Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Saturday, December 31, 2011

Minyak Ikan Untuk Sendi Sihat



Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Begitu juga dengan orang Jepun.  Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain.  


Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid.  Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang.


Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi itu.  Di samping itu, asid lemak Omega-3 juga boleh merendahkan kerosakan rawan.  
Friday, December 30, 2011

Kaitan Otak dengan Tekanan





Tertekan bermakna memberi ruang kepada otak menjadi lemah sekaligus memberi peluang penyakit kepada tubuh badan.  Elakkan tekanan jika tidak mahu diserang penyakit.  Bagaimana menghilangkan tekanan? Terapi ini boleh membantu.


1.  Ubah gaya hidup
     Ceria dan gembira adalah penawar segala duka dan
     tekanan.  Cari peluang untuk menggembirakan hidup dan
     jangan biarkan diri dari dibelenggu tekanan.


2.  Atasi masalah
     Masalah adalah punca tekanan. Hadapi dan atasi masalah
     dengan pendekatan psikologi. Cuba bersikap positif dan
     tidak terlalu dibebankan dengan masalah.  Cari
     penyelesaiannya sesegera mungkin.


3.  Beriadah
     Senaman dan melakukan aktiviti luaran adalah penawar 
     kepada tekanan.  Amalkan gaya hidup sihat dengan
     bersukan dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
     seminggu. Dapat meluangkan 20 minit sehari sudah
     memadai untuk menghilangkan tekanan emosi 
     dan fizikal


4.  Pengambilan makanan
     Makan tidak teratur dan makan berlebihan boleh
     mendatangkan tekanan dan penyakit.  Ubah cara
     pengambilan makanan dengan mengikut sistem jadual
     atau pola pemakanan yang betul.  Elakkan makanan manis
     dan berlemak.  Makanan berlemak mendorong  
     peningkatan tekanan dan penyakit berbahaya seperti 
     kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.


5.  Rehat yang cukup
     Bertenang dan berehat adalah perawat paling berkesan.
     Tidurlah jika terasa tekanan pada bahagian fizikal anda.
     Lapan jam sehari boleh menentukan tahap kualiti 
     kerehatan tubuh badan anda.

Friday, December 16, 2011

Donut

Salam semua... pagi ni saya dan anak-anak bersarapan dengan donut dan mee sup saja.  Anak-anak dah lama tak makan donut buatan sendiri, jadi saya pun buatlah dengan bantuan si angah.  Donutnya jadi sungguh lembut dan sedap...hi..hi..
Di sini saya kongsikan resepinya:




Bahan-bahannya:(18 biji saiz sederhana)
1 peket yis mauripan
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan shortening
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu tepung
1/2 sudu kecil garam 
200 ml air suam
500 gram tepung roti
1 biji telur
Gula halus secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya


Cara-cara membuatnya:
1.  Masukkan yis, gula pasir, susu tepung, garam dan air suam dalam  mangkuk adunan. 
     Kacau bahan-bahan hingga larut.  Biarkan seketika sehingga campuran yis mengembang.
2.  Masukkan separuh dari tepung ke dalam campuran yis, kacau dengan sudu. Masukkan
     pula, mentega, shortening dan telur yang telah dipukul.  Kacau lagi
3.  Masukkan tepung yang separuh lagi dan kacau rata.  Setelah itu, uli dengan tangan
     sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan
4.  Canai dan terap dengan acuan. (sementara menerap dan memanaskan minyak, donut dah
     mengembang)




5.   Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan sehingga perang. 
6.  Toskan minyak dan salut donut dengan gula halus.



Makan2 Di KFC Bersama 5ERT

Salam semua...pada 13 Dis yang lepas, pelajar2 5ERT saya telah selamat menghadapi paper ERT  mereka. Saya berharap dan mendoakan mereka semua akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti dan seterusnya dapat meneruskan pengajian mereka dalam bidang yang diminati seperti Hotel and Katering, Culinary, Fashion Design, Dress making dan sebagainya.
Jadi, pada hari akhir bersama mereka yang memang sangat saya sayangi, saya ajak mereka makan2 di KFC Jusco.  Tak jauh pun dari sekolah.  Tapi tak semua yang dapat hadir.  Cuma 10 orang je... tapi tak apelah...oklah jugak.  Dapatlah jugak ambik beberapa keping gambar mereka ni sebagai kenangan.


Najwa & Izzah

Farah & Puteri

Najwa & Fadhlun, Asyraf & Farah

Shahdiana, Syamimi & Nassihana



Thursday, December 15, 2011

Medina & Me

Salam semua...Hari ni saya cuba-cuba buat video menggunakan  muvee autoproducer, memang tersangat mudah.  Kita cuma perlu click insert pictures dan musics.   Kemudian pilih style video dan set title.  Seterusnya click make muvee dan save file. Mudah aje



Wednesday, December 14, 2011

Cuti2 Shah Alam

Assalammualaikum semua.  Hari ini saya nak kongsi gambar2  cuti-cuti di Shah Alam.  Kebetulan minggu lepas saya dan anak2 turut serta suami yang bermesyuarat di Shah Alam.  Jadi kami mengambil kesempatan tu berjalan2 sekitar Shah alam seperti di I-City. Taman Pertanian, Masjid Shah Alam, Plaza Alam Central, SACC Mall, dan banyak lagi tempat yang kami pergi. Rupanya pusat bandar Shah Alam taklah jem, bandarnya bersih dan banyak tempat2 riadah.  Yang paling best bila sarapan lontong klang di seksyen 7....hmm...sedap...




i-city









dalam rumah iklim - musim sejuk











masjid Shah Alam


sempat ke rumah kawan lama, janiah

Saturday, December 10, 2011

Kata Pujangga

Pujangga berkata : Berbahagialah orang yang jika mendapat limpahan nikmat maka akan bersyukur, jika diuji maka akan bersabar, jika berbuat dosa maka akan beristighfar, jika marah akan segera mengawalnya dan jika berkuasa maka akan berlaku adil
Wednesday, December 7, 2011

Kek Karamel

ssalammualaikum dan selamat sejahtera semua... Hari ni birthday anak lelaki saya, Faris.  Jadi hari ni saya buat kek sendiri.  Tak payah beli.  Cari punya cari resepi, saya teruja ingin  mencuba kek karamel di blog masam manis @ azlita.  Resepi asalnya dari Pn Munirah Baharum.  Dan kek ini saya tengok  telah dicuba oleh ramai rakan blogger.  Ada yang telah mencuba banyak kali  barulah menjadi.  Suspens jugak, entah jadi entah tidak ni... punyalah panjang step membuatnya... Alhamdullilah kek menjadi walaupun tidak berapa cantik .    Tapi tak apelah,  dapat juga makan kek yang lembut dan sedap ni .  Lain kali buat lagi  sampai  dapat yang cantik.  Di sini saya kongsikan resepi Pn Munirah ni.





Bahan-bahannya:
Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

1.   Sediakan loyang 8 inci.
2.  Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
3.  Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
4.  Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
5.  Biar gula sejuk. Ketepikan



Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

1.   Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2.   Kacau telur dan esen perlahan.
3.   Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
4.   Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
5.   Ketepikan.
       Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning 

       telur.   (Adunan ni tak perlu di bakar dulu,  akan dibakar  bersama adunan kek 
       nanti )





Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

1.   Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2.  Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.




Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


1.   Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
2.   Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul 

       sempurna.  Ketepikan.



Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh cream of tar tar

1.   Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
2.   Pukul putih telur hingga berbuih
3.   Masukkan gula dan cream of tar tar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga 

       adunan kental.
4.   Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi.
5.   Gaul rata secara kaup balik
6.   Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup 

       balik hingga bergaul  sempurna. Kacau perlahan sahaja.







7.   Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
       Letakkan pewarna yang anda sukai.



8.    Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
        Belang- belangkan adunan
9.   Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah 

        lapisan purple  diikuti 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.  
        Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu 
        pula.   Akhir sekali dengan satu sudu.   Lorekkan atas adunan dengan lidi.





11.   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 C selama 1 jam dengan
         kaedah steam bath .  Gunakan api bawah sahaja.  Jangan buka pintu oven
         semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
12.   Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi 
         loyang.  Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
         Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
         Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.






*  Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.





Tuesday, December 6, 2011

Konvokesyen Darjah Khas

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.  Hari ni saya dan suami ke Dewan raya, Bandar Putra di Kulai untuk  bersama-sama meraikan konvokesyen dua orang anak dara saya.  Mereka berdua ni dah tamat darjah khas sekolah agama pada tahun lepas dengan mendapat pangkat 1, agg 9 dan 12...syukur alhamdulillah...  Seronok rasanya menyaksikan mereka berdua ni dah tamat darjah khas.  Maklumlah masa saya sekolah dulu hujung tahun 70an dan awal tahun 80an, tak de sekolah agama.  Belajar bab-bab agama ni masa sekolah akademik biasa je.  Seronok juga melihat mereka begitu lancar membaca dalam tulisan jawi dan tulisan mereka pun cantik.   

Semoga mereka akan terus berjaya. Dan hari ini juga mereka berdua meneruskan matapelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah akademik.  Mudah-mudahan anak-anakku  ni dapat berkomunikasi dalam bahasa al Quran dengan baik di masa akan datang  dan yang penting dapat mengajar mamanya bahasa Arab...



Noor Amirah dan Noor Afiqah







Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile