Asmaul Husna
Arkib Blog
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717
AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717
bunga lawang
cengkih
kayu manis
pelaga
buah keras
jintan hitam
jintan manis
halba
lada hitam
basil
rosemary
oregano
thyme
kesum
sage
pudina
daun kari
ketumbar
chives
tarragon
dill
fennel
bunga kantan
daun bay
cekur
daun limau purut
marjoram
selom
pegaga
pucuk putat
tenggek burung
ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Monday, December 5, 2011
Gulai Ayam Salai Campur Nenas
7:30 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Biasanya kita masak gulai daging salai ataupun nenas kita masak dengan ikan masin. Tapi hari ni saya masak gulai ayam salai dengan nenas, memang sedap...kesukaan anak-anak .... Kalau ada sesiapa nak cuba, resepi dan cara-cara memasaknya sama seperti gulai udang campur nenas.
Friday, December 2, 2011
Tart Nenas Gulung
9:32 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Semalam saya dapat jem nenas buatan sendiri dari cikgu zaini. Jemnya memang sedap. Fresh dan tak terlalu manis. Walaupun tak banyak, saya begitu teruja nak buat tat nenas gulung. Dah lama tak makan tat gulung. Tq c.zaini...sedap...yummy...yummy....
Bahan-bahannya: (50-60 biji - bergantung kepada ketebalan acuan)
150g mentega
30g gula halus
1/2 biji kuning telur
1/2 camt esen vanila
250g tepung gandum*
60g tepung jagung*
30g tepung kastard* (*ayak bersama)
Jem nenas secukupnya
* doh boleh diletak sedikit pewarna kuning sekiranya suka
Glaze:
Kuning telur + sedikit pewarna kuning
Cara-cara membuatnya:
1. Gentel jem nenas bulat-bulat
2. Panaskan oven suhu 170 Celcius atau gas no 4. (bergantung pada oven masing2)
3. Putar sebentar gula halus dan mentega. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
Kacau rata.
4. Masukkan tepung dan gaul rata. Bentukkan menjadi sebuku doh. Adunan agak
lembut.
lembut.
5. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan semperit dan picitkan memanjang dengan
permukaan licinnya di atas.
6. Letakkan sebiji jem di hujung doh tadi dan gulung menutupi jem. Buat sehingga
habis.
7. Susun atas dulang pembakar yang telah disapu nipis dengan mentega. Sapu atas
tat dengan kuning telur.
8. Bakar sehingga keperangan.
Thursday, December 1, 2011
Apple Crumble
9:16 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Dah lama berhajat nak buat apple crumble ni, baru hari ni tercapai. Memang mudah dan cepat membuatnya. Kalau buat pai epal, nak kena canai pastrinya. Apple crumble tak payah...bolehlah kwn2 buat juga.... selamat mencuba. Sedap makan sejuk dengan ais krim...yummy..yummy...
Bahan-bahannya:
3 biji epal hijau sederhana besar - kupas dan potong 12
130 g gula perang
130g mentega
220g tepung naik sendiri
sedikit serbuk kulit kayu manis (cinnamon)
1/2 cawan cornflake - dihancurkan atau oat pun boleh
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven, 170 celcius atau gas no 4 (bergantung kepada dapur gas)
2. Masukkan tepung dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
2. Masukkan tepung dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
3. Gaul ramas mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti
4. Masukkan gula perang (tinggalkan dalam 2 sudu besar ) dan cornflakes. Gaul
sebati
sebati
5. Susun sebaris epal dalam tin pembakar. Taburkan sedikit mentega.
6. Taburkan pula lebihan gula perang dan serbuk kayu manis ke atas epal. Ulang
proses tadi sehingga epal habis.
6. Taburkan pula lebihan gula perang dan serbuk kayu manis ke atas epal. Ulang
proses tadi sehingga epal habis.
7. Tutup permukaan epal dengan campuran tepung dan mentega tadi.
8. Bakar sehingga keperangan
9. Enak di makan sejuk bersama ais krim.* siapa tak suka manis, boleh kurangkan gula
* boleh juga guna separuh gula perang,separuh gula putih
* boleh juga epal dimasak dulu dengan sedikit mentega dan serbuk kayu manis
* boleh juga guna epal merah
![]() |
| Mentega, tepung, gula perang |
![]() |
| Hirisan epal, cornflakes, cinnamon |
![]() |
| Potong dadu mentega |
![]() |
| Gaul ramas mentega dan tepung menjadi serbuk roti |
![]() |
| Gaul sebati dengan gula perang dan cornflakes |
![]() |
| Susun hirisan epal, letak sikit mentega dan tabur gula perang + cinnamon |
![]() |
| Tutup permukaan epal dengan campuran tepung tadi |
![]() |
| Bakar hingga keperangan |
Gulai Udang Nenas
5:44 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Bahan-bahannya:
1/2 kg udang hidup
20 biji cili padi (pedas ikut suka)
sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - hiris
1 biji kelapa - santan
2 batang serai - diketuk
1 biji nenas
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :
1. Kupas nenas dan potong keping kecil2 (ikut suka). Rebus sebentar dan tos airnya.
2. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
3. Masukkan udang, nenas, bahan tumbuk, serai, santan, garam secukupnya dalam
periuk. Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
4. Masukkan asam keping dan sesuaikan rasa.
5. Hidangkan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion



















