Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Showing posts with label Pastri. Show all posts
Showing posts with label Pastri. Show all posts
Sunday, December 4, 2011

Choux pastry recipe

Friday, December 2, 2011

Tart Nenas Gulung

Semalam saya dapat jem nenas buatan sendiri dari cikgu zaini.  Jemnya memang sedap.  Fresh dan tak terlalu manis.  Walaupun tak banyak, saya begitu teruja nak buat tat nenas gulung. Dah lama tak makan tat gulung. Tq c.zaini...sedap...yummy...yummy....




Bahan-bahannya: (50-60 biji - bergantung kepada ketebalan acuan)
150g mentega
30g gula halus
1/2 biji kuning telur
1/2 camt esen vanila
250g tepung gandum*
60g tepung jagung*
30g tepung kastard* (*ayak bersama)
Jem nenas secukupnya

*  doh boleh diletak sedikit pewarna kuning sekiranya suka

Glaze:
Kuning telur + sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuatnya:
1.  Gentel jem nenas bulat-bulat
2.  Panaskan oven suhu 170 Celcius atau gas no 4. (bergantung pada oven masing2)
3.  Putar sebentar gula halus dan mentega.  Masukkan kuning telur dan esen vanila.
      Kacau rata.
4.  Masukkan tepung dan gaul rata. Bentukkan menjadi sebuku doh. Adunan agak 
      lembut.
5.  Masukkan sedikit doh ke dalam acuan semperit dan picitkan memanjang dengan
      permukaan licinnya di atas.
6.  Letakkan sebiji jem di hujung doh tadi dan gulung menutupi jem. Buat sehingga
      habis.
7.  Susun atas dulang pembakar yang telah disapu nipis dengan mentega.  Sapu atas
      tat dengan kuning telur.
8.  Bakar sehingga keperangan.













Thursday, December 1, 2011

Apple Crumble


Dah lama berhajat nak buat apple crumble ni, baru hari ni tercapai.  Memang mudah dan cepat membuatnya. Kalau buat pai epal, nak kena canai pastrinya. Apple crumble tak payah...bolehlah kwn2 buat juga.... selamat mencuba.  Sedap makan sejuk dengan ais krim...yummy..yummy...







Bahan-bahannya:
3 biji epal hijau sederhana besar - kupas dan potong 12
130 g gula perang
130g mentega
220g tepung naik sendiri
sedikit serbuk kulit kayu manis (cinnamon)
1/2 cawan cornflake - dihancurkan atau oat pun boleh


Cara-cara membuatnya:
1.   Panaskan oven, 170 celcius atau gas no 4 (bergantung kepada dapur gas)
2.   Masukkan tepung dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
3.   Gaul ramas mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti
4.   Masukkan gula perang (tinggalkan dalam 2 sudu besar ) dan cornflakes. Gaul 
       sebati
5.   Susun sebaris epal dalam tin pembakar. Taburkan sedikit mentega.
6.   Taburkan pula lebihan gula perang dan serbuk kayu manis ke atas epal.  Ulang 
       proses tadi  sehingga epal habis. 
7.   Tutup permukaan epal dengan campuran tepung dan mentega tadi.
8.   Bakar sehingga keperangan
9.   Enak di makan sejuk bersama ais krim.


* siapa tak suka manis, boleh kurangkan gula 
* boleh juga guna separuh gula perang,separuh gula putih
* boleh juga epal dimasak dulu dengan sedikit mentega dan serbuk kayu manis 
* boleh juga guna epal merah


Mentega, tepung, gula perang


Hirisan epal, cornflakes, cinnamon


Potong dadu mentega


Gaul ramas mentega dan tepung menjadi serbuk roti


Gaul sebati dengan gula perang dan cornflakes


Susun hirisan epal, letak sikit mentega dan tabur gula perang + cinnamon


Tutup permukaan epal dengan campuran tepung tadi


Bakar hingga keperangan



Tuesday, November 1, 2011

Quiche Ayam

Quiche Ayam


Bahan-bahannya:
Pastri:
125g marjerin / mentega
250g tepung gandum
1/2 camt garam halus
6 sudu makan air sejuk

Inti:
1 biji bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
100g isi ayam (dadu)
1/2 tin cendawan butang (hiris nipis)
Garam, serbuk lada hitam, oregano secukup rasa
100g susu segar
100g krim putar
2 biji telur
3 tangkai daun sup (hiris halus)
1 biji cili merah (hiris nipis)
2 camb keju parut

Cara-cara membuatnya:
1.   Panaskan ketuhar 180 C / gas no 5
2.   Gaul ramas tepung, marjerin dan garam sehingga menjadi serbuk roti.
       Masukkan air sejuk dan satukan tepung menjadi doh.  Rehatkan doh
       sebentar.
3.   Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan ayam.
       Kacau sebentar. Masukkan cendawan dan perasakan. Angkat dan ketepikan
4.   Pukul sedikit telur dalam mangkuk adunan, masukkan susu, krim, ayam
       yang telah ditumis, keju parut, dan  daun sup.  Sesuaikan rasa dengan
       garam, lada hitam dan oregano.
5.   Alaskan tin pembakar dengan pastri.  Curahkan adunan inti ayam.  Bakar
       selama 40 minit atau sehingga keperangan

bawang, ayam,cendawan, keju parut dan daun sup

tumis bawang besar dan bawang putih

masukkan isi ayam

masukkan cendawan butang

masukkan ayam ke dalam bancuhan susu dan telur

alas tin dengan pastri

masukkan bancuhan susu, telur dan ayam

Quiche yang siap dibakar

Istilah:
Quiche (English Pronunciation : kwishe) is a savory, open-faced pie of vegetables, cheese, or meat in custard, baked in a pastry crust.


 A food that consist of a base of pastry and a top part made by mixing together  egg and cheese and other food.
Friday, October 28, 2011

Tat Blueberi Segar

Resepi tat ni sama dengan tat peach, cuma tukar buah peach kepada buah blueberi.  Agak masam sikit rasa tat ni tapi okeylah bagi yang suka masam2.  Bolehlah cuba ye.



bahan : pastri manis, blueberi, filling

alaskan tin dengan pastri

masukkan blueberi

masukkan filling

tat yang siap dibakar

Thursday, October 27, 2011

Resepi : Blueberry Cream Cheese Tartlet


Blueberry Cream Cheese Tartlets
(resepi dari cikgu sabariah)


Bahan Pastri
250gm mentega
80gm gula aising
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 camt esen vanilla

Cara-cara membuatnya:
1.   Putar mentega dan gula aising, kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar 

       lagi.
2.   Masukkan tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
3.   Tekan doh dalam acuan tartlets.
4.   Bakar separuh masak.
5.   Masukkan blueberry filling dan tutup dengan cream cheese filling.
6.   Buat corak di atas cream cheese filling.
7.   Bakar semula sehingga keperangan - suhu 160darjah celsius

Cream Cheese Filling

Bahan-bahannya:
250gm cream cheese
20gm mentega
50 gm gula castor
1 biji telur
30gm whipping cream
15gm tepung gandum

Cara Membuatnya:
1.   Putar cream cheese, mentega dan gula castor hingga licin.
2.   Kemudian masukkan telur dan whipping cream.
3.   Akhir sekali masukkan tepung gandum.  Kacau rata.  Sedia utk dipaip ke dalam 

       tartlet


Pelajar 5ERT membuat tat ini untuk jualan








Tat yang dah siap


Sunday, May 1, 2011

Tat Peach

Tat Peach


Bahan-bahannya:

Kulit:
125g mentega
75g gula aising
1 kuning telur
1 camt esen vanila
250g tepung
2 camb air sejuk

Filling:
100g susu rendah lemak
100g whipping cream
2 biji telur
2 camca sedang gula
1camb tepung kastard
1 camt esen vanila

Cara membuatnya;
1. Sediakan kulit pastri. (Rujuk resepi pai epal)
2. Campurkan susu, whipping cream, gula, esen dan telur hingga sebati.
3. Tapiskan.
4. Susun potongan peach di atas kulit tat yang telah disediakan dalam tin pembakar
5. Curahkan campuran susu ke atas peach.
6. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170C.













Pai Epal

Pai Epal

Bahan-bahannya:
Kulit:
125g mentega
75g gula aising
1 kuning telur
1 camt esen vanila
250g tepung
2 camb air sejuk

Inti:
3 biji epal hijau
3 camb gula perang
3 camb kismis
sedikit serbuk kayu manis
1 camt jus lemon atau oren
sedikit parutan kulit oren

Cara membuat pastri/ kulit pai:
1. Putar mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan putar sekejap
3. Masukkan esen vanila, air sejuk dan tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh
5. Sejukkan dalam peti sejuk

Cara menyediakan inti:
1. Kupas epal, buang empulurnya dan hiris nipis.
2. Parut kulit oren dan ambil sedikit jusnya.
3. Gaulkan kulit oren dan jus oren ke dalam epal

Cara membuat pai:
1. Torak pastri setebal 3-4mm dan masukkan ke dalam acuan pai yang telah digris
2. Kemaskan tepi-tepi pastri.
3. Cucuk dasar kulit pai dengan garfu
4. Susun epal, taburkan kismis, gula perang, serbuk kulit kayu manis.
5. Ulang susunan epal sehingga penuh.
6. Tutup pai dengan pastri
7. Sapu permukaan kulit pai dengan susu pekat yang dicampur sedikit air.
8. Bakar selama 45 minit suhu 170C.









Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile