Asmaul Husna
Arkib Blog
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717
AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717
bunga lawang
cengkih
kayu manis
pelaga
buah keras
jintan hitam
jintan manis
halba
lada hitam
basil
rosemary
oregano
thyme
kesum
sage
pudina
daun kari
ketumbar
chives
tarragon
dill
fennel
bunga kantan
daun bay
cekur
daun limau purut
marjoram
selom
pegaga
pucuk putat
tenggek burung
ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Showing posts with label Kuih Tradisi. Show all posts
Showing posts with label Kuih Tradisi. Show all posts
Wednesday, November 2, 2011
Kuih Dangai
11:00 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Hari ni saya minta jasa baik sahabat saya (Cikgu Zainab Mohamad) untuk menunjukkan cara-cara membuat kuih dangai resepi ibunya. Memang mudah membuatnya, dan hasilnya sungguh enak. Terima kasih Cikgu Zainab, Jadi izinkan saya berkongsi resepi dengan kawan-kawan lain pula.
| Kuih Dangai |
Bahan-bahannya:
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus
Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam
dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu
dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata,
ianya tidak perlu ditekan.
7. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.
| Cikgu Zainab menunjukkan cara-cara membuatnya |
![]() |
| contoh acuan kuih dangai (sumber: blog amboiiray) |
![]() |
| contoh kuih dari acuan sebenar (sumber : blog amboiiray) |
Tuesday, May 17, 2011
Wajik Durian (Resepi Bonda)
6:53 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
![]() |
| Wajik durian |
Bahan-bahannya:
1/2 kg pulut - rendam 4/5 jam dan kukus
650g gula pasir
100g gula merah
Santan (dr 1 biji kelapa)
1 mangkuk isi durian
Cara-caranya:
1. Didihkan santan, gula, isi durian dan sedikit air.
2. Biarkan pekat sedikit.
3. Masukkan pulut dan kacau hingga pekat.
4. Sejukkan di dalam loyang / bekas yang sesuai.
* resepi ini manis sedikit kerana sekiranya gula tidak mencukupi, pulut yang dkacau dalam larutan gula tadi akan kembang. Jadi tekstur wajik tidak cantik.* Sesiapa yang tak tahan manis, kurangkan sedikit gula.

Kuih Cucur (Resepi Bonda)
6:48 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
| Kuih Cucur |
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan, blend sehingga rata.
2. Peram sekurang-kurangnya enam jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali yang kecil.
4. Ambil sesenduk bater, goreng dengan api kecil hingga keperangan.
5. Terbalikkan kuih dan goreng sebelah permukaan pula.
| Bahan-bahan kuih |
| Peram adunan sekurang2nya 6 jam |
| Ambil sesenduk |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion




