Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asmaul Husna

Renungan

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar"

AutoCAD 2D

AutoCAD 2D
Buku Untuk Dijual. Step-by-step approach. Jika berminat, sila hubungi 0197315717

AutoCAD 3D

AutoCAD 3D
Lagi buku autoCAD untuk dijual! Jika berminat, sila hubungi 0197315717

bunga lawang

cengkih

kayu manis

pelaga

buah keras

jintan hitam

jintan manis

halba

lada hitam

basil

rosemary

oregano

thyme

kesum

sage

pudina

daun kari

ketumbar

chives

tarragon

dill

fennel

bunga kantan

daun bay

cekur

daun limau purut

marjoram

selom

pegaga

pucuk putat

tenggek burung

ulam raja
Sumber gambar : Google Image
suzana. Powered by Blogger.
Wednesday, December 7, 2011

Kek Karamel

ssalammualaikum dan selamat sejahtera semua... Hari ni birthday anak lelaki saya, Faris.  Jadi hari ni saya buat kek sendiri.  Tak payah beli.  Cari punya cari resepi, saya teruja ingin  mencuba kek karamel di blog masam manis @ azlita.  Resepi asalnya dari Pn Munirah Baharum.  Dan kek ini saya tengok  telah dicuba oleh ramai rakan blogger.  Ada yang telah mencuba banyak kali  barulah menjadi.  Suspens jugak, entah jadi entah tidak ni... punyalah panjang step membuatnya... Alhamdullilah kek menjadi walaupun tidak berapa cantik .    Tapi tak apelah,  dapat juga makan kek yang lembut dan sedap ni .  Lain kali buat lagi  sampai  dapat yang cantik.  Di sini saya kongsikan resepi Pn Munirah ni.





Bahan-bahannya:
Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

1.   Sediakan loyang 8 inci.
2.  Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
3.  Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
4.  Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
5.  Biar gula sejuk. Ketepikan



Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

1.   Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2.   Kacau telur dan esen perlahan.
3.   Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
4.   Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
5.   Ketepikan.
       Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning 

       telur.   (Adunan ni tak perlu di bakar dulu,  akan dibakar  bersama adunan kek 
       nanti )





Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

1.   Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2.  Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.




Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


1.   Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
2.   Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul 

       sempurna.  Ketepikan.



Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh cream of tar tar

1.   Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
2.   Pukul putih telur hingga berbuih
3.   Masukkan gula dan cream of tar tar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga 

       adunan kental.
4.   Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi.
5.   Gaul rata secara kaup balik
6.   Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup 

       balik hingga bergaul  sempurna. Kacau perlahan sahaja.







7.   Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
       Letakkan pewarna yang anda sukai.



8.    Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
        Belang- belangkan adunan
9.   Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah 

        lapisan purple  diikuti 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.  
        Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu 
        pula.   Akhir sekali dengan satu sudu.   Lorekkan atas adunan dengan lidi.





11.   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 C selama 1 jam dengan
         kaedah steam bath .  Gunakan api bawah sahaja.  Jangan buka pintu oven
         semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
12.   Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi 
         loyang.  Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
         Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
         Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.






*  Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.





0 comments:

Waktu solat

Salat times for ٨١٣٠٠ Johor Bahru, Johor, Malaysia ٤٢-٢Jalan Kebangsaan ١٨, Taman Universiti,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Cuaca

bloguez.com

Kategori

Recents post

About Me

My Photo
suzana
Johor Bahru, Malaysia
Home Economics/Living Skills teacher. Cooking and sewing are my passion
View my complete profile