Asmaul Husna
Arkib Blog
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717
AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717
bunga lawang
cengkih
kayu manis
pelaga
buah keras
jintan hitam
jintan manis
halba
lada hitam
basil
rosemary
oregano
thyme
kesum
sage
pudina
daun kari
ketumbar
chives
tarragon
dill
fennel
bunga kantan
daun bay
cekur
daun limau purut
marjoram
selom
pegaga
pucuk putat
tenggek burung
ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts
Sunday, February 26, 2012
Types Of Sugar
6:00 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua... hari ni saya nak link artikel tentang jenis-jenis gula. Kalau kita rujuk resepi-resepi barat, macam-macam istilah gula yang kita jumpa. Jadi bolehlah rakan2 baca artikel ni bagi mengenalpasti jenis-jenis gula.
Types of sugar
Types o sugar 2
Jenis-jenis gula dan kegunaannya
Jenis-jenis gula dan berbagai produk terkait
Types o sugar 2
Jenis-jenis gula dan kegunaannya
Jenis-jenis gula dan berbagai produk terkait
Monday, February 13, 2012
Kekacang
8:08 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Ramai antara kita semua suka makan kekacang seperti kacang badam, gajus, walnut, pistachio dan macam-macam lagi kekacang. Rasanya memang enak. Kekacang memang banyak khasiatnya dan selalu digunakan dalam membuat kek dan biskut. Saya begitu teruja apabila melihat sendiri ladang pokok pistachio semasa dalam perjalanan pulang dari Las Vegas beberapa tahun yang lepas. Rupa-rupanya bukan semua pokok kekacang dari jenis memanjat... Ada juga kacang-kacang yang berasal dari pokok-kayu yang besar seperti pistachio, hazel, badam, pecan dan walnut. Teringat saya pokok gajus, ye...memang pokoknya besar. Cuba rakan-rakan lihat gambar-gambar di bawah.
Ada juga kekacang dari pokok memanjat seperti kacang soya, kacang hijau dan kacang merah
Pokok sayur kekacang
read more...1001 khasiat kacang
read more ...kacang tanah menurunkan kolestrol
sumber gambar : google image
![]() |
| Badam (Almond) |
![]() |
| Hazelnut |
![]() |
| Pecan |
![]() |
| Pistachio (kacang cerdik) |
![]() |
| Walnut |
![]() |
| Macadamia |
![]() |
| Gajus |
![]() |
| Chestnut (Berangan) |
Ada juga kekacang dari pokok memanjat seperti kacang soya, kacang hijau dan kacang merah
![]() |
| Kacang Soya |
![]() |
| Kacang hijau |
![]() |
| Kacang merah |
Pokok sayur kekacang
![]() |
| Kacang kelisa |
![]() |
| Kacang panjang |
![]() |
| Kacang buncis |
![]() |
| Kacang sepat |
![]() |
| Kacang kelo |
![]() |
| Kacang bunga telang |
read more...1001 khasiat kacang
read more ...kacang tanah menurunkan kolestrol
sumber gambar : google image
Friday, January 6, 2012
Kesum
9:08 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Nama saintifik : Polyganum minus huds
Pokok kesum adalah sejenis herba biasa yang mudah tumbuh ataupun lazimnya ditanam di halaman rumah. Pokok kesum merupakan tumbuhan herba rendah yang mudah ditemui di kawasan tanah lembap. Ia merupakan tumbuhan rumpun yang kecil. Batangnya kecil, menegak dan kadang-kadang tumbuh menjalar. Daun kesum memiliki aroma yang menarik dan unik. Daunnya kecil-kecil, runcing di hujung, nipis dan licin di bahagian tepi daun. Apabila daunnya diramas ia akan mengeluarkan bau.
Daun kesum juga mudah ditemui di pasar dan sering dijadikan perencah dalam masakan seperti asam laksa atau ulam kerabu. Herba kesum ini boleh dibiakkan hanya dengan keratan batang. Ia mudah tumbuh apatah lagi di kawasan lembap.
Khasiat:
Daun kesum yang dilumatkan dan dilumurkan pada kulit kepala berupaya mencegah atau mengurangkan masalah kelemumur. Selain itu, ia juga baik dan membantu sistem pencernaan. Daun kesum dipupur pada perut wanita lepas bersalin atau air rebusannya boleh membantu menghilangkan sakit perut yang disebabkan makanan tidak hadam.
sumber : Herba & Perubatan
sumber : Herba & Perubatan
Saturday, October 29, 2011
11:45 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Apa khasiat buah malberi ni?
Kat rumah saya ada beberapa pasu pokok malberi ni. Benihnya dapat dari Kak Sal. Memang pokok ni rajin berbuah. Selepas satu musim berbuah, kita hendaklah cantas dahan-dahannya. Seminggu selepas tu, ia akan mula mengeluarkan pucuk baru sekali dengan putik-putik buahnya. Tapi pokok ni ada musuhnya, kalau kat rumah saya, ada kupu-kupu putih sering menyerang daun-daun dan buah-buah malberi ni.
Pokok Malberi atau nama saintifiknya Morus Alba. Buah malberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun malberi pula mengandungi adenin, amllas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji malberi mengandungi ureas. Kulit akar pokok malberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Secara tradisionalnya, buah malberi digunakan sebagai agen ubatan yang memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang, merawat lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Buah malberi ini juga berguna untuk melancarkan pembuangan air kencing, sembelit dan masalah pening kepala.
Selain itu, buah malberi boleh merangsang penghasilan cecair badan dan berguna untuk mereka yang mengalami kekurangan cecair, mulut kering dan lidah terasa panas. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata juga boleh mengambil jus malberi ini bagi menambah cecair dan menguatkan penglihatan.
Dikatakan dengan memakan buah malberi ini mampu menyembuhkan saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut. Sesiapa yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar tidur dan jantung berdebar-debar, boleh mengambil jus malberi ini. Sekiranya kebas-kebas tangan dan kaki, boleh meminum air rebusan daun malberi. Air rebusan juga boleh dijadikan air mencuci mata yang merah dan bengkak.
Air rebusan daun atau kulit pokok atau ranting pokok berguna untuk membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, asma, batuk, menyingkirkan kahak, mengurangkan tekanan darah tingggi, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan dan disapu minyak boleh dijadikan ubat tampal pada luka, manakala daun yang telah ditumbuk boleh ditampal pada bekas gigitan serangga.
Walaupun terdapat banyak khasiat pokok ini, kita perlulah mendapatkan nasihat dari pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan.
(sumber : mulberrymalaysia.blogspot.com)

Sunday, October 16, 2011
Info : Kanser daripada bekas makanan
5:53 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Monday, May 23, 2011
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...
10:08 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
"DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo K ek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapa..."
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion