Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Sunday, February 5, 2012

Talam Suji


Bahan-bahannya:
Lapisan bawah:
3 cawan santan cair
1 cawan tepung suji
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang
sedikit garam

Cara-cara membuat:
1.  Masak kesemua bahan lapisan bawah sehingga agak likat.
2.  Tuangkan ke dalam loyang yang disapu dengan minyak
3.  Kukus selama 20 minit.
4.  Masak pula kesemua bahan lapisan atas sehingga agak likat.
5.  Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu, tuangkan adunan lapisan atas
6.  Kukus selama 20 minit
7.  Sejukkan sebelum dipotong

Bahan lapisan atas

Bahan lapisan bawah

Masak semua bahan lapisan bawah sehingga agak likat

Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus


Masak semua bahan lapisan atas sehingga likat

Tuang adunan ke atas lapisan bawah dan kukus


* sumber : kolej komuniti selayang
   tkasih buat suhaila berkongsi resepi
   
Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul


"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
 iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah
 dan balasan baik pada hari akhirat.  Dia pula menyebut dan
 mengingati Allah sebanyak-banyaknya "  
 (surah al-Ahzab : ayat 21)


" Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas
  nabi.  Wahai orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan
  ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" 
  (surah al-Ahzab : ayat 56)


Al Nasai dan Ibnu Hibban meriwayatkan Nabi Muhammad berpesan,
" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari
  kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"







Monday, January 30, 2012

Jeruk Kedondong


(Resepi bonda tanpa bahan pengawet)

Bahan-bahannya:
1 - 2kg buah kedondong
Sedikit kapur
1 kg gula pasir
Air secukupnya (lebih kurang 10 cawan)
sedikit pewarna kuning
2 sudu teh garam


Cara Membuatnya:
1.  Kupas kesemua buah dan dicuci bersih
2.  Rendam dalam air kapur lebih kurang 1/2 jam
3.  Bilas dan toskan buah
4.  Rebus air dalam periuk, agak-agak suam, tutup api dan masukkan buah kedondong selama 
     5 minit.  Toskan
5.  Sementara itu, masak gula dengan 10 cawan air sehingga menjadi air gula.  Sejukkan
6.  Masukkan buah kedondong, 2 sudu teh garam dan sedikit pewarna kuning ke dalam air gula.
     Simpan dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk.  Dalam masa dua hari dah boleh
     makan ....jeruk dah jadi....


Saturday, January 28, 2012

Buah malberi hampir masak

salam semua... pagi ni masa nak keluar ke pasar, suka saya melihat buah-buah malberi hampir masak di depan rumah.  Walaupun ditanam dalam pasu, memang tak putus-putus pokok malberi ni mengeluarkan buahnya.  Tapi anak-anak semuanya tak suka makan, saya seorang je yang makan. Buah ni kalau nak makan, ambil yang betul-betul masak ranum baru sedap.












Friday, January 27, 2012

Singgahsana Kitchen: Conversion

Singgahsana Kitchen: Conversion: Jadual penukaran sukatan dari imperial ke metrik ( anggaran sahaja ) untuk rujukan bersama. *****************************************...


Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile