Asmaul Husna
Arkib Blog
-
▼
2011
(86)
-
▼
October
(24)
- Kek Permaisuri
- Latihan Kos Pakaian
- Latihan RDA
- Latihan Stail Pakaian
- Latihan Wardrobe
- Pesta Buku Karangkraf
- Apa khasiat buah malberi ni? Kat rumah saya ada ...
- Latihan Langkah Membentuk Pasukan
- Herba Apa Ni?
- Latihan Piramid Makanan
- Latihan Menu
- Latihan Belanjawan
- Latihan Diet
- Topik Pembinaan Fabrik T5
- Tat Blueberi Segar
- Resepi : Blueberry Cream Cheese Tartlet
- HADIS : BERILMU
- Happy Deepavali
- Laksa Johor
- Kehebatan Syurga Berdasarkan AlQuran
- 7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama AlQuran
- Aktiviti Selepas PMR
- Amali masakan bersama 5ERT
- Info : Kanser daripada bekas makanan
-
▼
October
(24)
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
AutoCAD 3D
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Sunday, October 30, 2011
Kek Permaisuri
10:43 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Bahan-bahannya:
120g tepung naik sendiri
120g gula halus
120g mentega
2 biji telur
50g mix fruit
60g susu segar
1 camt esen vanila
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar 180 C atau dapur gas suhu sederhana.
2. Alaskan petitin dengan paper cup (resepi ni dapat 9-12 biji kek bergantung
kepada saiz paper cup)
3. Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang dan gebu.
4. Masukkan telur sebiji, pukul dengan cepat untuk mengelakkan adunan
mendadih
5. Apabila sebati masukkan sebiji lagi telur dan pukul hingga sebati.
6. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan mix fruit, kaup balikkan
tepung ke dalam adunan dengan sudu besar.
7. Sudukan adunan yang siap ke dalam acuan paper cup. Bakar hingga
keperangan di tingkat atas ketuhar.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kek ini adalah kek cara putar yang dipelajari oleh pelajar tingkatan 3
Saturday, October 29, 2011
Pesta Buku Karangkraf
6:25 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Tadi sempat jugak pergi ke Pesta Buku Karangkraf. Ramai jugaklah pengunjung-pengunjungnya. Saya cuma beli 3 buah novel dan Amirah pulak beli 4 buah novel. Saya beli novel Fauziah Ashari, Aleya Aneesa dan Liza Zahira, dapatlah jugak berjumpa dengan penulis novelnya. Amirah pulak beli novel Ramlee Awang Murshid dan mendapatkan tandatangannya.
Novel-novel yang beli tadi |
Ramlee Awang Murshid bertanya nama Amirah |
Ramlee Awang Murshid |
Fauziah Ashari |
Aleya Aneesa |
11:45 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Apa khasiat buah malberi ni?
Kat rumah saya ada beberapa pasu pokok malberi ni. Benihnya dapat dari Kak Sal. Memang pokok ni rajin berbuah. Selepas satu musim berbuah, kita hendaklah cantas dahan-dahannya. Seminggu selepas tu, ia akan mula mengeluarkan pucuk baru sekali dengan putik-putik buahnya. Tapi pokok ni ada musuhnya, kalau kat rumah saya, ada kupu-kupu putih sering menyerang daun-daun dan buah-buah malberi ni.
Pokok Malberi atau nama saintifiknya Morus Alba. Buah malberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun malberi pula mengandungi adenin, amllas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji malberi mengandungi ureas. Kulit akar pokok malberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Secara tradisionalnya, buah malberi digunakan sebagai agen ubatan yang memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang, merawat lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Buah malberi ini juga berguna untuk melancarkan pembuangan air kencing, sembelit dan masalah pening kepala.
Selain itu, buah malberi boleh merangsang penghasilan cecair badan dan berguna untuk mereka yang mengalami kekurangan cecair, mulut kering dan lidah terasa panas. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata juga boleh mengambil jus malberi ini bagi menambah cecair dan menguatkan penglihatan.
Dikatakan dengan memakan buah malberi ini mampu menyembuhkan saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut. Sesiapa yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar tidur dan jantung berdebar-debar, boleh mengambil jus malberi ini. Sekiranya kebas-kebas tangan dan kaki, boleh meminum air rebusan daun malberi. Air rebusan juga boleh dijadikan air mencuci mata yang merah dan bengkak.
Air rebusan daun atau kulit pokok atau ranting pokok berguna untuk membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, asma, batuk, menyingkirkan kahak, mengurangkan tekanan darah tingggi, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan dan disapu minyak boleh dijadikan ubat tampal pada luka, manakala daun yang telah ditumbuk boleh ditampal pada bekas gigitan serangga.
Walaupun terdapat banyak khasiat pokok ini, kita perlulah mendapatkan nasihat dari pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan.
(sumber : mulberrymalaysia.blogspot.com)

Topik Pembinaan Fabrik T5
8:27 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan. Gentian ini diproses untuk dijadikan yarn, benang, dan seterusnya menghasilkan fabrik. Fabrik dihasilkan dengan kaedah tenun, kait dan tanpa tenun.
Hasil dari pembelajaran pelajar dapat
- menyenaraikan klasifikasi pembinaan fabrik
- menamakan jenis bagi setiap klasifikasi pembinaan fabrik
- menamakan contoh fabrik tenun biasa, tenun kelarai dan tenun satin
- menamakan contoh fabrik kait
- menamakan contoh fabrik tanpa tenun
PEMBINAAN FABRIK

View more presentations or Upload your own.
Tat Blueberi Segar
5:17 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Resepi tat ni sama dengan tat peach, cuma tukar buah peach kepada buah blueberi. Agak masam sikit rasa tat ni tapi okeylah bagi yang suka masam2. Bolehlah cuba ye.
bahan : pastri manis, blueberi, filling |
alaskan tin dengan pastri |
masukkan blueberi |
masukkan filling |
tat yang siap dibakar |
Thursday, October 27, 2011
Resepi : Blueberry Cream Cheese Tartlet
9:01 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Blueberry Cream Cheese Tartlets
(resepi dari cikgu sabariah)
Bahan Pastri
250gm mentega
80gm gula aising
500gm tepung gandum1 biji telur
1 camt esen vanilla
Cara-cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula aising, kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar
lagi.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Tekan doh dalam acuan tartlets.
4. Bakar separuh masak.
5. Masukkan blueberry filling dan tutup dengan cream cheese filling.
6. Buat corak di atas cream cheese filling.
7. Bakar semula sehingga keperangan - suhu 160darjah celsius
Cream Cheese Filling
Bahan-bahannya:
250gm cream cheese
20gm mentega
50 gm gula castor
1 biji telur
30gm whipping cream
15gm tepung gandum
Cara Membuatnya:
1. Putar cream cheese, mentega dan gula castor hingga licin.
2. Kemudian masukkan telur dan whipping cream.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Kacau rata. Sedia utk dipaip ke dalam
tartlet
Pelajar 5ERT membuat tat ini untuk jualan |
HADIS : BERILMU
7:07 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Hadis daripada Anas bin Malik r.a; sabda Rasullullah s.a.w:
Maksudnya: 'Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoa keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan'
Ketahuilah bahawa ilmu lebih utama daripada amal. amal ibadah tidak diterima kecuali dengan ilmu. Ilmu pengetahuan adalah kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk agama dan modal dalam perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan. Hidup akan cemerlang jika diberkati dengan ilmu pengetahuan.
Kelebihan Ilmu Pengetahuan:
1. Ilmu adalah warisan para nabi a.s sedangkan harta adalah warisan Firaun dan Qarun.
2. Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia.
3. Orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
4. Ilmu diberikan bertambah, harta diberikan berkurang.
5. Ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
6. Harta boleh habis sebelum pemiliknya mati, sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
7. Ilmu tidak dapat dihitungkan, sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.
Kemahiran Generasi Pelajar
Ada lima kemahiran yang amat perlu bagi generasi pelajar membangunkan dirinya supaya mampu menjadi menjadi modal insan yang menyumbang ke arah pembangunan. Kemahiran tersebut ialah;
1. Kemahiran ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem
2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran berorganisasi
4. Kemahiran berstrategi
5. Kemahiran berkomunikasi
Pujangga berkata : Bawalah selalu catatan kecil di dalam poket saku anda untuk mengatur pekerjaan dan waktu, mengingatkan anda akan janji-janji yang anda buat dan untuk mencatatkan hal-hal yang penting menurut anda.
Sumber : Himpunan Hadis Modal Insan
Anda boleh terus membaca di http://zaldym.wordpress.com/2009/02/20/pandangan-islam-tentang-ilmu-pengetahuan/
Tuesday, October 25, 2011
Laksa Johor
8:27 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
1 paket spaghetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
Bahan A - (direbus dan dikisar)
1kg Ikan kembong
100 udang basah (jika suka)
50 g isi ikan kurau (jika suka)
Bahan B (dikisar)
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
100g udang kering
1 peket rempah kari (dibancuh)
Bahan C (masukkan dalam kuah)
3 batang serai - diketuk
4-5 keping asam keping
2 biji kelapa untuk santan pekat
Kerisik dari 1/2 biji kelapa
Daun kesum / bunga kantan
Bahan D (bahan iringan)
Limau kasturi - belah dua
Timun - hiris halus
Tauge
Kacang panjang - hiris halus
Lobak asin
Bawang besar- hiris bulat
Daun kesum / daun selasih - hiris halus
Sambal belacan
Cara-cara
1. Rebuskan ikan, asingkan tulang dan kisar hingga halus (termasuk udang/
isi kurau) bersama air rebusan
isi kurau) bersama air rebusan
2. Untuk membuat kuahnya; tumis bahan B dan serai hingga wangi
3. Bila garing, masukkan rempah kari dan tumis hingga wangi
4. Masukkan ikan, udang dan isi kurau yang telah dikisar.
5. Masukkan santan dan kerisik diikuti air secukupnya
6. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan.
Hidangkan bersama spaghetti dan bahan iringan
* gambar ehsan google image
Kehebatan Syurga Berdasarkan AlQuran
9:44 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Kehebatan Syurga Berdasarkan alQuran
by : www.iluvislam.com
by : www.iluvislam.com
7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama AlQuran
9:41 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama AlQuran
by : www.iluvislam.com
by : www.iluvislam.com
Friday, October 21, 2011
Aktiviti Selepas PMR
8:32 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Mulai 12 Okt, program selepas PMR bermula. Saya dan Cikgu Zaini melaksanakan aktiviti memasak kek dan biskut yang memang tajuk ni ada dalam elektif ERT. Walaupun kehadiran pelajar tidak ramai setiap hari, tetapi bagi mereka yang terlibat, terpancar kegembiraan apabila mereka dapat menghasilkan kek dan biskut yang cantik dan sedap.
Hari pertama kelas 3EK3 & 3ES4
Kelas 3EK1
Sunday, October 16, 2011
Amali masakan bersama 5ERT
11:09 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Pelajar-pelajar 5ERT memasak bertemakan Hidangan Perayaan.
5 ERT 2011
Shahdiana & Amin
Masakan utama - laksa asam
Komala, Manimegala & Veronica
Fadhlun, Najwa, Syamimi, Izzah, Asyraf & Shahril membuat laksa
Puteri & Farah membuat cupcakes
Tat Peach
Nassihana &Farahin
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion