Asmaul Husna
Arkib Blog
-
▼
2011
(86)
-
▼
November
(28)
- Sup Ikan
- Talam Keladi
- Listen Quran Online
- Daging Paprik
- Roti Sosej Mayonis
- Salam Maal Hijrah
- Latihan Pemilihan Tempat Kediaman
- Antara Tart dan Pai
- Hadis : Syukur
- Kari Ikan
- Kole Kacang
- Kurma Ayam
- Roti Canai Telur
- Talam Kastard Jagung
- Pengurusan Sumber
- Chicken Thai Chilli Sauce
- Serimuka Delima
- Udang Tempura
- Pizza Sosej Ayam
- Belanjawan Keluarga
- Hadis : Amanah
- Gulai Daging Salai
- Rendang Ayam Kampung (resepi bonda)
- Selamat Hari Raya Aidil Adha
- Bahan Aditif Dalam Makanan
- Kata Pujangga
- Kuih Dangai
- Quiche Ayam
-
▼
November
(28)
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
AutoCAD 3D
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Tuesday, November 29, 2011
Sup Ikan
7:56 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan merah - dipotong 6 keping
2 sudu besar serbuk lada
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
2 sudu besar rempah sup ikan - dibancuh pekat
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
Keret, kentang, celeri, tomato - potong ikut suka
1 biji limau kasturi - diambil airnya
6 biji cili padi- diketuk
Daun sup, bawang goreng - ditabur semasa menghidang
Bahan kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
Bahan hiris
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
1. Masukkan kentang dan keret dalam periuk dan rebus dengan air yang mencukupi.
2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris dan rempah tumis sehingga wangi
3. Masukkan bahan kisar dan rempah tumis dan tumis sehingga wangi. Tutup api.
4. Masukkan ikan kedalam periuk berisi kentang dan rebus dengan api perlahan.
Apabila ada buih-buih terapung, ceduk dan buangkannya (untuk mengelakkan sup
hanyir)
hanyir)
5. Kemudian masukkan rempah yang telah ditumis, kacau rata dan masak hingga
mendidih
mendidih
6. Apabila kentang telah empuk, masukkan celeri, tomato, air limau, cili padi dan
garam secukup rasa
garam secukup rasa
7. Masak sebentar dan hidangkan
Monday, November 28, 2011
Talam Keladi
2:52 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Lapisan Bawahnya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1 cawan keladi - potong dadu dan rebus
sedikit garam
3 cawan santan cair
Lapisan Atasnya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
sedikit garam
3 cawan santan pekat
Sedikit pewarna ungu
Cara-Cara Membuatnya:
1. Untuk lapisan bawah; masukkan kesemua tepung, gula dan garam ke dalam
mangkuk adunan. Curahkan santan sedikit demi dan kacau hingga sebati.
mangkuk adunan. Curahkan santan sedikit demi dan kacau hingga sebati.
2. Masak adunan sehingga agak likat, masukkan potongan keladi, kacau rata dan
tuangkan ke dalam acuan.
tuangkan ke dalam acuan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Untuk lapisan atas pula; masukkan tepung beras, tepung ubi, garam dan santan
dalam mangkuk adunan. Kacau sebati. Letakkan sedikit pewarna ungu.
dalam mangkuk adunan. Kacau sebati. Letakkan sedikit pewarna ungu.
5. Masak adunan sehingga naik wap. Cakar-cakarkan lapisan bawah dengan garfu
dan tuangkan adunan ke atasnya.
dan tuangkan adunan ke atasnya.
6. Kukus selama 20 minit.
* Adunan lapisan atas, saya letak gula dalam 1/2 cawan. Resepi asalnya tak de gula.
* (sumber resepi : kolej komuniti selayang)
Tq my sister suhaila
Bahan lapisan bawah |
Kacau hingga sebati bahan2 lapisan bawah |
Masak di atas api dengan api perlahan |
Masak hingga agak likat |
Tuangkan ke dalam acuan, kukus selama 20 minit |
Bahan lapisan atas |
Kacau hingga sebati bahan2 lapisan atas |
Masak di atas api kecil hingga naik wap |
Tuang ke atas lapisan pertama, kukus selama 20 minit |
Biar betul2 sejuk sebelum dipotong |
Saturday, November 26, 2011
Daging Paprik
7:42 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Bahan-bahannya:
300g daging – rebus sampai empuk dan hiris nipis
3 ulas bawang merah – tumbuk
1 ulas bawang putih – tumbuk
Sehiris halia – tumbuk
1 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar – hiris
1 biji cili merah – hiris
3 biji cili padi – diketuk
½ kuntum bunga kobis – potong kecil
½ batang keret – hiris nipis
5 batang putik jagung – hiris nipis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
* limau kasturi boleh diganti dengan pes tomyam jika suka
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan pula bawang hiris, halia hiris dan serai. Tumis sehingga wangi
3. Masukkan daging yang telah dihiris, gaul rata. Masak sebentar.
Masukkan sedikit air
Masukkan sedikit air
4. Masukkan sayur-sayuran, cili merah, cili padi, daun limau purut. Gaul rata
5. Masukkan bahan sos, gaul rata. Perasakan dan perah air limau nipis
6. Angkat dan hidangkan
Friday, November 25, 2011
Roti Sosej Mayonis
8:56 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Bahan-bahannya:
Untuk doh manis:
500g tepung roti
2 biji telur
150 ml susu segar suam
110g gula
10g yis
80g mentega
30g susu tepung
1 sudu kecil pelembut roti
1/2 sudu kecil garam
10 batang sosej perisa keju - rebus dulu
Mayonis
Sos cili
2 biji telur
150 ml susu segar suam
110g gula
10g yis
80g mentega
30g susu tepung
1 sudu kecil pelembut roti
1/2 sudu kecil garam
10 batang sosej perisa keju - rebus dulu
Mayonis
Sos cili
Bahan sapuan:
1 biji kuning telur + sedikit susu segar
Sedikit mentega - untuk mengilatkan roti setelah dibakar
1. Masukkan semua bahan kering seperti tepung, gula, yis, pelembut roti, garam
dan susu tepung dalam mangkuk adunan.
dan susu tepung dalam mangkuk adunan.
2. Gaul dengan mentega, diikuti dengan susu dan telur. Uli adunan sehingga
lembut.
lembut.
3. Tutup doh dan biarkan mengembang dua kali ganda.
4. Apabila doh telah mengembang, tumbuk-tumbukkan untuk membuang udara
didalammya. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Bulat-bulatkan.
5. Canai memanjang mengikut saiz sosej. Letakkan sosej ditengahnya dan gulung.
6. Potong dua doh yang digulung tadi. Setiap satu bahagian dipotong dua tetapi
jangan putus.
jangan putus.
7. Buka potongan doh tersebut dan silangkan. (Lihat gambar)
8. Sapukan permukaan roti dengan kuning telur + susu.
9. Letakkan mayonis dan cili sos di atasnya. Jika suka letakkan dahulu mix vege.
10. Biarkan mengembang dalam 15 minit, bakar sehingga keperangan. Apabila
masak, sapukan mentega untuk mengilatkan roti
* (sumber resepi diubahsuai dari trymasak.my)
Salam Maal Hijrah
6:43 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” |
Salam Ma'al Hijrah
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah. Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Hijrah pada semua rakan muslimin dan muslimat.
Saya harap, 1 Muharram ini, menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.
Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Saya harap, 1 Muharram ini, menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.
Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Doa akhir tahun:
Doa akhir tahun :
sumber doa : sawanila.com
Thursday, November 24, 2011
Latihan Pemilihan Tempat Kediaman
5:47 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Pemilihan tempat kediaman
Antara Tart dan Pai
3:54 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Antara tart dan Pai?
Tat Peach |
Pai Epal |
Ada yang tersilap, pai dikata tart, tart dikata pai. Macamana ni? Untuk penjelasan, anda boleh baca di http://www.trymasak.my/blog/posts.php?author=trymasak&title=Antara+tart+dan+pai
Wednesday, November 23, 2011
Hadis : Syukur
5:59 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Daripada al-Nu'man bin Basyir r.a. sabda Rasullullah s.a.w:
Maksudnya : "Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur dan sesiapa yang meninggalkan bererti kufur dan sesiapa yang tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak beryukur kepada Allah"
Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih. Biasanya kata-kata pujian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi.
Sheikh Muhammad 'Abduh membuat takrif syukur sebagai berikut : Dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat-nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu diberikan
Maksudnya : "Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur dan sesiapa yang meninggalkan bererti kufur dan sesiapa yang tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak beryukur kepada Allah"
Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih. Biasanya kata-kata pujian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi.
Sheikh Muhammad 'Abduh membuat takrif syukur sebagai berikut : Dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat-nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu diberikan
Jadi tidak cukup bersyukur itu dengan membaca atau mengucapkan lafaz alhamdulillah sahaja. Erti bersyukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan, hati dan anggota badan. Bersyukur kepada Allah s.w.t. ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah s.w.t. dan meletakkan keyakinan kepada Nya dalam apa jua keadaan. Perkataan yang terlafaz dari mulut kita tentang Allah s.w.t. hanyalah kata-kata pujian, sanjungan dan pujaan. Hanya Allah yang layak menerima kata-kata seperti itu.
Rasullullah s.a.w. membanyakkan ibadat sebagai amalan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Oleh itu, melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t dan meninggalkan larangan Nya adalah pernyataan kesyukuran paling utama. Ini diikuti dengan mengerjakan amalan-amalan sunat bagi menyempurnakan kesyukuran itu.
Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t. dan jadikanlah perkhidmatan kita satu ibadah yang pahalanya akan berterusan
Rasullullah s.a.w. membanyakkan ibadat sebagai amalan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Oleh itu, melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t dan meninggalkan larangan Nya adalah pernyataan kesyukuran paling utama. Ini diikuti dengan mengerjakan amalan-amalan sunat bagi menyempurnakan kesyukuran itu.
Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t. dan jadikanlah perkhidmatan kita satu ibadah yang pahalanya akan berterusan
sumber : Himpunan hadis modal insan
Tuesday, November 22, 2011
Kari Ikan
11:40 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Kari Ikan |
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan merah - potong 7 keping
3 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia - hiris halus
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
3 sudu rempah kari ikan - bancuh dengan air pekat-pekat
3 ulas bwang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia - tumbuk lumat , dicampur dengan rempah kari
2 sudu cili kering kisar
1 cawan santan pekat
2 - 3 cawan santan cair
sedikit air asam jawa
sedikit daun kari
10 batang bendi
2 biji tomato saiz kecil - belah 4
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara membuat:
(sama seperti masak kurma)
Bawang merah, bawang putih + halia hiris, rempah kari + bawang /halia tumbuk, ikan, santan |
Bendi, tomato, air asam jawa |
Tumis bawang merah, bawang putih, halia hiris + rempah penumis |
Masukkan rempah kari + bawang tumbuk + cili kisar, tumis hingga wangi |
Masukkan ikan, santan cair dan daun kari |
Biarkan mendidih, masukkan santan pekat, air asam jawa dan garam |
Masukkan sayur bendi dan tomato, biar sebentar, angkat |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion