Asmaul Husna
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
AutoCAD 3D
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Monday, January 30, 2012
Jeruk Kedondong
7:14 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
(Resepi bonda tanpa bahan pengawet)
Bahan-bahannya:
1 - 2kg buah kedondongSedikit kapur
1 kg gula pasir
Air secukupnya (lebih kurang 10 cawan)
sedikit pewarna kuning
2 sudu teh garam
Cara Membuatnya:
1. Kupas kesemua buah dan dicuci bersih
2. Rendam dalam air kapur lebih kurang 1/2 jam
3. Bilas dan toskan buah
4. Rebus air dalam periuk, agak-agak suam, tutup api dan masukkan buah kedondong selama
5 minit. Toskan
5. Sementara itu, masak gula dengan 10 cawan air sehingga menjadi air gula. Sejukkan
6. Masukkan buah kedondong, 2 sudu teh garam dan sedikit pewarna kuning ke dalam air gula.
Simpan dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk. Dalam masa dua hari dah boleh
makan ....jeruk dah jadi....
Saturday, January 28, 2012
Buah malberi hampir masak
10:56 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
salam semua... pagi ni masa nak keluar ke pasar, suka saya melihat buah-buah malberi hampir masak di depan rumah. Walaupun ditanam dalam pasu, memang tak putus-putus pokok malberi ni mengeluarkan buahnya. Tapi anak-anak semuanya tak suka makan, saya seorang je yang makan. Buah ni kalau nak makan, ambil yang betul-betul masak ranum baru sedap.
Friday, January 27, 2012
Singgahsana Kitchen: Conversion
9:46 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Singgahsana Kitchen: Conversion: Jadual penukaran sukatan dari imperial ke metrik ( anggaran sahaja ) untuk rujukan bersama. *****************************************...
Nasi Goreng Ala Thai
8:03 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Sumber : Masakan Thai
By : Chef Sarji
Bahan A
1 cawan nasi putih
1/2 batang bunga kantan (dihiris)
sedikit lobak merah (dihiris halus)
sedikit kacang panjang (dihiris)
3 biji cili padi (diketuk)
1 biji telur
Bahan B
1 ekor sotong
2 ekor udang
sedikit isi ayam
1 sudu teh pes tomyam
1 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 batang serai (dihiris)
1 sudu teh cili kisar
2 titik minyak bijan
3/4 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
Cara membuat
1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan semua bahan B dan kacau sehingga lauk masak
3. Masukkan telur dan kacau sehingga setengah masak
4. Masukkan semua bahan A dan kacau dengan api sederhana besar sehingga nasi kering
5. Sedia dihidangkan
Friday, January 20, 2012
Selamat Tahun Baru Cina
10:14 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina yang meraikannya. Semoga sempena tahun Naga Air ini akan membawa kemeriahan dan kegembiraan kepada mereka semua.
Sunday, January 15, 2012
Nasi Goreng Kerabu
6:15 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Sumber : Masakan Thai
By : Chef Sarji
Bahan A
2 cawan nasi putih
1/2 cawan udang basah
1/2 cawan isi ayam (hiris nipis)
2 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah (ditumbuk halus)
5 biji bawang merah (dihiris halus)
1 sudu minyak masak
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
Bahan B (dihiris)
sedikit lobak merah
1/2 labu bawang besar
3 biji cili padi
1/2 sudu teh bunga kantan
2 sudu makan kobis
1/2 sudu teh serai
Cara Membuat
1. Satukan bahan B, perap selama 10 minit
2. Panaskan minyak dan tumis cili merah, bawang merah, udang dan isi ayam
3. Biarkan selama 2 minit, masukkan telur dan kacau
4. Masukkan nasi serta sedikit garam dan gula. Gaul rata dan taburkan bahan B
5. Apabila sudah masak, angkat dan sedia dihidangkan
Wednesday, January 11, 2012
Tip Kekalkan Daya Ingatan
10:31 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Kita digalakkan terus membaca, mengira dan menghafal apa sahaja bagi membolehkan otak kita aktif. Sebagai contoh, anda boleh cuba menghafal surah-surah walaupun pada mulanya ia sukar dilakukan. Percayalah, jika anda mencubanya berulangkali, pasti anda berjaya. Satu lagi, anda boleh cuba menghafal nombor, umpamanya nombor akaun bank anda. Memang agak sukar untuk menghafalnya tetapi apa yang boleh dilakukan termasuklah menghafalnya dalam bentuk nyanyian atau sebagainya. Pasti ia menjadi lebih mudah.
Sunday, January 8, 2012
Pastry Calculator
6:26 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
If a recipe calls for a quantity of pastry, this is the weight of flour and fat, plus any water you have added. Here's a quick guide to help estimate how much to use
- 200g flour = 300g pastry, this will cover a 600ml dish, or line or cover a 18cm pie
- 300g flour = 450g pastry, this will cover a 2 liter dish, or line or cover a 23cm pie
- 400g flour = 600g pastry, this will cover a 2.5 liter dish, or line or cover a 30cm pie
source : britishfood.about.com
Saturday, January 7, 2012
Nasi Goreng Padprik
5:20 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Sumber : Buku masakan Thai
By : Chef Sarji
Bahan A
1 cawan nasi putih
sedikit lobak merah (dipotong dadu)
sedikit kacang panjang
1 biji telur
Bahan B (perencah)
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh garam
1/4 serbuk lada putih
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan minyak masak
Bahan C
Sedikit isi ayam (dadu)
1 ekor sotong
3 ekor udang
1/2 batang serai (diketuk)
1/4 labu bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit bunga kobis
sedikit lobak merah (hiris bulat)
3 biji cili api
1 sudu teh pes tomyam
1 sudu teh kicap manis
1/2 helai daun limau purut
1 sudu makan sos cili
1/4 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh serbuk lada
1/2 cawan stok ayam / daging
1 sudu makan minyak masak
Cara Membuat Nasi goreng
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga harum.
2. Masukkan telur dan bahan B. Goreng sehingga setengah
masak.
3. Masukkan nasi, lobak merah dan kacang panjang. Kacau
sehingga nasi garing.
Cara Membuat Padprik
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar
sehingga harum. Masukkan bahan lauk-pauk. Gaul sehingga
masak
2. Masukkan semua bahan perencah dan sayuran
3. Masukkan stok ayam dan masak sehingga sayur masak dan sos
kelihatan pekat
4. Hidangkan bersama nasi goreng
Friday, January 6, 2012
Kesum
9:08 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Nama saintifik : Polyganum minus huds
Pokok kesum adalah sejenis herba biasa yang mudah tumbuh ataupun lazimnya ditanam di halaman rumah. Pokok kesum merupakan tumbuhan herba rendah yang mudah ditemui di kawasan tanah lembap. Ia merupakan tumbuhan rumpun yang kecil. Batangnya kecil, menegak dan kadang-kadang tumbuh menjalar. Daun kesum memiliki aroma yang menarik dan unik. Daunnya kecil-kecil, runcing di hujung, nipis dan licin di bahagian tepi daun. Apabila daunnya diramas ia akan mengeluarkan bau.
Daun kesum juga mudah ditemui di pasar dan sering dijadikan perencah dalam masakan seperti asam laksa atau ulam kerabu. Herba kesum ini boleh dibiakkan hanya dengan keratan batang. Ia mudah tumbuh apatah lagi di kawasan lembap.
Khasiat:
Daun kesum yang dilumatkan dan dilumurkan pada kulit kepala berupaya mencegah atau mengurangkan masalah kelemumur. Selain itu, ia juga baik dan membantu sistem pencernaan. Daun kesum dipupur pada perut wanita lepas bersalin atau air rebusannya boleh membantu menghilangkan sakit perut yang disebabkan makanan tidak hadam.
sumber : Herba & Perubatan
sumber : Herba & Perubatan
Tuesday, January 3, 2012
Pentingnya Sistem Imun
6:33 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Kesihatan yang baik disebabkan sistem imunisasi yang kuat dan sihat. Sistem imunisasi ialah rangkaian sel dan molekul yang berperanan melindungi tubuh daripada penyakit. Meningkatnya usia, sistem imunisasi kian menurun. Sistem imun ini terjejas berpunca daripada:
* Kekurangan zat makanan
Kekurangan zat besi, selenium dan vitamin A melumpuhkan
sistem imun
* Tabiat makan yang buruk
Kolesterol yang tinggi dan berlebihan menghalang
keupayaan sel darah putih dalam melawan serangan
organisma pembawa penyakit
* Pencemaran
Contoh, sayuran yang tercemar oleh racun serangga. Ayam,
daging dan susu yang disuntik hormon pertumbuhan dan
antibiotik, juga makanan yang menggunakan pewarna,
perisa tiruan serta pengawet
* Tekanan
Apabila tertekan, tubuh mengeluarkan bahan kimia yang
menjejaskan fungsi imun
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion