Asmaul Husna
Arkib Blog
-
▼
2011
(86)
-
▼
May
(18)
- Tini's Wedding
- Birthday party with 5ERT
- PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN :...
- Aktiviti Kelab KHB
- Latihan 2 - Pencernaan
- Latihan 1 - Penyerapan
- Topik Perkembangan Kendiri
- Topik Prinsip Memasak
- Sup Merah Tulang Gearbox
- Wajik Durian (Resepi Bonda)
- Kuih Cucur (Resepi Bonda)
- Puding Trifle Mudah
- Selamat Hari Guru 2011
- Topik Pencernaan dan Penyerapan
- Topik Keperluan Nutrien
- Tat Peach
- Pai Epal
- Makaroni Bakar
-
▼
May
(18)
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
AutoCAD 3D
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Thursday, May 26, 2011
Birthday party with 5ERT
2:48 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Hari ini hari ulangtahun kelahiranku... tak sangka pelajar-pelajar kesayangan cikgu dari 5ERT telah menyediakan kek hari jadi... Terima kasih pelajar-pelajarku. Semoga kamu semua akan terus belajar dan belajar demi kejayaan cemerlang. Kejayaan kamu semua juga merupakan hadiah untuk cikgu....thanks
Monday, May 23, 2011
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...
10:08 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
"DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo K ek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapa..."
Aktiviti Kelab KHB
4:34 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Sabtu lepas aktiviti ko kurikulum telah dijalankan. Pelajar-pelajar yang datang 10 orang je... Apa aktiviti nak buat dengan mereka ni..Bincang punya bincang, kami berpakat nak ajar mereka buat sandwic, maklumlah budak-budak lelaki. Wah, nampaknya mereka semua seronok dapat pengalaman membuat sendiri sandwic.
Selepas buat demontrasi, saya pergi dari satu kumpulan ke satu kumpulan, jelas mereka ni tak reti memasak, malahan menghiris bawang, cili dan tomato pun tak reti...
Lihatlah keriangan mereka |
Budak-budak lelaki je yang rajin datang |
Tak sabar menunjukkan hasilnya |
Guru-guru juga sama-sama membuat sandwic |
Akhirnya, sandwic dapat dihasilkan. Walaupun aktiviti ini mudah tapi mereka telah mempelajari cara-cara menyediakannya dan membuatnya secara bekerjasama. Mereka telah mempelajari menggunakan peralatan dengan betul. Mereka juga telah dilatih membersih dan menyimpan semula semua peralatan yang telah digunakan. Diharap mereka akan mempelajari lagi sesuatu di aktiviti akan datang. |
Topik Perkembangan Kendiri
12:33 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Asas perkembangan kendiri ialah menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta membentuk imej kendiri yang positif
Hasil pembelajaran dari topik ini, pelajar dapat
Hasil pembelajaran dari topik ini, pelajar dapat
- Menyenarai alat dan bahan menghindar bau badan
- Menyenarai alat dan bahan mencegah bau nafas
- Menyenarai alat dan bahan menjaga kulit muka
- Mengenalpasti tingkahlaku positif dan negatif
Tuesday, May 17, 2011
Topik Prinsip Memasak
5:35 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Pelajar telah mempelajari topik ini semasa di tingkatan empat. Kali ini, anda akan diperkenalkan dengan dua lagi kaedah memasak menggunakan haba kering iaitu membakar dan memanggang.
Sup Merah Tulang Gearbox
6:57 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
BAHAN A:
2kg tulang kambing
2 sudu besar serbuk lada
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
2 sudu besar rempah sup
4cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar tomato puri
3 sudu besar minyak
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
Kentang dan keret
BAHAN B:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 cm halia
CARA:
1. Rebus tulang dengan sedikit halia dan garam hingga dagingnya empuk
2. Kisar kesemua bahan B
3. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, diikuti bahan B.
4. Tumis bahan hingga garing. Kemudian masukkan serbuk lada, rempah sup, lada
hitam,tomato puri, gula dan garam
5. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk rebusan tulang. Tambahkan keret dan
kentang dadu. Bila empuk, sesuaikan rasa.
• Tomato puri juga boleh diganti dengan tomato kisar atau tomato sos
(resepi diubahsuai dari buku masakan Johor)
Wajik Durian (Resepi Bonda)
6:53 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Wajik durian |
Bahan-bahannya:
1/2 kg pulut - rendam 4/5 jam dan kukus
650g gula pasir
100g gula merah
Santan (dr 1 biji kelapa)
1 mangkuk isi durian
Cara-caranya:
1. Didihkan santan, gula, isi durian dan sedikit air.
2. Biarkan pekat sedikit.
3. Masukkan pulut dan kacau hingga pekat.
4. Sejukkan di dalam loyang / bekas yang sesuai.
* resepi ini manis sedikit kerana sekiranya gula tidak mencukupi, pulut yang dkacau dalam larutan gula tadi akan kembang. Jadi tekstur wajik tidak cantik.* Sesiapa yang tak tahan manis, kurangkan sedikit gula.
Kuih Cucur (Resepi Bonda)
6:48 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Kuih Cucur |
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan, blend sehingga rata.
2. Peram sekurang-kurangnya enam jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali yang kecil.
4. Ambil sesenduk bater, goreng dengan api kecil hingga keperangan.
5. Terbalikkan kuih dan goreng sebelah permukaan pula.
Bahan-bahan kuih |
Peram adunan sekurang2nya 6 jam |
Ambil sesenduk |
Monday, May 16, 2011
Puding Trifle Mudah
6:48 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Bahan-bahannya:
1/2 biji bahulu gulung
4 cawan susu segar
4 sudu penuh tepung kastard
4 sudu gula pasir
1 tin buah-buahan campuran
1 kotak agar-agar perasa starwberry
Langkah membuatnya:
1. Potong bahulu gulung kepada beberapa keping dan susun dalam mangkuk
2. Campurkan tepung kastard, susu segar dan gula pasir dalam periuk. Masak di
atas api perlahan sehingga pekat. Tuangkan ke atas bahulu gulung.
3. Tuangkan buah-buahan ke atas kastard dan ratakan.
4. Masakkan pula agar-agar hingga larut dan mendidih. Tuangkan agar-agar ke atas
buah-buahan tadi. Sejukkan dalam peti sejuk.
Monday, May 2, 2011
Topik Pencernaan dan Penyerapan
10:00 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Pencernaan ialah proses memecahkan molekul makanan kompleks ke unit yang paling ringkas oleh tindakan mekanikal dan kimia supaya dapat diserap oleh tubuh.
Manakala,
Penyerapan ialah serapan unit ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran darah dan sistem limfa untuk dihantar ke sel tubuh
Manakala,
Penyerapan ialah serapan unit ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran darah dan sistem limfa untuk dihantar ke sel tubuh
Sunday, May 1, 2011
Topik Keperluan Nutrien
9:39 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Setiap individu memerlukan nutrien dalam kuantiti yang berbeza. Nutrien diperlukan untuk tumbesaran, membekalkan haba dan tenaga serta menjaga kesihatan.
Hasil pembelajaran dari topik ini:
Hasil pembelajaran dari topik ini:
- Menyatakan faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien
- Menerangkan faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien
Tat Peach
9:00 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Tat Peach |
Bahan-bahannya:
Kulit:
125g mentega
75g gula aising
1 kuning telur
1 camt esen vanila
250g tepung
2 camb air sejuk
Filling:
100g susu rendah lemak
100g whipping cream
2 biji telur
2 camca sedang gula
1camb tepung kastard
1 camt esen vanila
Cara membuatnya;
1. Sediakan kulit pastri. (Rujuk resepi pai epal)
2. Campurkan susu, whipping cream, gula, esen dan telur hingga sebati.
3. Tapiskan.
4. Susun potongan peach di atas kulit tat yang telah disediakan dalam tin pembakar
5. Curahkan campuran susu ke atas peach.
6. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170C.
Pai Epal
8:55 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Pai Epal |
Bahan-bahannya:
Kulit:
125g mentega
75g gula aising
1 kuning telur
1 camt esen vanila
250g tepung
2 camb air sejuk
Inti:
3 biji epal hijau
3 camb gula perang
3 camb kismis
sedikit serbuk kayu manis
1 camt jus lemon atau oren
sedikit parutan kulit oren
Cara membuat pastri/ kulit pai:
1. Putar mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan putar sekejap
3. Masukkan esen vanila, air sejuk dan tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh
5. Sejukkan dalam peti sejuk
Cara menyediakan inti:
1. Kupas epal, buang empulurnya dan hiris nipis.
2. Parut kulit oren dan ambil sedikit jusnya.
3. Gaulkan kulit oren dan jus oren ke dalam epal
Cara membuat pai:
1. Torak pastri setebal 3-4mm dan masukkan ke dalam acuan pai yang telah digris
2. Kemaskan tepi-tepi pastri.
3. Cucuk dasar kulit pai dengan garfu
4. Susun epal, taburkan kismis, gula perang, serbuk kulit kayu manis.
5. Ulang susunan epal sehingga penuh.
6. Tutup pai dengan pastri
7. Sapu permukaan kulit pai dengan susu pekat yang dicampur sedikit air.
8. Bakar selama 45 minit suhu 170C.
125g mentega
75g gula aising
1 kuning telur
1 camt esen vanila
250g tepung
2 camb air sejuk
Inti:
3 biji epal hijau
3 camb gula perang
3 camb kismis
sedikit serbuk kayu manis
1 camt jus lemon atau oren
sedikit parutan kulit oren
Cara membuat pastri/ kulit pai:
1. Putar mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan putar sekejap
3. Masukkan esen vanila, air sejuk dan tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh
5. Sejukkan dalam peti sejuk
Cara menyediakan inti:
1. Kupas epal, buang empulurnya dan hiris nipis.
2. Parut kulit oren dan ambil sedikit jusnya.
3. Gaulkan kulit oren dan jus oren ke dalam epal
Cara membuat pai:
1. Torak pastri setebal 3-4mm dan masukkan ke dalam acuan pai yang telah digris
2. Kemaskan tepi-tepi pastri.
3. Cucuk dasar kulit pai dengan garfu
4. Susun epal, taburkan kismis, gula perang, serbuk kulit kayu manis.
5. Ulang susunan epal sehingga penuh.
6. Tutup pai dengan pastri
7. Sapu permukaan kulit pai dengan susu pekat yang dicampur sedikit air.
8. Bakar selama 45 minit suhu 170C.
Makaroni Bakar
8:58 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Makaroni Bakar |
Bahan-bahannya:
300g makaroni – rebus sehingga lembut dan toskan
1 biji bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih – cincang
Sedikit halia – cincang
1 sudu rempah kari (ikut suka)
1 bungkus daging /ayam kisar
½ mangkuk mix vege
½ mangkuk cendawan butang – hiris nipis
Sedikit daun saderi/bawang – hiris halus
4 biji telur
360ml susu segar
1/2 mangkuk keju parut
Sedikit oregano/black pepper/white pepper
Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar 180 C / gas regulo 5.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah kari
sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar dan tumis seketika.
4. Masukkan makaroni, mix vege, cendawan butang. Kacau hingga rata.
5. Perasakan makaroni tersebut.
6. Masukkan daun saderi/daun bawang. Angkat.
7. Bancuhkan susu dan telur, tuang ke dalam makroni goreng.
8. Masukkan campuran tersebut dalam acuan yang telah dilenser (dapat 2 tin
pembakar)
9. Taburkan keju parut.
10 Bakar selama 40 minit/ sehingga campuran telur membeku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion