Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts
Friday, December 16, 2011

Donut

Salam semua... pagi ni saya dan anak-anak bersarapan dengan donut dan mee sup saja.  Anak-anak dah lama tak makan donut buatan sendiri, jadi saya pun buatlah dengan bantuan si angah.  Donutnya jadi sungguh lembut dan sedap...hi..hi..
Di sini saya kongsikan resepinya:




Bahan-bahannya:(18 biji saiz sederhana)
1 peket yis mauripan
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan shortening
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu tepung
1/2 sudu kecil garam 
200 ml air suam
500 gram tepung roti
1 biji telur
Gula halus secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya


Cara-cara membuatnya:
1.  Masukkan yis, gula pasir, susu tepung, garam dan air suam dalam  mangkuk adunan. 
     Kacau bahan-bahan hingga larut.  Biarkan seketika sehingga campuran yis mengembang.
2.  Masukkan separuh dari tepung ke dalam campuran yis, kacau dengan sudu. Masukkan
     pula, mentega, shortening dan telur yang telah dipukul.  Kacau lagi
3.  Masukkan tepung yang separuh lagi dan kacau rata.  Setelah itu, uli dengan tangan
     sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan
4.  Canai dan terap dengan acuan. (sementara menerap dan memanaskan minyak, donut dah
     mengembang)




5.   Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan sehingga perang. 
6.  Toskan minyak dan salut donut dengan gula halus.



Friday, November 25, 2011

Roti Sosej Mayonis



Bahan-bahannya:

Untuk doh manis:
500g tepung roti
2 biji telur
150 ml susu segar suam
110g  gula
10g yis
80g mentega
30g susu tepung
1 sudu kecil pelembut roti
1/2 sudu kecil garam
10 batang sosej perisa keju - rebus dulu
Mayonis
Sos cili


Bahan sapuan: 
 1 biji kuning telur + sedikit susu segar
Sedikit mentega - untuk mengilatkan roti setelah dibakar 

1.      Masukkan semua bahan kering seperti tepung, gula, yis, pelembut roti, garam 
         dan susu tepung dalam mangkuk adunan.
2.     Gaul dengan mentega, diikuti dengan susu dan telur.  Uli adunan sehingga 
         lembut.  
3.     Tutup doh dan biarkan mengembang dua kali ganda.
4.     Apabila doh telah mengembang, tumbuk-tumbukkan untuk membuang udara
         didalammya. Bahagikan doh kepada 10 bahagian.  Bulat-bulatkan.
5.     Canai memanjang mengikut saiz sosej.  Letakkan sosej ditengahnya dan gulung.
6.     Potong dua doh yang digulung tadi.  Setiap satu bahagian dipotong dua tetapi 
         jangan putus.  
7.     Buka potongan doh tersebut dan silangkan. (Lihat gambar)
8.     Sapukan permukaan roti dengan kuning telur + susu.
9.     Letakkan mayonis dan cili sos di atasnya.  Jika suka letakkan dahulu mix vege.
10.   Biarkan mengembang dalam 15 minit, bakar sehingga keperangan.  Apabila 
         masak,  sapukan mentega untuk mengilatkan roti

* (sumber resepi diubahsuai dari trymasak.my)





















Sunday, November 20, 2011

Roti Canai Telur



Hari minggu atau hari cuti bolehlah buat roti canai atau roti telur sendiri.  Bagi yang tak berapa lalu nak makan roti canai buatan mamak, lagi elok kita buat sendiri, kan...


Bahan-bahannya:(resepi asas resepi bonda)
500g tepung gandum
1/2 cawan air panas + 1 sudu marjerin
1 cawan air 
1/2 sudu kecil garam
sedikit shortening
*  boleh gantikan shortening dengan 2 sudu besar susu pekat manis

Inti:(untuk 8 keping)
4 biji telur ayam ( 1 biji telur untuk 2 roti canai)
2 biji bawang besar - dadu
2 biji cili hijau - hiris bulat (jika suka)
sedikit garam

sedikit marjerin
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:
1.    Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan.
2.    Uli campuran bahan sehingga menjadi doh.
3.    Uli lagi lebih kurang 30 minit sehingga doh lembut. (Boleh guna
       mixer)
4.   Bahagikan doh kepada 8 bebola, disalut dengan marjerin setiap 
       bebola  
5.   Biarkan doh direhatkan sekurang2nya 2 jam, lebih lama lagi
       bagus
6.   Bagi inti pula, pukul sedikit telur dan campurkan dengan
       bawang, cili dan sedikit garam.
7.   Leperkan bebola doh nipis-nipis dan tebar agar menjadi lebar,
       jangan lupa sapu dengan sedikit minyak. (boleh tarik atau regang menjadi
       lebar kalau tak reti tebar).  Letakkan 1/8 bahagian campuran telur  di
       tengah-tengahnya.
8.   Lipat menjadi empat segi dan goreng dengan minyak sedikit
       sehingga keperangan
9.   Hidangkan dengan kuah dal atau kuah kari

Campurkan tepung, air, marjerin, shortening, garam

Uli sehingga menjadi doh

Bahagikan kepada 8 bebola kecil, sapu setiap bebola dengan marjerin

Leperkan bebola nipis dan tebar biar lebar 

Letakkan campuran telur + bawang

Lipat menjadi empat segi, goreng hingga keperangan


Roti telur yang siap

Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile