Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Tuesday, February 28, 2012

Makanan Mudah

Sunday, February 26, 2012

Types Of Sugar



Salam semua... hari ni saya nak link artikel tentang jenis-jenis gula.  Kalau kita rujuk resepi-resepi barat, macam-macam istilah gula yang kita jumpa.  Jadi bolehlah rakan2 baca artikel ni bagi mengenalpasti jenis-jenis gula.




Saturday, February 25, 2012

Gulai Ketam

Salam semua... hari ni saya nak kongsi resepi paling mudah, gulai ketam...Kami sekeluarga memang suka gulai ketam ni,
walaubagaimanapun saya jarang memasaknya kerana anak-anak alergi memakan makanan laut.  Nanti ada yang gatal-gatal mata dan bersin-bersin.  Jadi tak selalulah memasaknya...






Bahan-bahannya:
4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
20 biji cili padi - kepedasan ikut suka
Sebuku kunyit hidup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris 
Santan dari 1 biji kelapa
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa


Cara memasaknya:
1.  Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2.  Masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, serai,
     santan dan sedikit air dalam periuk.
3.  Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4.  Sentiasa kacau gulai untuk mengelakkan pecah minyak.  
5.  Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6.  Biarkan mendidih sebentar.


Monday, February 20, 2012

Kek Lapis Keju



Salam semua... hari ni saya buat kek yang tak perlu dibakar, hanya perlu disejukkan dalam peti ais sahaja. Lebih kurang Tiramisu. Ianya senang dan mudah.  Tetapi saya rasa kek ni lebih sesuai dinamakan biskut lapis keju sebab hanya menggunakan biskut je...Biskut lapis keju saya ni nipis je sebab menggunakan setengah sukatan sahaja.  Rasanya sedap...bolehlah rakan-rakan mencubanya...
Terima kasih Yatie, di Sinar Kehidupanku kerana berkongsi resepi.



Bahan-bahan A:
2 bungkus biskut marie perasa coklat
500ml susu segar (dipanaskan)

Bahan-bahan B:
500 g keju krim (philadelphia)
10 ml susu segar
½ cawan gula halus

Cara-cara membuatnya:
1.    Pukul keju dengan gula halus hingga sebati
2.    Masukkan susu segar sedikit demi sedikit (jangan sampai terlalu 
      cair)
3.    Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
4.    Panaskan susu segar sebentar sehingga suam-suam panas
5.    Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu suam, 
      terus susun di dalam acuan yang telah dialas dengan plastik
6.    Sapukan adunan keju di atasnya, ratakan
7.    Ulang proses melapis biskut dan menyapukan adunan keju 
      sehingga habis.
8.   Pastikan adunan keju menjadi lapisan atas sekali
9.   Taburkan biskut yang telah dikisar diatas permukaan kek.
10   Tekan-tekan sedikit permukaan kek dan sejukkan di dalam peti 
      sejuk selama 6 jam 

Pukul keju krim dengan gula halus dan susu hingga kembang

Celupkan biskut ke dalam susu suam

Lapisan biskut yang dicelup susu

Sapukan adunan keju di atas biskut tadi

Lapis lagi dengan biskut yang dicelup susu

Hias permukaan atas dengan serbuk biskut

Kek lapis keju

Friday, February 17, 2012

Tomyam

Sumber : Masakan Thai
By : Chef Sarji


Bahan-Bahan
400g isi ketam
5 ekor udang
2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji tomato
100 g cendawan butang (dipotong)
1 biji lobak merah (dipotong)
1 sudu teh pes tomyam
2 biji limau nipis (diambil airnya)
1 sudu teh garam
100 gram ikan bilis (ditumbuk)
10 biji cili padi (ditumbuk)
5 biji cili merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
4 cawan air
Minyak masak


Cara-cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
2.  Masukkan air dan biarkan hingga mendidih
3.  Masukkan pes tomyam, isi ketam dan udang.
4.  Masukkan lobak merah dan cendawan, seterusnya masukkan garam, tomato, 
     dan perahan limau nipis
5.  Biarkan mendidih sebentar.
6.  Sebelum diangkat, masukkan bawang besar dan daun sup atau daun ketumbar


Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile