Asmaul Husna
Arkib Blog
Renungan
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"
AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717
AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717
bunga lawang
cengkih
kayu manis
pelaga
buah keras
jintan hitam
jintan manis
halba
lada hitam
basil
rosemary
oregano
thyme
kesum
sage
pudina
daun kari
ketumbar
chives
tarragon
dill
fennel
bunga kantan
daun bay
cekur
daun limau purut
marjoram
selom
pegaga
pucuk putat
tenggek burung
ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Monday, November 21, 2011
Kole Kacang
1:41 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
| Kole Kacang |
Bahan-bahannya:
1 cawan santan pekat (untuk dapatkan tahi minyak)
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
secubit garam
Cara-cara membuatnya:
1. Masak 1 cawan santan pekat dengan api kecil sehingga menjadi tahi minyak.
Ambil tahi minyak dan minyak yang terhasil
2. Masak gula merah dan air hingga gula larut. Tapiskan
3. Kacau tepung kacang hijau bersama 2 cawan santan, minyak yang terhasil
tadi dan air gula hingga sebati. Tapiskan
4. Kacau dalam kuali atas api kecil sehingga likat
5. Masukkan dalam acuan, taburkan tahi minyak dan sejukkan
* sumber resepi : kolej komuniti selayang
tq my sister suhaila
| Bahan-bahannya ; tepung kacang, santan, gula merah + gula pasir, tahi minyak |
| Masak santan dengan api kecil |
| Sentiasa kacau |
| Dapatkan tahi minyak yang terhasil |
| Masak gula merah + air, tapiskan |
| Kacau tepung, santan, air gula, minyak |
| Kacau di atas api kecil |
| Sentiasa kacau untuk mengelakkan bergentil |
| Kacau hingga likat |
| Tuang dalam acuan dan tabur tahi minyak |
| Kuih yang siap |
Kurma Ayam
6:55 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - potong 8
6 ulas bawang merah - 3 ulas hiris, 3 ulas tumbuk
4 ulas bawang putih - 2 ulas hiris, 2 ulas tumbuk
4 keping halia - 2 keping hiris, 2 keping tumbuk
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk
3 sudu besar rempah kurma - bancuh pekat dengan air
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga
1 batang kecil keret - potong dadu
2 biji kentang - potong dadu
1 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - belah dua
2 mangkuk air
1 cawan santan pekat
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris
bersama rempah tumis
2. Apabila wangi, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk
bersama rempah kurma + jintan manis tumbuk. Tumis sehingga wangi
3. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata. Masak sebantar.
4. Masukkan 2 mangkuk air dan biarkan kentang separuh empuk.
5. Kemudian masukkan pula keret dan santan pekat. Biarkan mendidih.
6. Masukkan garam secukup rasa dan air asam jawa.
7. Apabila cukup dan empuk, sebelum tutup api, masukkan tomato dan cili merah.
8. Hidangkan
![]() |
| Bawang + rempah tumis, rempah kurma, ayam, kentang |
| Keret, cili, santan |
| Tumiskan bawang hiris + halia hiris + rempah tumis |
| Masukkan bahan yang ditumbuk dan rempah kurm , tumis hingga wangi |
| Masukkan ayam dan kentang |
| Gaul rata rempah dengan ayam |
| Masukkan 2 mangkuk air, didihkan |
| Masukkan santan dan keret, masak hingga kentang empuk, bubuh garam dan air asam jawa |
| Akhir sekali masukkan cili dan tomato |
Sunday, November 20, 2011
Roti Canai Telur
9:45 AM | Posted by
suzana |
Edit Post
Hari minggu atau hari cuti bolehlah buat roti canai atau roti telur sendiri. Bagi yang tak berapa lalu nak makan roti canai buatan mamak, lagi elok kita buat sendiri, kan...
Bahan-bahannya:(resepi asas resepi bonda)
500g tepung gandum
1/2 cawan air panas + 1 sudu marjerin
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
sedikit shortening
* boleh gantikan shortening dengan 2 sudu besar susu pekat manis
* boleh gantikan shortening dengan 2 sudu besar susu pekat manis
Inti:(untuk 8 keping)
4 biji telur ayam ( 1 biji telur untuk 2 roti canai)
2 biji bawang besar - dadu
2 biji cili hijau - hiris bulat (jika suka)
sedikit garam
sedikit marjerin
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuat:
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan.
2. Uli campuran bahan sehingga menjadi doh.
3. Uli lagi lebih kurang 30 minit sehingga doh lembut. (Boleh guna
mixer)
mixer)
4. Bahagikan doh kepada 8 bebola, disalut dengan marjerin setiap
bebola
5. Biarkan doh direhatkan sekurang2nya 2 jam, lebih lama lagi
bagus
6. Bagi inti pula, pukul sedikit telur dan campurkan dengan
bawang, cili dan sedikit garam.
bebola
5. Biarkan doh direhatkan sekurang2nya 2 jam, lebih lama lagi
bagus
6. Bagi inti pula, pukul sedikit telur dan campurkan dengan
bawang, cili dan sedikit garam.
7. Leperkan bebola doh nipis-nipis dan tebar agar menjadi lebar,
jangan lupa sapu dengan sedikit minyak. (boleh tarik atau regang menjadi
lebar kalau tak reti tebar). Letakkan 1/8 bahagian campuran telur di
tengah-tengahnya.
jangan lupa sapu dengan sedikit minyak. (boleh tarik atau regang menjadi
lebar kalau tak reti tebar). Letakkan 1/8 bahagian campuran telur di
tengah-tengahnya.
8. Lipat menjadi empat segi dan goreng dengan minyak sedikit
sehingga keperangan
sehingga keperangan
9. Hidangkan dengan kuah dal atau kuah kari
| Campurkan tepung, air, marjerin, shortening, garam |
| Uli sehingga menjadi doh |
| Bahagikan kepada 8 bebola kecil, sapu setiap bebola dengan marjerin |
| Leperkan bebola nipis dan tebar biar lebar |
| Letakkan campuran telur + bawang |
| Lipat menjadi empat segi, goreng hingga keperangan |
| Roti telur yang siap |
Saturday, November 19, 2011
Talam Kastard Jagung
6:50 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
| Talam Kastard Jagung |
Bahan-bahannya:
Lapisan bawah (jagung):
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim
3 1/2 cawan santan
sedikit garam
sedikt pewarna kuning
Lapisan Atas (pandan):
2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
Cara menyediakan lapisan jagung:
1. Satukan semua jenis tepung ke dalam mangkuk
2. Masukkan gula, garam dan santan
3. Kacau hingga sebati dan tapiskan. Masukkan jagung krim
4. Masak adunan di atas api kecil sehingga naik wap
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas plastik
6. Kukus selama 20 minit
Cara menyediakan lapisan pandan:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
Tapiskan
2. Masak adunan di atas api kecil sehingga naik wap
3. Cakar2kan sedikit permukaan lapisan jagung tadi dan tuangkan adunan
pandan di atasnya
4. Kukus selama 20 minit
* sumber resepi : sinar kehidupanku, tq yatie.
pandan di atasnya
4. Kukus selama 20 minit
* sumber resepi : sinar kehidupanku, tq yatie.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Info pelajar khb-ert ting satu :
- kuih ni contoh bater cair
- kaedah memasak mengukus
| Bahan lapisan jagung |
| Satukan kesemua jenis tepung, gula dan santan, kacau sebati |
| Masukkan jagung krim |
| Kukus lapisan jagung setelah dimasak hingga naik wap atas api kecil |
| Bahan lapisan pandan |
| Satukan kesemua bahan, kacau sebati |
| Tapiskan dan masak atas api kecil hingga naik wap |
| Kukus selama 20 minit |
| Siap dikukus |
Wednesday, November 16, 2011
Pengurusan Sumber
7:29 PM | Posted by
suzana |
Edit Post
Sumber adalah segala bahan atau yang ada pada diri dan pesekitaran individu dan keluarga. Sumber adalah terhad. Oleh itu kemahiran pengurusan sumber membantu kita menguruskan sumber yang terhad secara berkesan
Di akhir tajuk ini, pelajar dapat
1. Menyatakan maksud pengurusan sumber
2. Menyenaraikan jenis sumber
3. Menyenaraikan contoh setiap jenis sumber
4. Menyenaraikan dan menerangkan faktor yang mempengaruhi
pengurusan sumber
5. Menyenaraikan perkara yang perlu dipertimbangkan semasa
menguruskan sumber
6. Menerangkan pengurusan sumber keluarga untuk mencapai
sesuatu matlamat
PENGURUSAN SUMBER
View more presentations or Upload your own.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori
- Bacaan Umum (19)
- Bahan Pengajaran (9)
- Galeriku (20)
- Jeruk (1)
- Kek (3)
- Kesihatan (3)
- Kuih Talam (6)
- Kuih Tradisi (3)
- Latihan (12)
- Lauk-Pauk (13)
- Nasi (3)
- Pasta (2)
- Pastri (8)
- Pemakanan (6)
- Pencuci Mulut (2)
- Pizza (2)
- Roti (3)
- Sup (3)
- Tips (3)
- Ucapan (6)
- Yis (3)
Pautan Pendidikan
Blog ERT / KHB
Blog Masakan
Recents post
About Me
- suzana
- Johor Bahru, Malaysia
- Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion


