Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Showing posts with label Lauk-Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-Pauk. Show all posts
Sunday, March 4, 2012

Gulai Tempoyak

Gulai Tempoyak

Bahan-bahannya:
2 ikat pucuk ubi - hiris nipis
1 ikat pucuk labu - hiris nipis
10 helai daun kunyit - hiris nipis
10 batang serai - hiris nipis
1 mangkuk kecil ikan bilis - di belah dua
1 mangkuk kecil petai- dibelah dua
6 ulas bawang merah - hiris nipis
1 mangkuk tempoyak
30 biji cili padi - tumbuk lumat
sebuku kunyit hidup - tumbuk lumat
1 mangkuk santan pekat
2 mangkuk air


Cara-cara membuatnya:
1.   Sediakan semua bahan-bahannya.


cili padi + kunyit, petai, bawang merah, ikan bilis

daun kunyit, serai, tempoyak, pucuk ubi dan pucuk labu


2.   Masukkan serai, daun kunyit, petai, ikan bilis, bawang merah
      cili padi, kunyit dan santan dalam kuali atau periuk.





3.   Gaul rata, tambahkan air dan masak dengan api perlahan
      sehingga mula mendidih







4.   Masukkan pucuk ubi dan pucuk labu.  Gaul rata dan masak
      lagi







5.   Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga
      bahan-bahan sebati dan mesra



Saturday, February 25, 2012

Gulai Ketam

Salam semua... hari ni saya nak kongsi resepi paling mudah, gulai ketam...Kami sekeluarga memang suka gulai ketam ni,
walaubagaimanapun saya jarang memasaknya kerana anak-anak alergi memakan makanan laut.  Nanti ada yang gatal-gatal mata dan bersin-bersin.  Jadi tak selalulah memasaknya...






Bahan-bahannya:
4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
20 biji cili padi - kepedasan ikut suka
Sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris 
Santan dari 1 biji kelapa
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa


Cara memasaknya:
1.  Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2.  Masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, serai,
     santan dan sedikit air dalam periuk.
3.  Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4.  Sentiasa kacau gulai untuk mengelakkan pecah minyak.  
5.  Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6.  Biarkan mendidih sebentar.


Monday, December 5, 2011

Gulai Ayam Salai Campur Nenas




Biasanya kita masak gulai daging salai ataupun nenas kita masak dengan ikan masin.  Tapi hari ni saya masak gulai ayam salai dengan nenas, memang sedap...kesukaan anak-anak .... Kalau ada sesiapa nak cuba, resepi dan cara-cara memasaknya sama seperti gulai udang campur nenas.  
Thursday, December 1, 2011

Gulai Udang Nenas



Bahan-bahannya:
1/2 kg udang hidup
20 biji cili padi (pedas ikut suka)
sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - hiris
1 biji kelapa - santan
2 batang serai - diketuk
1 biji nenas 
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya : 
1.   Kupas nenas dan potong keping kecil2 (ikut suka).  Rebus sebentar dan tos airnya.
2.  Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
3.  Masukkan udang, nenas, bahan tumbuk, serai, santan, garam secukupnya dalam 
      periuk.  Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
4.  Masukkan asam keping dan sesuaikan rasa.
5.  Hidangkan 





Tuesday, November 29, 2011

Sup Ikan






Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan merah - dipotong 6 keping
2 sudu besar serbuk lada
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
2 sudu besar rempah sup ikan - dibancuh pekat
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
Keret, kentang, celeri, tomato - potong ikut suka
1 biji limau kasturi - diambil airnya
6 biji cili padi- diketuk
Daun sup, bawang goreng - ditabur semasa menghidang

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

Bahan hiris
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia

1.   Masukkan kentang dan keret dalam periuk dan rebus dengan air yang mencukupi.
2.   Panaskan minyak, tumis bahan hiris dan rempah tumis sehingga wangi
3.   Masukkan bahan kisar dan rempah tumis dan tumis sehingga wangi. Tutup api.
4.   Masukkan ikan kedalam periuk berisi kentang dan rebus dengan api perlahan.  
      Apabila ada buih-buih terapung, ceduk dan buangkannya (untuk mengelakkan sup
      hanyir)
5.   Kemudian masukkan rempah yang telah ditumis, kacau rata dan masak hingga 
      mendidih
6.   Apabila kentang telah empuk, masukkan celeri, tomato, air limau, cili padi dan 
      garam secukup rasa
7.   Masak sebentar dan hidangkan
8.   Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng

Saturday, November 26, 2011

Daging Paprik



Bahan-bahannya:
300g daging – rebus sampai empuk dan hiris nipis
3 ulas bawang merah – tumbuk
1 ulas bawang putih – tumbuk
Sehiris halia – tumbuk
1 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar – hiris
1 biji cili merah – hiris
3 biji cili padi – diketuk
½ kuntum bunga kobis – potong kecil
½ batang keret – hiris nipis
5 batang putik jagung – hiris nipis
2 sudu besar  sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

*  limau kasturi boleh diganti dengan pes tomyam jika suka

Cara-cara membuatnya:
1.        Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan cili kisar.
2.        Masukkan pula bawang hiris, halia hiris dan serai. Tumis sehingga wangi
3.        Masukkan daging yang telah dihiris, gaul rata. Masak sebentar.  
  Masukkan  sedikit air
4.        Masukkan sayur-sayuran, cili merah, cili padi, daun limau purut.  Gaul rata
5.        Masukkan bahan sos, gaul rata. Perasakan dan perah air limau nipis
6.        Angkat dan hidangkan








Tuesday, November 22, 2011

Kari Ikan

Kari Ikan



Bahan-bahannya:
1 ekor ikan merah - potong 7 keping
3 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia - hiris halus
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
3 sudu rempah kari ikan - bancuh dengan air pekat-pekat
3 ulas bwang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia - tumbuk lumat , dicampur dengan rempah kari
2 sudu cili kering kisar
1 cawan santan pekat
2 - 3 cawan santan cair
sedikit air asam jawa
sedikit daun kari
10 batang bendi
2 biji tomato saiz kecil - belah 4
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat:
(sama seperti masak kurma)

Bawang merah, bawang putih + halia hiris, rempah kari + bawang /halia tumbuk, ikan, santan
  
Bendi, tomato, air asam jawa

Tumis bawang merah, bawang putih, halia hiris + rempah penumis
 
Masukkan rempah kari + bawang tumbuk + cili kisar, tumis hingga wangi
 
Masukkan ikan, santan cair dan daun kari


Biarkan mendidih, masukkan santan pekat, air asam jawa dan garam
 
Masukkan sayur bendi dan tomato, biar sebentar, angkat

Monday, November 21, 2011

Kurma Ayam




Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - potong 8
6 ulas bawang merah - 3 ulas hiris, 3 ulas tumbuk 
4 ulas bawang putih - 2 ulas hiris, 2 ulas tumbuk
4 keping halia - 2 keping hiris, 2 keping tumbuk
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk
3  sudu besar rempah kurma - bancuh pekat dengan air
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga
1 batang kecil keret - potong dadu
2 biji kentang - potong dadu
1 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - belah dua
2 mangkuk air
1 cawan santan pekat
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1.  Panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris 
      bersama rempah tumis
2.  Apabila wangi, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk 
      bersama rempah kurma + jintan manis tumbuk.  Tumis sehingga wangi
3.  Masukkan ayam dan kentang.  Gaul rata. Masak sebantar.
4.  Masukkan 2 mangkuk air dan biarkan kentang separuh empuk.
5.  Kemudian masukkan pula keret dan santan pekat. Biarkan mendidih.
6.  Masukkan garam secukup rasa dan air asam jawa.
7.  Apabila cukup dan empuk, sebelum tutup api, masukkan tomato dan cili merah.
8.  Hidangkan

Bawang + rempah tumis, rempah kurma, ayam, kentang
 
Keret, cili, santan


Tumiskan bawang hiris + halia hiris + rempah tumis

Masukkan bahan yang ditumbuk dan rempah kurm , tumis hingga wangi

Masukkan ayam dan kentang

Gaul rata rempah dengan ayam

Masukkan 2 mangkuk air, didihkan

Masukkan santan dan keret, masak hingga kentang empuk, bubuh garam dan air asam jawa

 
Akhir sekali masukkan cili dan tomato

Wednesday, November 16, 2011

Chicken Thai Chilli Sauce

Chicken Thai Chilli Sauce


Bahan-bahannya:
2 keping dada ayam – ambil isinya dan hiris nipis
1 cawan tepung jagung
Garam secukupnya
Serbuk lada sulah secukupnya
1 camt sos ikan
1 biji timun – parut memanjang  (tak perlu ambil empulurnya)
1 batang lobak merah – parut memanjang
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan sos:
6 camb sos cili thai
3 camb sos tomato
1 camb sos plum
3 biji limau kasturi – ambil jusnya
Sedikit air

Lobak merah, timun, tepung jagung, limau kasturi
Tiga jenis sos 
                   


















Cara-cara membuatnya:


Lobak merah 
Timun




1.  Parut memanjang lobak merah dan timun
          


Campuran sos




2.   Satukan kesemua bahan sos.  






3.   Didihkan sebentar sos, tutup api dan ketepikan










                              



4.   Gaulkan isi ayam dengan sedikit garam dan sos ikan

    








5.   Masukkan garam dan lada sulah secukupnya ke dalam tepung jagung












                     
                      6.   Gaul ayam dalam tepung jagung sedikit demi sedikit dan
                      goreng hingga warna keemasan












7.   Hias dan hidangkan gorengan ayam bersama sos dan sayurannya






@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hari ni Cikgu Faridah menunjukkan cara-cara membuat chicken thai chilli sauce...memang sedap, tak payahlah nak order lagi kat Restoren Singgah Selalu... kita buat sendiri je.  Tq Cikgu Faridah, saya share resepinya di sini....


C.Zainab sedang memarut timun 


C.Zainab menggaul ayam dalam tepung jagung

Goreng ayam hingga keperangan

C.Faridah sedang mencurahkan sosnya



Hidangan siap









Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile