan Tekanan
9:31 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Tertekan bermakna memberi ruang kepada otak menjadi lemah sekaligus memberi peluang penyakit kepada tubuh badan. Elakkan tekanan jika tidak mahu diserang penyakit. Bagaimana menghilangkan tekanan? Terapi ini boleh membantu.
1. Ubah gaya hidup
Ceria dan gembira adalah penawar segala duka dan
tekanan. Cari peluang untuk menggembirakan hidup dan
jangan biarkan diri dari dibelenggu tekanan.
2. Atasi masalah
Masalah adalah punca tekanan. Hadapi dan atasi masalah
dengan pendekatan psikologi. Cuba bersikap positif dan
tidak terlalu dibebankan dengan masalah. Cari
penyelesaiannya sesegera mungkin.
3. Beriadah
Senaman dan melakukan aktiviti luaran adalah penawar
kepada tekanan. Amalkan gaya hidup sihat dengan
bersukan dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Dapat meluangkan 20 minit sehari sudah
memadai untuk menghilangkan tekanan emosi
dan fizikal
4. Pengambilan makanan
Makan tidak teratur dan makan berlebihan boleh
mendatangkan tekanan dan penyakit. Ubah cara
pengambilan makanan dengan mengikut sistem jadual
atau pola pemakanan yang betul. Elakkan makanan manis
dan berlemak. Makanan berlemak mendorong
peningkatan tekanan dan penyakit berbahaya seperti
kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
5. Rehat yang cukup
Bertenang dan berehat adalah perawat paling berkesan.
Tidurlah jika terasa tekanan pada bahagian fizikal anda.
Lapan jam sehari boleh menentukan tahap kualiti
kerehatan tubuh badan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion



