Asmaul Husna
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
AutoCAD 3D
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Sunday, March 4, 2012
Gulai Tempoyak
1:49 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Gulai Tempoyak |
Bahan-bahannya:
2 ikat pucuk ubi - hiris nipis
1 ikat pucuk labu - hiris nipis
10 helai daun kunyit - hiris nipis
10 batang serai - hiris nipis
1 mangkuk kecil ikan bilis - di belah dua
1 mangkuk kecil petai- dibelah dua
6 ulas bawang merah - hiris nipis
1 mangkuk tempoyak
30 biji cili padi - tumbuk lumat
sebuku kunyit hidup - tumbuk lumat
1 mangkuk santan pekat
2 mangkuk air
Cara-cara membuatnya:
1. Sediakan semua bahan-bahannya.
cili padi + kunyit, petai, bawang merah, ikan bilis |
daun kunyit, serai, tempoyak, pucuk ubi dan pucuk labu |
2. Masukkan serai, daun kunyit, petai, ikan bilis, bawang merah
cili padi, kunyit dan santan dalam kuali atau periuk.
3. Gaul rata, tambahkan air dan masak dengan api perlahan
sehingga mula mendidih
4. Masukkan pucuk ubi dan pucuk labu. Gaul rata dan masak
lagi
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga
bahan-bahan sebati dan mesra
Sunday, February 26, 2012
Types Of Sugar
6:00 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua... hari ni saya nak link artikel tentang jenis-jenis gula. Kalau kita rujuk resepi-resepi barat, macam-macam istilah gula yang kita jumpa. Jadi bolehlah rakan2 baca artikel ni bagi mengenalpasti jenis-jenis gula.
Types of sugar
Types o sugar 2
Jenis-jenis gula dan kegunaannya
Jenis-jenis gula dan berbagai produk terkait
Types o sugar 2
Jenis-jenis gula dan kegunaannya
Jenis-jenis gula dan berbagai produk terkait
Saturday, February 25, 2012
Gulai Ketam
2:12 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua... hari ni saya nak kongsi resepi paling mudah, gulai ketam...Kami sekeluarga memang suka gulai ketam ni,
walaubagaimanapun saya jarang memasaknya kerana anak-anak alergi memakan makanan laut. Nanti ada yang gatal-gatal mata dan bersin-bersin. Jadi tak selalulah memasaknya...
Bahan-bahannya:
4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
20 biji cili padi - kepedasan ikut suka
Sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris
Santan dari 1 biji kelapa
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2. Masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, serai,
santan dan sedikit air dalam periuk.
3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Sentiasa kacau gulai untuk mengelakkan pecah minyak.
5. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih sebentar.
walaubagaimanapun saya jarang memasaknya kerana anak-anak alergi memakan makanan laut. Nanti ada yang gatal-gatal mata dan bersin-bersin. Jadi tak selalulah memasaknya...
Bahan-bahannya:
4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
20 biji cili padi - kepedasan ikut suka
Sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris
Santan dari 1 biji kelapa
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2. Masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, serai,
santan dan sedikit air dalam periuk.
3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Sentiasa kacau gulai untuk mengelakkan pecah minyak.
5. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih sebentar.
Monday, February 20, 2012
Kek Lapis Keju
6:26 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Salam semua... hari ni saya buat kek yang tak perlu dibakar, hanya perlu disejukkan dalam peti ais sahaja. Lebih kurang Tiramisu. Ianya senang dan mudah. Tetapi saya rasa kek ni lebih sesuai dinamakan biskut lapis keju sebab hanya menggunakan biskut je...Biskut lapis keju saya ni nipis je sebab menggunakan setengah sukatan sahaja. Rasanya sedap...bolehlah rakan-rakan mencubanya...
Terima kasih Yatie, di Sinar Kehidupanku kerana berkongsi resepi.
Bahan-bahan A:
2 bungkus biskut marie perasa coklat
500ml susu segar (dipanaskan)
Bahan-bahan B:
500 g keju krim (philadelphia)
10 ml susu segar
½ cawan gula halus
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul keju dengan gula halus hingga sebati
2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit (jangan sampai terlalu
cair)
3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
4. Panaskan susu segar sebentar sehingga suam-suam panas
5. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu suam,
terus susun di dalam acuan yang telah dialas dengan plastik
6. Sapukan adunan keju di atasnya, ratakan
7. Ulang proses melapis biskut dan menyapukan adunan keju
sehingga habis.
8. Pastikan adunan keju menjadi lapisan atas sekali
9. Taburkan biskut yang telah dikisar diatas permukaan kek.
10 Tekan-tekan sedikit permukaan kek dan sejukkan di dalam peti
sejuk selama 6 jam
Friday, February 17, 2012
Tomyam
5:02 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Sumber : Masakan Thai
By : Chef Sarji
Bahan-Bahan
400g isi ketam
5 ekor udang
2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji tomato
100 g cendawan butang (dipotong)
1 biji lobak merah (dipotong)
1 sudu teh pes tomyam
2 biji limau nipis (diambil airnya)
1 sudu teh garam
100 gram ikan bilis (ditumbuk)
10 biji cili padi (ditumbuk)
5 biji cili merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
4 cawan air
Minyak masak
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
2. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih
3. Masukkan pes tomyam, isi ketam dan udang.
4. Masukkan lobak merah dan cendawan, seterusnya masukkan garam, tomato,
dan perahan limau nipis
5. Biarkan mendidih sebentar.
6. Sebelum diangkat, masukkan bawang besar dan daun sup atau daun ketumbar
Monday, February 13, 2012
Kekacang
8:08 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Ramai antara kita semua suka makan kekacang seperti kacang badam, gajus, walnut, pistachio dan macam-macam lagi kekacang. Rasanya memang enak. Kekacang memang banyak khasiatnya dan selalu digunakan dalam membuat kek dan biskut. Saya begitu teruja apabila melihat sendiri ladang pokok pistachio semasa dalam perjalanan pulang dari Las Vegas beberapa tahun yang lepas. Rupa-rupanya bukan semua pokok kekacang dari jenis memanjat... Ada juga kacang-kacang yang berasal dari pokok-kayu yang besar seperti pistachio, hazel, badam, pecan dan walnut. Teringat saya pokok gajus, ye...memang pokoknya besar. Cuba rakan-rakan lihat gambar-gambar di bawah.
Ada juga kekacang dari pokok memanjat seperti kacang soya, kacang hijau dan kacang merah
Pokok sayur kekacang
read more...1001 khasiat kacang
read more ...kacang tanah menurunkan kolestrol
sumber gambar : google image
Badam (Almond) |
Hazelnut |
Pecan |
Pistachio (kacang cerdik) |
Walnut |
Macadamia |
Gajus |
Chestnut (Berangan) |
Ada juga kekacang dari pokok memanjat seperti kacang soya, kacang hijau dan kacang merah
Kacang Soya |
Kacang hijau |
Kacang merah |
Pokok sayur kekacang
Kacang kelisa |
Kacang panjang |
Kacang buncis |
Kacang sepat |
Kacang kelo |
Kacang bunga telang |
read more...1001 khasiat kacang
read more ...kacang tanah menurunkan kolestrol
sumber gambar : google image
Wednesday, February 8, 2012
Puding Prune
6:20 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Puding Prune |
Bahan-bahannya:
1 peket (18g) agar-agar kering
180g gula pasir
750ml air
180g buah prune
300ml susu sejat
2 sudu besar tepung jagung
3 biji putih telur
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara membuatnya:
1. Rendam agar-agar , setelah itu sediakan buah prun dahulu
2. Buah prun direbus dengan 100ml air hingga kembang kemudian dikisar halus
3. Masak agar-agar dengan air hingga larut kemudian masukkan gula pasir dan masak lagi hingga
pekat. Angkat dan tapiskan.
4. Masak agar-agar semula dengan susu sejat, buah prun dan tepung jagung yang telah dibancuh
dengan air
5. Kacau sekali sekala dan teruskan dimasak hingga pekat
6. Angkat dan sejukkan sebentar
7. Pukul putih telur hingga kembang kemudian masukkan ke dalam campuran agar-agar serta esen
vanila, dibalik-balikkan hingga rata.
8. Bilas acuan, toskan kemudian tuangkan campuran agar-agar ke dalamnya dan sejukkan
Bahan : Agar-agar kering, susu, prun |
Bahan : Gula, Telur, Tepung jagung |
Rebus agar-agar dengan air sehingga larut |
Masukkan gula dan masak sehingga gula larut |
Masukkan prun yang telah dikisar, susu dan tepung jagung. Masak hingga pekat |
Pukul putih telur hingga kembang |
Masukkan putih telur ke dalam adunan puding yang telah disejukkan sebentar |
Kacau rata putih telur |
Sejukkan puding dalam acuan |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion