Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Saturday, December 31, 2011

Minyak Ikan Untuk Sendi Sihat



Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Begitu juga dengan orang Jepun.  Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain.  


Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid.  Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang.


Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi itu.  Di samping itu, asid lemak Omega-3 juga boleh merendahkan kerosakan rawan.  
Friday, December 30, 2011

Kaitan Otak dengan Tekanan





Tertekan bermakna memberi ruang kepada otak menjadi lemah sekaligus memberi peluang penyakit kepada tubuh badan.  Elakkan tekanan jika tidak mahu diserang penyakit.  Bagaimana menghilangkan tekanan? Terapi ini boleh membantu.


1.  Ubah gaya hidup
     Ceria dan gembira adalah penawar segala duka dan
     tekanan.  Cari peluang untuk menggembirakan hidup dan
     jangan biarkan diri dari dibelenggu tekanan.


2.  Atasi masalah
     Masalah adalah punca tekanan. Hadapi dan atasi masalah
     dengan pendekatan psikologi. Cuba bersikap positif dan
     tidak terlalu dibebankan dengan masalah.  Cari
     penyelesaiannya sesegera mungkin.


3.  Beriadah
     Senaman dan melakukan aktiviti luaran adalah penawar 
     kepada tekanan.  Amalkan gaya hidup sihat dengan
     bersukan dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
     seminggu. Dapat meluangkan 20 minit sehari sudah
     memadai untuk menghilangkan tekanan emosi 
     dan fizikal


4.  Pengambilan makanan
     Makan tidak teratur dan makan berlebihan boleh
     mendatangkan tekanan dan penyakit.  Ubah cara
     pengambilan makanan dengan mengikut sistem jadual
     atau pola pemakanan yang betul.  Elakkan makanan manis
     dan berlemak.  Makanan berlemak mendorong  
     peningkatan tekanan dan penyakit berbahaya seperti 
     kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.


5.  Rehat yang cukup
     Bertenang dan berehat adalah perawat paling berkesan.
     Tidurlah jika terasa tekanan pada bahagian fizikal anda.
     Lapan jam sehari boleh menentukan tahap kualiti 
     kerehatan tubuh badan anda.

Friday, December 16, 2011

Donut

Salam semua... pagi ni saya dan anak-anak bersarapan dengan donut dan mee sup saja.  Anak-anak dah lama tak makan donut buatan sendiri, jadi saya pun buatlah dengan bantuan si angah.  Donutnya jadi sungguh lembut dan sedap...hi..hi..
Di sini saya kongsikan resepinya:




Bahan-bahannya:(18 biji saiz sederhana)
1 peket yis mauripan
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan shortening
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu tepung
1/2 sudu kecil garam 
200 ml air suam
500 gram tepung roti
1 biji telur
Gula halus secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya


Cara-cara membuatnya:
1.  Masukkan yis, gula pasir, susu tepung, garam dan air suam dalam  mangkuk adunan. 
     Kacau bahan-bahan hingga larut.  Biarkan seketika sehingga campuran yis mengembang.
2.  Masukkan separuh dari tepung ke dalam campuran yis, kacau dengan sudu. Masukkan
     pula, mentega, shortening dan telur yang telah dipukul.  Kacau lagi
3.  Masukkan tepung yang separuh lagi dan kacau rata.  Setelah itu, uli dengan tangan
     sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan
4.  Canai dan terap dengan acuan. (sementara menerap dan memanaskan minyak, donut dah
     mengembang)




5.   Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan sehingga perang. 
6.  Toskan minyak dan salut donut dengan gula halus.



Makan2 Di KFC Bersama 5ERT

Salam semua...pada 13 Dis yang lepas, pelajar2 5ERT saya telah selamat menghadapi paper ERT  mereka. Saya berharap dan mendoakan mereka semua akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti dan seterusnya dapat meneruskan pengajian mereka dalam bidang yang diminati seperti Hotel and Katering, Culinary, Fashion Design, Dress making dan sebagainya.
Jadi, pada hari akhir bersama mereka yang memang sangat saya sayangi, saya ajak mereka makan2 di KFC Jusco.  Tak jauh pun dari sekolah.  Tapi tak semua yang dapat hadir.  Cuma 10 orang je... tapi tak apelah...oklah jugak.  Dapatlah jugak ambik beberapa keping gambar mereka ni sebagai kenangan.


Najwa & Izzah

Farah & Puteri

Najwa & Fadhlun, Asyraf & Farah

Shahdiana, Syamimi & Nassihana



Thursday, December 15, 2011

Medina & Me

Salam semua...Hari ni saya cuba-cuba buat video menggunakan  muvee autoproducer, memang tersangat mudah.  Kita cuma perlu click insert pictures dan musics.   Kemudian pilih style video dan set title.  Seterusnya click make muvee dan save file. Mudah aje



Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile