Asmaul Husna
Arkib Blog
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717
AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717
bunga lawang
cengkih
kayu manis
pelaga
buah keras
jintan hitam
jintan manis
halba
lada hitam
basil
rosemary
oregano
thyme
kesum
sage
pudina
daun kari
ketumbar
chives
tarragon
dill
fennel
bunga kantan
daun bay
cekur
daun limau purut
marjoram
selom
pegaga
pucuk putat
tenggek burung
ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Friday, November 4, 2011
Bahan Aditif Dalam Makanan
4:50 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Ruangan ini memberi maklumat kepada pengguna mengenai bahan aditif halal yang dicampur dalam makanan. Sila baca di
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aditif-halalKata Pujangga
4:28 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Pujangga berkata : Ciptakan diri anda selalu mempunyai kegiatan. Dengan kata lain, anda perlu berusaha dengan penuh kesedaran dan kemahuan untuk memanfaatkan kemampuan anda melakukan kemungkinan-kemungkinan yang boleh anda lakukan. Dijamin anda akan merasa bahagia kalau diri anda melakukan sesuatu yang indah. Kemalasan hanya akan menyuburkan kedukaan
Wednesday, November 2, 2011
Kuih Dangai
11:00 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Hari ni saya minta jasa baik sahabat saya (Cikgu Zainab Mohamad) untuk menunjukkan cara-cara membuat kuih dangai resepi ibunya. Memang mudah membuatnya, dan hasilnya sungguh enak. Terima kasih Cikgu Zainab, Jadi izinkan saya berkongsi resepi dengan kawan-kawan lain pula.
| Kuih Dangai |
Bahan-bahannya:
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus
Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam
dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu
dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata,
ianya tidak perlu ditekan.
7. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.
| Cikgu Zainab menunjukkan cara-cara membuatnya |
![]() |
| contoh acuan kuih dangai (sumber: blog amboiiray) |
![]() |
| contoh kuih dari acuan sebenar (sumber : blog amboiiray) |
Tuesday, November 1, 2011
Quiche Ayam
5:25 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
| Quiche Ayam |
Bahan-bahannya:
Pastri:
125g marjerin / mentega
250g tepung gandum
1/2 camt garam halus
6 sudu makan air sejuk
Inti:
1 biji bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
100g isi ayam (dadu)
1/2 tin cendawan butang (hiris nipis)
Garam, serbuk lada hitam, oregano secukup rasa
100g susu segar
100g krim putar
2 biji telur
3 tangkai daun sup (hiris halus)
1 biji cili merah (hiris nipis)
2 camb keju parut
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar 180 C / gas no 5
2. Gaul ramas tepung, marjerin dan garam sehingga menjadi serbuk roti.
Masukkan air sejuk dan satukan tepung menjadi doh. Rehatkan doh
sebentar.
3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan ayam.
Kacau sebentar. Masukkan cendawan dan perasakan. Angkat dan ketepikan
4. Pukul sedikit telur dalam mangkuk adunan, masukkan susu, krim, ayam
yang telah ditumis, keju parut, dan daun sup. Sesuaikan rasa dengan
garam, lada hitam dan oregano.
5. Alaskan tin pembakar dengan pastri. Curahkan adunan inti ayam. Bakar
selama 40 minit atau sehingga keperangan
| bawang, ayam,cendawan, keju parut dan daun sup |
| tumis bawang besar dan bawang putih |
| masukkan isi ayam |
| masukkan cendawan butang |
| masukkan ayam ke dalam bancuhan susu dan telur |
| alas tin dengan pastri |
| masukkan bancuhan susu, telur dan ayam |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion


