Asmaul Husna
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
AutoCAD 3D
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Saturday, December 31, 2011
Minyak Ikan Untuk Sendi Sihat
10:41 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Begitu juga dengan orang Jepun. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain.
Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid. Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang.
Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi itu. Di samping itu, asid lemak Omega-3 juga boleh merendahkan kerosakan rawan.
Friday, December 30, 2011
Kaitan Otak dengan Tekanan
9:31 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Tertekan bermakna memberi ruang kepada otak menjadi lemah sekaligus memberi peluang penyakit kepada tubuh badan. Elakkan tekanan jika tidak mahu diserang penyakit. Bagaimana menghilangkan tekanan? Terapi ini boleh membantu.
1. Ubah gaya hidup
Ceria dan gembira adalah penawar segala duka dan
tekanan. Cari peluang untuk menggembirakan hidup dan
jangan biarkan diri dari dibelenggu tekanan.
2. Atasi masalah
Masalah adalah punca tekanan. Hadapi dan atasi masalah
dengan pendekatan psikologi. Cuba bersikap positif dan
tidak terlalu dibebankan dengan masalah. Cari
penyelesaiannya sesegera mungkin.
3. Beriadah
Senaman dan melakukan aktiviti luaran adalah penawar
kepada tekanan. Amalkan gaya hidup sihat dengan
bersukan dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Dapat meluangkan 20 minit sehari sudah
memadai untuk menghilangkan tekanan emosi
dan fizikal
4. Pengambilan makanan
Makan tidak teratur dan makan berlebihan boleh
mendatangkan tekanan dan penyakit. Ubah cara
pengambilan makanan dengan mengikut sistem jadual
atau pola pemakanan yang betul. Elakkan makanan manis
dan berlemak. Makanan berlemak mendorong
peningkatan tekanan dan penyakit berbahaya seperti
kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
5. Rehat yang cukup
Bertenang dan berehat adalah perawat paling berkesan.
Tidurlah jika terasa tekanan pada bahagian fizikal anda.
Lapan jam sehari boleh menentukan tahap kualiti
kerehatan tubuh badan anda.
Friday, December 16, 2011
Donut
11:24 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua... pagi ni saya dan anak-anak bersarapan dengan donut dan mee sup saja. Anak-anak dah lama tak makan donut buatan sendiri, jadi saya pun buatlah dengan bantuan si angah. Donutnya jadi sungguh lembut dan sedap...hi..hi..
Di sini saya kongsikan resepinya:
Bahan-bahannya:(18 biji saiz sederhana)
1 peket yis mauripan
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan shortening
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu tepung
1/2 sudu kecil garam
200 ml air suam
500 gram tepung roti
1 biji telur
Gula halus secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya
Di sini saya kongsikan resepinya:
Bahan-bahannya:(18 biji saiz sederhana)
1 peket yis mauripan
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan shortening
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu tepung
1/2 sudu kecil garam
200 ml air suam
500 gram tepung roti
1 biji telur
Gula halus secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan yis, gula pasir, susu tepung, garam dan air suam dalam mangkuk adunan.
Kacau bahan-bahan hingga larut. Biarkan seketika sehingga campuran yis mengembang.
Kacau bahan-bahan hingga larut. Biarkan seketika sehingga campuran yis mengembang.
2. Masukkan separuh dari tepung ke dalam campuran yis, kacau dengan sudu. Masukkan
pula, mentega, shortening dan telur yang telah dipukul. Kacau lagi
pula, mentega, shortening dan telur yang telah dipukul. Kacau lagi
3. Masukkan tepung yang separuh lagi dan kacau rata. Setelah itu, uli dengan tangan
sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan
sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan
4. Canai dan terap dengan acuan. (sementara menerap dan memanaskan minyak, donut dah
mengembang)
mengembang)
6. Toskan minyak dan salut donut dengan gula halus.
Makan2 Di KFC Bersama 5ERT
10:10 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua...pada 13 Dis yang lepas, pelajar2 5ERT saya telah selamat menghadapi paper ERT mereka. Saya berharap dan mendoakan mereka semua akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti dan seterusnya dapat meneruskan pengajian mereka dalam bidang yang diminati seperti Hotel and Katering, Culinary, Fashion Design, Dress making dan sebagainya.
Jadi, pada hari akhir bersama mereka yang memang sangat saya sayangi, saya ajak mereka makan2 di KFC Jusco. Tak jauh pun dari sekolah. Tapi tak semua yang dapat hadir. Cuma 10 orang je... tapi tak apelah...oklah jugak. Dapatlah jugak ambik beberapa keping gambar mereka ni sebagai kenangan.
Jadi, pada hari akhir bersama mereka yang memang sangat saya sayangi, saya ajak mereka makan2 di KFC Jusco. Tak jauh pun dari sekolah. Tapi tak semua yang dapat hadir. Cuma 10 orang je... tapi tak apelah...oklah jugak. Dapatlah jugak ambik beberapa keping gambar mereka ni sebagai kenangan.
Najwa & Izzah |
Farah & Puteri |
Najwa & Fadhlun, Asyraf & Farah |
Shahdiana, Syamimi & Nassihana |
Thursday, December 15, 2011
Medina & Me
11:44 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua...Hari ni saya cuba-cuba buat video menggunakan muvee autoproducer, memang tersangat mudah. Kita cuma perlu click insert pictures dan musics. Kemudian pilih style video dan set title. Seterusnya click make muvee dan save file. Mudah aje
Wednesday, December 14, 2011
Cuti2 Shah Alam
9:39 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Assalammualaikum semua. Hari ini saya nak kongsi gambar2 cuti-cuti di Shah Alam. Kebetulan minggu lepas saya dan anak2 turut serta suami yang bermesyuarat di Shah Alam. Jadi kami mengambil kesempatan tu berjalan2 sekitar Shah alam seperti di I-City. Taman Pertanian, Masjid Shah Alam, Plaza Alam Central, SACC Mall, dan banyak lagi tempat yang kami pergi. Rupanya pusat bandar Shah Alam taklah jem, bandarnya bersih dan banyak tempat2 riadah. Yang paling best bila sarapan lontong klang di seksyen 7....hmm...sedap...
i-city |
dalam rumah iklim - musim sejuk |
masjid Shah Alam |
sempat ke rumah kawan lama, janiah |
Saturday, December 10, 2011
Kata Pujangga
5:32 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Pujangga berkata : Berbahagialah orang yang jika mendapat limpahan nikmat maka akan bersyukur, jika diuji maka akan bersabar, jika berbuat dosa maka akan beristighfar, jika marah akan segera mengawalnya dan jika berkuasa maka akan berlaku adil
Wednesday, December 7, 2011
Kek Karamel
9:36 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
ssalammualaikum dan selamat sejahtera semua... Hari ni birthday anak lelaki saya, Faris. Jadi hari ni saya buat kek sendiri. Tak payah beli. Cari punya cari resepi, saya teruja ingin mencuba kek karamel di blog masam manis @ azlita. Resepi asalnya dari Pn Munirah Baharum. Dan kek ini saya tengok telah dicuba oleh ramai rakan blogger. Ada yang telah mencuba banyak kali barulah menjadi. Suspens jugak, entah jadi entah tidak ni... punyalah panjang step membuatnya... Alhamdullilah kek menjadi walaupun tidak berapa cantik . Tapi tak apelah, dapat juga makan kek yang lembut dan sedap ni . Lain kali buat lagi sampai dapat yang cantik. Di sini saya kongsikan resepi Pn Munirah ni.
Bahan-bahannya:
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
1. Sediakan loyang 8 inci.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
5. Biar gula sejuk. Ketepikan
2 sudu besar gula pasir
1. Sediakan loyang 8 inci.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
5. Biar gula sejuk. Ketepikan
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2. Kacau telur dan esen perlahan.
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
5. Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning
telur. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu, akan dibakar bersama adunan kek
nanti )
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2. Kacau telur dan esen perlahan.
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
5. Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning
telur. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu, akan dibakar bersama adunan kek
nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
2. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul
sempurna. Ketepikan.
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
2. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul
sempurna. Ketepikan.
Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh cream of tar tar
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
2. Pukul putih telur hingga berbuih
3. Masukkan gula dan cream of tar tar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga
adunan kental.
4. Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi.
5. Gaul rata secara kaup balik
6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup
balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
8. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
9. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah
lapisan purple diikuti 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu
pula. Akhir sekali dengan satu sudu. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
9. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah
lapisan purple diikuti 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu
pula. Akhir sekali dengan satu sudu. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 C selama 1 jam dengan
kaedah steam bath . Gunakan api bawah sahaja. Jangan buka pintu oven
semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
12. Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi
loyang. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
* Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Tuesday, December 6, 2011
Konvokesyen Darjah Khas
8:26 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni saya dan suami ke Dewan raya, Bandar Putra di Kulai untuk bersama-sama meraikan konvokesyen dua orang anak dara saya. Mereka berdua ni dah tamat darjah khas sekolah agama pada tahun lepas dengan mendapat pangkat 1, agg 9 dan 12...syukur alhamdulillah... Seronok rasanya menyaksikan mereka berdua ni dah tamat darjah khas. Maklumlah masa saya sekolah dulu hujung tahun 70an dan awal tahun 80an, tak de sekolah agama. Belajar bab-bab agama ni masa sekolah akademik biasa je. Seronok juga melihat mereka begitu lancar membaca dalam tulisan jawi dan tulisan mereka pun cantik.
Semoga mereka akan terus berjaya. Dan hari ini juga mereka berdua meneruskan matapelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah akademik. Mudah-mudahan anak-anakku ni dapat berkomunikasi dalam bahasa al Quran dengan baik di masa akan datang dan yang penting dapat mengajar mamanya bahasa Arab...
Semoga mereka akan terus berjaya. Dan hari ini juga mereka berdua meneruskan matapelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah akademik. Mudah-mudahan anak-anakku ni dapat berkomunikasi dalam bahasa al Quran dengan baik di masa akan datang dan yang penting dapat mengajar mamanya bahasa Arab...
Noor Amirah dan Noor Afiqah |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion